Intermittent Fasting, No Sugar Challenge And Eat Clean

Sekian lama nak tulis tentang TTC journey ni, tapi tiada kekuatan hinggalah saat ni baru ada rasa nak tulis. Alhamdulillah tujuan perkongsian ini dibuat adalah untuk rekod peribadi dan mungkin boleh menjadi panduan kepada pasangan lain yang sedang ber TTC juga.

Sebenarnya, dah lama kami rehat dari sebarang rawatan kesuburan. Last kami usahakan adalah beberapa tahun yang lepas (lama betul tau). Kita abaikan sahaja kisah lama. Mulakan yang baru. InsyaaAllah kali ini, akan dikongsi satu-persatu prosesnya. Mudah-mudahan ikhtiar kali ini berjaya. Amin.

Kali ini nak cerita dulu tentang weight loss journey. Apa kaitan? Haha.

Terpaksa akui, beratku sekarang overweight. Berat yang tidak ideal ini, secara tidak langsung banyak mempengaruhi keseimbangan hormon. Apabila hormon tak seimbang ianya mempengaruhi aspek kesuburan.

Oleh kerana kami berdua ni terlalu bahagia dan happy, makan tak jaga sangat ditambah pula dengan kurangnya exercise, maka terjadilah overweight. Berat terkini Hawa terlebih 4kg, husband juga terlebih 4 kg. BMI kami tak cantik, tapi takde lah kronik sangat kan? Kan? Hihi.

Jadi, sebelum go through any procedur rawatan kesuburan kali ini, adalah baiknya kami pastikan berat badan ideal, badan pun fit dan cantik. Eh!

Minggu ini kami bermula dengan Intermitten Fasting, Eat Clean dan No Sugar Challenge. Haaa, campur semua. Tapi, bukanlah bermakna diet kami strict sangat ya. Just enjoy je dan usahakan untuk create amalan pemakanan dan lifestyle yang sihat.

Alhamdulillah, sepanjang puasa dan raya tempohari berat Hawa turun dalam 5 kg berbanding sebelum tu (62 kg). Dengan ketinggian sekarang, sebaiknya beratku 48 kg sahaja (ini BMI cun sungguh), tapi hari tu doktor kata, dapat turun hingga ke 54 kg dah ok BMI nya. Jadi, Hawa target turun lebih sikitlah. Hehe. InsyaaAllah 48 kg.

Intermittent Fasting

IF atau Intermittent Fasting ni lebih kurang puasa je sebenarnya. Puasa Isnin dan Khamis atau hari-hari yang disunatkan berpuasa memang on dah. Hari-hari biasa pula kita amalkan makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang bukan makan selagi ada makanan. Hehe. Rasulullah SAW banyak berpuasa, dengan pelbagai sebab. So, IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

IF ini ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam masa 12-16 jam. (Banyak cara dan mazhab sebenarnya, tapi basically macam tulah). So, terpulang  nak mula jam berapa. Kalau mula 6.30 petang, esok jam 9.30 pagi baru breakfast. Kalau mula 8.30 malam, 11.30 pagi baru start makan atau breakfast.

 

cara cepat kurus, intermitten fasting

‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini, walaupun banyak  ‘LOAD’ di siang hari kita, akan membantu untuk kurangkan banyak kilo.

Jadi, cara terbaik untuk berpuasa 14 atau 16 jam ialah memulakan sarapan seawal jam 9.30 atau 10.30 pagi.

 

kebaikan intermittent fasting

 

IF juga adalah cara terbaik untuk mengurangkan insulin malas, craving, ketagihan atau rasa nak mengunyah tak tentu masa.

Kaedah diet ni amat  mudah dan tidak menyeksakan. Seperti penjelasan oleh Dr. Siti di facebook miliknya, apa yang perlu dilakukan adalah membahagikan masa selama 16 jam untuk berpuasa dan 8 jam untuk makan. Diet yang fleksibel ini bergantung kepada keselesaan individu.

