Top 28 Lifestyle Blogger In Malaysia 2021

Top 28 Lifestyle Blogger In Malaysia 2021 | Lifestyle Blogger Malaysia 2021 sangatlah ramai sebenarnya termasuklah blogger famous Malaysia terkenal yang menyajikan content-content menarik di blog masing-masing. Akan tetapi, untuk kali ini aku nak share list Malaysia Lifestyle Blogger yang rata-rata tak asing lagi nama mereka dalam dunia blog ni.

Kalau boleh aku katakan mereka ni pun sebenarnya top Malaysian Influencers Bloggers. Sebab ? Kebanyakannya dah lama dalam dunia blog. Ada yang dah cecah belasan tahun dan hingga kini masih aktif menulis di blog walaupun macam-macam jenis platform yang baru wujud seperti Tiktok dan lain-lain.

So, jom kita tengok listnya tu ya :

1# Siti Awadah

Mom blogger hebat ini  berasal dari Utara tanah air tapi menetap di Kelantan. Dikenali sebagai Sis Awa dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Sis Awa banyak berkongsi tentang gaya hidup, ilmu keibubapaan, ilmu blogging, pelbagai info dan panduan kehidupan di blog milik beliau. Ingin tahu pelbagai tips, boleh ke blog Sis Awa ni. Sangat informatif dan antara blog terbaik aktif di Malaysia 2021.

2# Eyqa Hasnan

Blogger muda cantik berasal dari Pantai Timur ni dah 11 tahun dalam dunia blogging. Beliau banyak menulis tentang gaya hidup, pelbagai tips kecantikan, make up , kesihatan dan movie. Syok teroka blog Eyqa ni tau !

3# Ciktom

Cik Tom ibu yang sangat kreatif dan rajin! Itu sebabnya beliau banyak berkongsi idea homeschooling anak-anak di blog beliau di samping perkongsian tentang gaya hidup dan pelbagai tips seperti tips blogging, emas, diet dan sebagainya yang sangat berguna untuk kehidupan seharian.

4# Ardini Humaira

Nama Ardini Humaira memang tak asing lagi dalam dunia blog. Beliau mula blogging sejak 2008 lagi dan pernah muncul dalam Majalah Mingguan Wanita Kisah 1 Keluarga 1 Kerjaya. Hebat kan? Di blog, beliau banyak menulis tentang gaya hidup, kecantikan, pelbagai tips, ilmu-ilmu keibubapaan dan juga perkongsian resipi masakan yang sedap-sedap belaka.

5# Azlinda

Malaysia Lifestyle Blogger yang suka menulis di blog tentang dekorasi rumah, make over rumah, masak-masak, pengalaman dalam pelbagai aspek kehidupan. Beliau juga banyak menulis kisah dan tempat-tempat menarik di dalam mahupun luar negara melalui pengalaman travel bersama keluarga.

6# Nabiha Mohd Mashut (Bie Mohd)

Nabiha Mohd Mashut, dikenali juga sebagai CikBie atau Bie Mohd. Blog CikBie banyak berkisar tentang projek-projek DIY dan art. Sangat kreatif orangnya! Selain itu beliau juga banyak menulis berkenaan Islamic Fashion , keibubapaan serta idea aktiviti kekeluargaan sebagai panduan ibu moden masa kini yang selalu meletakkan “Family First” dalam hidup dan kekal cantik bergaya dalam apa jua keadaan.

7# Fuzy Rahamah Hamid

Umi Fuzy, mom blogger yang dikurniakan 6 orang cahaya mata ini sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging dan penulisan. Seronok baca tulisan orang yang kaya dengan pengalaman ni kan?. Banyak kisah tentang kerjaya dan keluarga yang Umi Fuzy kongsikan di blog beliau. Begitu juga dengan perkongsian resipi-resipi, travel dan gaya hidup yang seronok dibaca dan diambil panduan.  

8# Alia Farhan

Mom Lifestyle blogger yang banyak berkongsi tentang pelbagai perkara termasuklah masakan, parenting, travelling, dekorasi dan projek-projek DIY. Beliau juga banyak terlibat dengan food review yang boleh menjadi panduan pembaca sebelum berkunjung ke restoran atau kedai makan tersebut. Mudah kan? Tak perlulah hadapi situasi tersalah menu atau kedai makan sebab dah ada blogger yang tolong buat review jujur, InsyaaAllah.

9# Wan Rokiah (Wawa)

Blog Mommy Wawa ni tentang gaya hidup, tips kesihatan, parenting, kecantikan dan pelbagai tips lain. Jika anda tiada idea nak masak apa pun boleh terjah blog beliau sebab semua resipi dan masakan yang dipaparkan oleh beliau sangat menarik, boleh buat perut berkeroncong hebat !

