Usaha AFY Haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald Patut Dicontohi

Jenama AFY haniff ni sebenarnya tak asing lagi bagi Hawa. Mula menjadi pengguna setia produk-produk AFY hanif kalau tak silapnya sejak 2010 lagi. Antara sebab utama suka  jenama ini adalah produknya yang berasaskan bahan semulajadi iaitu serai. Ya! Sejak dulu lagi AFY hanif sudah terkenal dengan ‘serai wangi’.

Tapi, ada perkara yang Hawa terlepas pandang rupanya. Kini, beberapa produk AFY hanif yang menggunakan nama Serai Wangi muncul dengan wajah baru setelah penjenamaan semula. Sangatlah bangga dan teruja!

 

AFY hanif, organic insect repellent
SWIPEL adalah singkatan bagi Serai Wangi Insect Repellent (serai wangi penghalau serangga).
Lebih membanggakan lagi adalah, AFY haniff adalah syarikat milik anak tempatan sepenuhnya!

AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd bukanlah syarikat yang baru bertapak tapi telah diasaskan dan diperbadankan di Malaysia sejak 2006 lagi. Kini, produknya telah berjaya dipasarkan di 2000 pasaraya di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Brunei, Singapura dan Thailand.

Kalau tak percaya, haaaa..sila riki-riki tengok kat Giant, Mydin, Tesco, Aeon Big, Econsave, Econjaya, Jusco, Jaya Grocer, TMG, Billion dan banyak lagi. Untuk dapatkan produk secara online pun boleh juga. Apa lagi kan? Shopee, Lazada. Kan mak-mak selalu beli barang kat situ. Hehe. Hawa biasa beli di Mydin aje. Pengunjung setia Mydin la katakan.

 

AFY haniff, insect repellent
Syarikat AFY haniff menyediakan pelbagai detergen herba organik dan penghalau serangga yang mengandungi ekstrak serai.

 

AFY haniff
Tulang belakang AFY Haniff Group (M) Sdn Bhd. Tahniah! Kami sangat bangga ada anak jati tempatan yang menerajui bisnes dalam bidang ini.

 

Selain mengeluarkan produk yang bagus, AFY haniff juga tidak terkecuali dengan sumbangan yang diberikan kepada masyarakat sekitar menerusi aktiviti-aktiviti amal seperti pembersihan masjid dan memberikan sumbangan kepada yang memerlukan.

Baru-baru ini, pada 24 September 2019 AFY haniff telah mengadakan gotong-royong mewangikan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Aktiviti ini adalah hasil kerjasama  yang pertama di antara AFY haniff dan juga team McDonald’s dengan dibantu oleh Bite Media Consultants selaku pembantu belakang tabir untuk sama-sama menjayakan aktiviti ini.

Misi aktiviti kali ini semestinya bertujuan untuk membantu dan sebagai tanda simpati kepada para pesakit dan waris terdekat untuk bahagian Pediatrik di HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Kehadiran AFY haniff sedikit sebanyak dapat meringankan beban pesakit dan keluarga mereka sepanjang mendapatkan rawatan di HUSM Kubang Kerian ini. Bantuan dan sokongan dari segi emosi sangatlah diperlukan oleh pesakit mahupun keluarga yang berada di sisi.

 

AFY haniff

AFY haniff

AFY haniff

Bermula seawal jam 9.00 pagi , semua yang terlibat berkumpul untuk sesi taaruf dan taklimat ringkas. Kemudian, semua yang hadir dibawa melawat sekitar Rumah Ronald McDonald.

Syukur! Ada Rumah Ronald McDonald ini. Terima kasih pihak McDonald’s yang telah membina fasiliti yang serba lengkap untuk membantu keluarga pesakit yang kurang berkemampuan.

 

AFY haniff

Lebih kurang jam 10.30 pagi, pihak AFY haniff, McDonald’s dan Bite Media Consultants dibawa untuk membeli-belah  barangan keperluan penghuni Rumah Ronald McDonald seperti barangan elektrik, peralatan memasak, makanan kering dan juga makanan basah di Mydin Kubang Kerian. Ya! Keperluan ini sangatlah berguna kepada penghuni sepanjang berada di Rumah Ronald McDonald.

 

AFY haniff

Setelah selesai shopping, aktiviti memasak beramai-ramai untuk makan tengah hari pula mengambil alih. Alhamdulillah suasana yang sangat mengembirakan dan masing-masing berpeluang untuk turun padang serta menikmati hidangan makan tengah hari bersama-sama. Ukhuwahnya di situ! Tengah tulis ni pun rasa syahdu pula hatiku.

