UDPS Annual Dinner Di Residence Inn Cherating Meriah Dengan Tema “Back To School”

Syukur, permulaan Januari 2020 dengan hal-hal yang indah. Dapat lagi invitation dinner anjuran syarikat En Suami. Akak cuma tumpang dinner orang je tau. Tapi happy sangat dah dapat makan-makan dan beramah-mesra dengan rakan-rakan sejawat En Suami dan family mereka. Alhamdulillah.

annual dinner UDPS

Tema dinner pada tahun ini adalah “Back To School”.

Jenuh juga kami berusaha nak dapatkan baju-baju sekolah zaman Tok Kaduk tu kan. Lebih kurang 18 tahun yang lalu kami meninggalkan alam persekolahan. Alhamdulillah, baju En Suami zaman Form 5 di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad, (SHAH) Pekan masih elok untuk dipakai.

Hawa punya baju memang dah selamat bagi-bagi kat orang dah. Jadi, korban sikitlah duit untuk beli baru. Beli pun yang murah-murah je. Lepas tu simpan untuk kenangan agaknya.

Sebenarnya adik ipar ada bagi baju, tapi setelah diteliti ianya singkat dan agak ketat. Almaklumlah orang tu cute comel je, kita ni badan macam mana kan. Hahaha. So, terpaksa batalkan niat untuk pakai baju yang diberi. Naya kang koyak pulak time syok makan !.

annual dinner udps
Haish ! Handsome pulak si dia ni. Dengan tie pengawas SHAH Pekan tu. Hahaha. Cuma janggut dan kedutan-kedutan halus tu jelah tak boleh menipu bahawa umur beliau sudah lebih 3 dekad.

 

annual dinner UDPS
Ni adik food service hotel yang ambil gambar kami. Kena pulak time gini dia shoot. Memang terer dik!! Kami datang awal, jadi sempatlah nak bergambar kenangan dalam pakaian pengawas sedondon. Raya tahun ni pakai baju gini jelah boleh dak? Jimat ! Hahaha.

 

annual dinner udps
Akak pengawas pipi pau dengan abang pengawas (pakwenya).

 

annual dinner udps
Selekeh betul akak ni. Bedak pun lupa pakai sebab kalut, lepas solat Maghrib terus je ke hotel.  Ada red carpet , sesi bergambar, kena duk sebelah meja CEO pun tak kisah pun aih! Asal pakai baju tudung elok kan ? Confident level langit ketujuh ! Hahaha.

 

annual dinner udps
Saja ambil gambar meja. Hahaha. Satu meja ni kami berempat je bersama seorang anak kecil. Makanan punyalah banyak. Ramai juga yang tak dapat bawa family bersama. Ada yang isteri berpantang, suami offshore, isteri sedang sakit dan lain-lain. Moga dimudahkan urusan mereka semua.

 

annual dinner UDPS
Puding cocktail. Sedap juga. Kurang manis.

 

annual dinner udps
Sepiring salad untukku. Buat-buat insaflah kononnya. Hahaha.

 

dinner udps
Ini je yang Hawa makan ye! Aglio olio spaghetti, sosej bakar dan sotong bakar ( Sotong tu separuhnya dah dingap! Cover time ambik gambar ya. Makan sikitlah konon. Hehe).

 

dinner udps
Kambing bakar dan ayam bakar dengan blackpepper sauce. Sepinggan penuh kami kongsi berdua. Dalam gambar dah tinggal beberapa ketul. Rasanya ini jelah kot yang kami makan banyak sampai sebu perut. Menu lain seperti kek tu kami tak sentuh pun.

 

dinner udps
Masih banyak bakinya! Kami berempat je, memang tak habis pun nak makan semua. Harapnya janganlah dibuang. Kami tinggalkan dalam keadaan yang masih elok, tak selekeh pun. Sedih tengok makanan banyak yang tak habis. Huhu.

 

Sambil makan-makan , kami dihiburkan dengan beberapa persembahan termasuklah persembahan daripada “pelajar-pelajar sekolah”.

annual dinner UDPS
Kelakar pula tengok mak-mak, pak-pak staf pakai baju sekolah atas stage buat persembahan.

 

Macam biasalah time dinner, selain ucapan atau amanat dari CEO ada juga anugerah, reward dan cabutan bertuah kan?

UDPS dinner
Penghargaan untuk 5 tahun berkhidmat di UDPS. Pejam celik dah 5 tahun rupanya En Suami di sini. Untuk staf yang dah 5 tahun berkhidmat, sebagai penghargaan mereka akan dihadiahkan pakej umrah.

 

Seterusnya, sebelum bersurai ada sesi bergambar bersama staf dan family. Bestnya UDPS ini, family dilibatkan sama untuk annual dinner ni. Jadi, majlis taklah formal sangat. Riuh-rendah dengan jeritan anak-anak, keletah-keletah anak yang nak naik pentas dengan mak pak itu biasa. Bunyi anak-anak ketuk sudu garfu juga biasa.

Siapalah seorang engineer, chemist, atau apapun jawatan dalam company jika di belakangnya bukan isteri, anak-anak dan keluarganya kan?. Family ini sekali-sekala wajar dihargai sebegini.

Terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya AJK UCRC 2019 yang telah menjayakan majlis dengan sangat baik. Ada rezeki, jumpa lagi tahun hadapan.

Tak sabar nak guna voucher cabutan bertuah ! Ahaks ! Hawa si tukang perabis voucher.

Nota : UDPS ialah singkatan bagi nama syarikat iaitu Upstream Downstream Process & Services Sdn Bhd. Merupakan salah sebuah syarikat milik Muslim yang menawarkan pelbagai servis kejuruteraan dengan tenaga pakar dalam sektor Oil & Gas.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!