#10 Chaza Xiaojie

Blogger Chaza Xiaojie yang berasal dari Melaka ini suka kongsi berkenaan gaya hidup, parenting, makanan dan kecantikan. Banyak juga tulisan beliau tentang pengalaman hidup, resipi, keluarga dan tips kesihatan. Paling menarik tentang blogger ini, beliau sangat minat dengan dunia photography. Gambar-gambarnya sangat cantik dan hidup! Nak baca review drama dan filem juga boleh ke blog beliau.

#11 Yaya Azura

Yaya Azura , blogger dan ibu kepada 2 cahaya mata. Mula berblog sebagai diari menceritakan hal anak-anak dan kemudiannya menjadikan blog sebagai sumber menambah pendapatan. Yaya suka berkongsi pelbagai resepi dan tips yang berguna untuk semua pembaca.

#12 Bonde Zaidalifah

Blogger ceria Bonde Zaidalifah ini banyak review novel di blog beliau. Serius suka sangat baca review novel dari Bonde.  Peminat-peminat novel pasti suka baca review sebelum membeli novel pilihan kan?. Selain itu, sudah tentulah sangat banyak perkongsian Bonde mengenai gaya hidup, travel, resipi sedap-sedap dan pelbagai info menarik. Seronok ‘berjalan-jalan’ di blog Bonde. Silalah terjah blog Bonde, blogger otai ni !

#13 Sii Nurul

Sii Nurul atau nama sebenar beliau ialah Nurulatika Binti Yunus merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan kepujian (Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga), di UMS. Blogger muda ini banyak berkongsi tentang tips blogging, tips dan panduan kerjaya, review serta pengalaman hidup beliau.

#14 Meksah

Meksah ialah seorang ibu kepada seorang anak lelaki berumur 3 tahun. Beliau banyak berkongsi tentang pengalaman sendiri, pelbagai informasi dan sudah semestinya tentang gaya hidup di blognya.

Membaca pelbagai pengalaman hidup dari blogger-blogger hebat ni sebenarnya membolehkan kita belajar banyak benda dari orang lain. Terima kasih sudi share pengalaman hidup !.

#15 Messarah

Mula menulis blog  sejak umur 13 tahun lagi . Hebat kan muda-muda lagi dah tulis blog.

Messarah merupakan seorang peminat tegar local skincare yang kini berumur 20-an. Sudah semestinya beliau suka menulis tentang skincare tips (beauty). Katanya, beliau juga banyak menghabiskan masa di Twitter, gemar menonton Netflix dan anime, dan adakala berkongsi hasil lukisannya di instagram @/saraewyd.

Ada juga berkongsi mengenai pengalaman belajar di universiti, bekerja di kafe, panduan membeli-belah dan sebagainya. Nak tips kecantikan cari blog beliau !.

16# Abang Rock

Abang Rock Dot Com ini ialah Blog lifestyle dari pandangan seorang lelaki dan suami. Berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan dan perkara berkaitan Islam. Meanrik juga bila baca sesuatu dari sudut pandang seorang lelaki yang mungkin sedikit sebanyak berbeza dengan wanita.

17# Marina Bashah

Blog tentang lifestyle, parenting, food, beauty, hotel dan travel. Blogger Marina Bashah juga seorang wanita bekerjaya. Kerja hakiki beliau yang kadang-kala kena travel, jadi alang-alang travel pergilah bercuti sekali. Itu antara sebabnya beliau banyak berkongsi berkenaan tempat makan, hotel dan tempat bercuti. Menarik kan?.

#18 Rozita

Blog lifestyle yang banyak cerita tentang pelbagai pengalaman hidup peribadi, kisah anak-anak, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti, kisah masak-masak serta pelbagai resipi. Selain itu, ada juga terselit tentang kerjaya dan pelbagai petua yang berguna untuk semua.

#19 Fadzi Razak

Selain seronok baca kisah-kisah di Australia di Facebook Fadzi Razak, blog beliau juga antara blog yang selalu dijelajah.

Blog Malaysian Family Lifestyle yang berkongsi pelbagai perkara termasuklah tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, how to, tips dan review.

#20 Zati Salim

Zati Salim dah mula menulis blog sejak 2011 lagi. Dah 10 tahun tau!. Blogger otai ni banyak berkongsi tentang isu semasa, pelbagai tips, resipi-resipi yang sangat menarik dan tutorial blog.

#21 Eswati Azni

Blog Kak Azni ni memang tak pernah mengecewakan. Suka sangat baca tentang pengalaman dan cerita-cerita kehidupan beliau. Selain itu, beliau juga banyak share tentang travel, kesihatan, kecantikan dan review drama. Best !