 

AFY haniff
Aktiviti wangikan Rumah Ronald McDonald’s HUSM Kubang Kerian, Kelantan.

Sebelah petang pula, aktiviti mewangikan Rumah Ronald McDonald dengan menggunakan sepenuhnya produk AFY haniff dijalankan. Antara aktiviti yang dibuat adalah seperti sapu sampah, mop lantai, spray pewangi untuk fabrik seperti langsir dan sebagainya. Masing-masing memberikan khidmat yang terbaik.

 

AFY haniff

AFY haniff

Tidak ketinggalan juga, AFY haniff turut memberikan ‘sumbangan kilat’ kepada salah seorang waris pesakit pediatrik HUSM Kubang Kerian. Pemberian ini dibuat secara ‘on the spot’ atas sebab rasa simpati kepada keluarga ini yang anak kecil berusia 5 tahun mereka terlantar di HUSM akibat dilanggar kereta. Allahuakbar! Sayu rasa hati ini. Terlalu berat ujian yang diberikan untuk keluarga ini.

Biarpun tidak sepenuhnya menghilangkan galau di hati pihak keluarga disebabkan anak mereka mengalami kecederaan yang agak serius, namun sekurang-kurangnya dengan sumbangan ini mampu untuk memberikan sokongan terutamanya dari sudut emosi. Mudah-mudahan anakanda diberi kesembuhan yang cepat dan sempurna hendaknya.

Tidak lupa juga kepada keluarga yang lain, turut diberi sumbangan dalam bentuk produk AFY haniff kepada para penghuni yang ada di Rumah Ronald McDonald’s. InsyaaAllah banyak manfaatnya.

Mesti ada yang tertanya-tanya juga kan? Apa produk-produk yang ada dalam rangkaian AFY haniff ni?

Inilah dia tuan-puan antara produk AFY haniff :

produk AFY haniff

1. Pewangi Fabrik D’MENC AFY haniff
2. Sabun Pencuci Pinggan 40 DAYS AFY haniff
3. Pencuci Tangan Berbuih PLASH AFY haniff
4. Penghalau Serangga Secara Semulajadi SWIPEL AFY haniff
5. Pencuci Lantai SWiPEL AFY haniff dan lain-lain lagi.

 

AFY haniff

Ini pula produk AFY haniff yang Hawa guna tu. Dari bulan April lagi beli, masih banyak lagi tau!. Ini adalah pekatan herba serai wangi , so kalau nak guna kena dilute lah. Ada cara penggunaannya di bahagian botol tersebut.

Semua benda ku spray pakai yang ini je. Dari meja makan, table top, lantai bahkan tanaman-tanaman seperti kangkung, sawi, pokok kari semua guna spray ni je. Mudah kan? Jimat pun satu hal lagi. Seorang Hawa biasanya akan cari produk natural atau organik, produk bumiputera especially Muslim Products yang mampu milik dan serba guna. Haha.

InsyaaAllah produk-produk lain di bawah rangkaian AFY haniff yang Hawa dah guna akan Hawa share di entri yang lain.

Jika kalian ingin menggunakan produk AFY haniff juga, bolehlah dapatkan di pasaraya atau kedai-kedai terdekat atau boleh beli di Shopee dan Lazada. Hawa percaya sokongan kalian terhadap produk tempatan ini akan memberi manfaat kepada ramai yang memerlukan. Buktinya adalah menerusi aktiviti-aktiviti amal yang syarikat ini jalankan.

Jujurnya Hawa sangat berbangga dengan AFY haniff baik dari segi produknya yang berkualiti dan berdaya saing mahupun usaha-usaha syarikat dalam membantu mereka yang memerlukan.

Sama juga dengan team McDonald’s (RHMC), terima kasih kerana memberi kemudahan kepada ramai yang memerlukan. Semoga lebih ramai lagi yang boleh dibantu.

Pada Hawa, kedua-dua company ini patut dicontohi oleh kita semua kerana orang yang terbaik adalah orang yang memberikan manfaat kepada orang lain. Begitu juga halnya bisnes. Biarlah bisnes yang dibina itu adalah bisnes yang boleh memberikan sesuatu kepada umat.

Semoga kedua-dua company akan terus maju jaya dan dapat membantu lebih ramai yang memerlukan. InsyaaAllah.

4 thoughts on “Usaha AFY Haniff Wangikan Rumah Ronald McDonald Patut Dicontohi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!