Wow Bestnya ! Senarai Event Menarik Di Terengganu Sepanjang Tahun 2020

Wow Bestnya ! Senarai Event Menarik Di Terengganu Sepanjang Tahun 2020 | Hawa kongsikan di artikel ini senarai event yang bakal diadakan di Negeri Terengganu pada Tahun 2020.

Calendar Of Events 2020 Terengganu ini telah dikongsi oleh page Amazing Terengganu dan Beautiful Terengganu. Boleh rujuk di sana juga.

Hawa memanglah tercari-cari senarai aktiviti atau event di Terengganu. Kerja nak berjalan dan join event je kan? Eh! Seronok tau. Inilah salah satu bentuk me-time bagi seorang wanita suri rumah yang tak berapa nak sepenuh masa macam daku ni.

Jom tengok apa event yang menarik yang kalian berminat nak pergi. Boleh bawa anak-anak bersama juga ke event yang sesuai.

Ada beberapa event yang  Hawa dah mark kat kalendar. Antaranya ialah :

  1. Drawbridge Kolek Festival   pada 11 – 13 April.
  2. Madinah Ramadhan bermula 24 April hingga 23 May di Kuala Terengganu. Ada rezeki nak juga meninjau ke sana.
  3. Setiu Wetlands Festival  pada 25 – 28 Jun. Ini wajib pergi sebab tahun lepas tak dapat pergi. InsyaaAllah moga ada rezeki tahun ni nak join.
  4. Terengganu International CFA Cat Show pada 24 -26 Julai. Pun berharap dapat pergi. Hawa memang suka cat !
  5. Terengganu Beach Carnival pada 11 – 19 September. Wajib mengajak suami kalau yang ini.
  6. Kemaman International Motorcross Challenge pada 15-17 Oktober di Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay).
  7. Terengganu Monsun Challenge pada 26 – 29 November di Pulau Duyong.

Yeah ! 7 event masuk kalendar hujung minggu Hawa untuk 2020 ni. Ini semua apa yang kita rancang. Bagaimana terjadinya nanti kita belum tahu kan? Nak bercuti ke, nak buat apa ke kita rancang baik-baik saja dulu dari awal. Selebihnya serahkan saja pada Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Berkuasa. Doa baik-baik saja moga tercapai segala impian dan hasrat kita. Amin.

Jom rancang cuti anda bersama keluarga ke Terengganu !

Paling best Hawa rasa kalau nak bercuti ke Terengganu , boleh pilih bulan September.       11-19 September ada Karnival Pantai Terengganu (Terengganu Beach Karnival) di Pantai Batu Burok.

Pada tahun 2019 yang lalu, karnival ini diadakan pada bulan September juga. Sangat meriah dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung.

So, alang-alang dah datang Terengganu boleh ke karnival ni terus ! InsyaaAllah bakal memberikan pengalaman percutian yang sangat best untuk kalian.

Semoga kita semua dapat merancang aktiviti sepanjang 2020 ini dengan sebaiknya.

5 thoughts on “Wow Bestnya ! Senarai Event Menarik Di Terengganu Sepanjang Tahun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!