22# Bonda Chanteq

Bonda Chanteq ini pernah berkhidmat sebagai PR media di sebuah institusi pelancongan. Pengalaman beliau bersama blogger mencetuskan minat untuk ada sebuah blog yang cantik dan penuh informasi milik beliau seperti sekarang. Di blog , beliau berkongsi banyak pengalaman sendiri dalam pelbagai aspek kehidupan, info-info kesihatan, pelbagai tips, resipi dan kisah-kisah benar.

23# Aida Hanafiah

11 tahun dalam dunia penulisan blog bukanlah masa yang singkat bukan? Inilah dia blogger Aida Hanafiah yang sudah mula menulis sejak 11 tahun yang lalu hingga sekarang. Blog beliau banyak content tentang kehidupan, kesihatan, makanan, keluarga dan hobi. Beliau  juga menulis tentang dekorasi rumah, berkebun dan percutian.

24# Norhana Rosmida

Norhana Rosmida merupakan ibu kepada dua orang anak, sorang HR practitioner di pejabat dan part time blogger. Hobinya suka menulis dari zaman university lagi. No wonder beliau sudah mula blogging sejak 2017 lagi. Bukan senang tau nak konsisten menulis kalau tak ada minat.

Beliau banyak kongsi resipi resipi, travel dan kisah anak-anak. Selain itu beliau juga suka share berkenaan pengalaman guna natural remedies untuk wellness anak-anak. Menarik kan? Boleh baca tentang natural remedies ini di blog beliau.

25# Sharina (opzzpinky)

Blogger Sharina merupakan ibu kepada sepasang anak, Edan dan Eshal. Pada awalnya blog beliau menjadi tempat meluah dan bercerita. 11 tahun dalam dunia blogging menjadikan Opzzpinky bukan lagi nama asing dalam sebab pasti menjadi tarikan untuk pelbagai kolaborasi, advertorial dan sebagainya. Beliau banyak berkongsi ilmu, penagalaman dan pelbagai tips di blognya.

#26 Zaza Azman

Zaza Azman yang dikenali sebagai Mama Monsta memiliki blog berbahasa inggeris yang banyak berkongsi resipi simple dan tempat makan yang menarik juga best! Beliau juga suka review produk-produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti.

Selain itu, ada juga perkongsian beliau berkenaan anak-anak, general knowledge dan pelbagai tips berguna. Pendek kata, blog beliau ialah tentang lifestyle, parenting, beauty and food.

Kagum betul dengan ibu-ibu yang suka dan konsisten menulis ni!

#27 Azhafizah

Blogger yang boleh dikatakan otai juga dalam dunia blogging. Apa tidaknya, beliau mula menulis di blog sejak November 2009 lagi.

Boleh baca banyak perkongsian resepi mudah dan enak masak cara tersendiri di blog Azhafizah.Selain itu, ada  juga tip-tip dan petua masakan yang boleh diguna pakai. Resepi tidak terhad pada resepi sendiri, ada juga perkongsian masakan orang lain. Nak masak sedap-sedap, boleh follow resipi beliau.

#28 Bella Jamal

Bella Jamal, nama yang tak asing dalam dunia blogger. Dari dulu memang suka baca blog beliau ni. Sangat menarik dan best! Banyak info tapi disampaikan secara santai. Beliau banyak review dan berkongsi berkenaan food, pet dan travel.

Nah! Itu dia Top 28 Lifestyle Blogger In Malaysia 2021. Confirm kalau korang taip resipi ke, tips apa-apa ke, info ke, drama dan sebagainya sah-sah antara blog di atas yang korang jumpa. Ye dak? Hehe.

Blog-blog lain yang tidak tersenarai tu bukanlah bermakna tidak bagus, bahkan ada yang sangatlah bagus dan famous kan? InsyaaAllah, teruskan saja menulis, memberi info yang bermanfaat kepada pembaca. Menjadi blogger terkenal di Malaysia, famous atau tidak pasti bukan tujuan utama mana-mana blogger yang bergiat dalam penulisan blog ini.

Tujuan menulis di blog lebih tertumpu untuk memberikan informasi atau berkongsi apa-apa yang baik dengan pembaca. Apatah lagi dalam ‘niche’ lifestyle ini, pastinya cakupan info, kisah, isu dan pelbagai topik yang sangat luas. Setiap blog pasti ada pembacanya yang tersendiri. Percayalah!

Mudah-mudahan setiap tulisan yang dipaparkan menjadi saham kita semua di sana. Insyaa-Allah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!