Hawa pilih untuk mula jam 7.30 pm (last dinner jam 7 biasanya) hinggalah jam 11.30 am. Kadang-kadang, jam 9.30 Hawa sarapan. Sepanjang tempoh ‘berpuasa’ ni, Hawa minum air dan kadang tu terbabas juga sehelai dua daun slad tu. Just enjoy !

Eat Clean

Untuk menu makanan pula, sebolehnya kami usaha amalkan eat clean.  Eat clean ni tak mengurangkan langsung nikmat pemakanan rakyat Malaysia ni tau. Haha. Secara mudahnya, eat clean ni, konsepnya hidangan lengkap yang mengandungi semua nutrien yang perlu oleh badan. Dalam masa yang sama, pengambilan gula, garam dan lemak tak sihat dalam makanan tu mesti diperhatikanlah. Begitu juga dengan processed food dan fast food, kalau boleh elakkan sama sekali.

Portion makanan pula kami buat suku-suku separuh. 1/4 nasi (beras perang) atau karbohidrat, 1/4 lauk (protein seperti ikan, ayam, daging, telur dll), 1/2 sayuran. Masak yang simple-simple je. Alhamdulillah sedap dan cepat sebenarnya. Tak perlu masa yang lama untuk berada di dapur.

 

cara kuruskan badan dengan cepat

 

Stok buah-buahan memang sentiasa ada dan dijadikan snek antara waktu makan utama. Selain tu, boleh juga ambil kekacang seperti almond, chesnut dan lain-lain.

No Sugar Challenge

Kami juga decide tak minum air manis langsung (yang menggunakan sebarang gula putih or perang). Jus-jus buah yang fresh tanpa gula je yang kami minum. InsyaaAllah untuk sesiapa yang nak amalkan ini, senang je. Kami travel ke sana-sini juga. Jadi, makan di luar pun tak ada masalah. Boleh pesan jus buah yang tak dimasukkan gula atau amalkan minum air kosong je. Kalau di rumah, bolehlah sekali sekala tambahkan pemanis seperti stevia. Kuih-muih atau kek biskut bagai? Ada juga makan tapi sikit sangat. Just rasa je orang kata. Nak slim dan fit kan? Haruslah. Hehe.

Untuk yang nak mulakan procedur rawatan kesuburan, perlu ambil berat semua aspek yang berkaitan termasuklah berat badan.

Satu lagi, pendapat Hawa peribadi, kalau nak kurus elakkanlah mengambil produk-produk kurus  segera. Risau pula tengok macam-macam claim seperti turun 10kg dalam 3 hari, tak perlu jaga makan tak perlu exercise. Sebabnya, penurunan berat yang mendadak tidaklah normal. Badan kita ada sel-sel yang membentuk pelbagai jenis organ dan seterusnya jadi sistem dalam badan. So, badan kita ni need process. Dan process untuk badan detox secara semulajadi, aktifkan sel-sel, organ, sistem, tahap metabolisma meningkat, jisim tulang bertambah, berat otot bertambah, lemak dalam badan digunakan dan berkurang, bla bla… juga perlu masa. Bukan simply lemak tu mencair macam lemak ayam yang dimasak atas dapur tu. Haha.

Dan, semestinya support paling penting adalah pola pemakanan kita dan lifestyle kita. Mesti ada juga exercise or any pergerakan yang sesuai. 80% pemakanan 20% work out. Itu yang Hawa belajar. Nak ambil supplement boleh, untuk support nutrien yang kurang dari pemakanan harian kita, cuma cari yang direkemen oleh pakar pemakanan dan yang ada ujian klinikal. Sayangi badan kita.

Untuk entri selanjutnya, Hawa share menu eat clean setiap hari. InsyaaAllah. Mohon rajin kuasa tujuh. Hehe.

2 thoughts on “Intermittent Fasting, No Sugar Challenge And Eat Clean

  1. Semoga writer berjaya capai berat ideal.

    Saya setuju dengan writer, elakkan ambil produk kurus. Mungkin boleh kurus cepat , tapi siapa tahu jadi berat yo-yo. Belum cerita beban pada organ hati dan buah pinggang lagi tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!