Nah! Ini Tips Kemas Rumah Mudah Tanpa Stres Khas Untuk Wanita

Namapun perempuan khususnya dah jadi isteri memang tak lari dari kemas rumah kecuali kalau ada pembantu rumah. Setiap hari Hawa pasti kita akan buat kerja-kerja mengemas ni kan?

Kali ni Hawa nak share cara Hawa uruskan rumah termasuklah aktiviti mengemas . Ini cara Hawa, mungkin orang lain ada cara tersendiri. Boleh sama-sama kita kongsi.

Sebelum tu, suka Hawa ingatkan diri sendiri dan kawan-kawan seangkatan untuk just enjoy je buat kerja-kerja mengemas rumah.

Sebab?

  • Kemas rumah bukan ‘core’ kerja bagi seorang wanita bergelar isteri. Banyak lagi kerja utama yang lain seperti didik anak, layan suami, kerja hakiki bagi yang bekerja menjemput rezeki di luar rumah atau apapun kerja-kerja yang membantu mencukupkan keperluan keluarga termasuklah ibu-ibu yang bekerja dari rumah.

 

  • Usah tertekan jika kemas sekejap je dah disepahkan semula oleh anak. Nikmati saja rumah yang sebegitu asalkan tak mengundang bahaya kepada anak-anak sebab suatu ketika nanti kita akan merindui momen rumah sepah seumpama itu. Enjoy je! Sebab kita dah buat yang terbaik kan? Bukan tak mengemas, tapi dah disepahkan balik nak buat macam mana? Hehe.

 

  • Usah rasa kita je yang kena buat semua kerja-kerja mengemas ini untuk puaskan hati semua pihak. Tidak! Sebenarnya rumahtangga ini milik bersama, jadi, uruskanlah bersama dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Sedari awal perkahwinan lagi  jadikan aktiviti pengurusan rumah tangga ini aktiviti bersama pasangan. Jika pasangan tak boleh bantu setiap hari pun, minimum hujung minggu boleh buat bersama. Kurang sedikit beban kita. Jika ada anak-anak, boleh juga latih mereka mengemas sejak kecil.

Andaikata sang suami adalah orang yang tak biasa dengan kerja-kerja rumah, ajak beliau buat bersama dengan ayat yang jelas.

“Jom abang, tolong ayang kemas rumah. Abang cuci toilet, ayang mop lantai”.

“Abang tolong jemur baju, ayang kena basuh pinggan”.

Kalau ikut pengalaman Hawa lebih kurang 12 tahun hidup dengan suami ni, arahan mesti jelas dan mudah difahami jika bercakap dengan lelaki. Haha.

Jika kita cakap macam ni :
“Abang ni tak rasa ke nak tolong saya, saya penat dah seharian…bla..bla..bla..”

Lelaki faham?

Yes! Dia faham kita penat. Tapi kadang-kadang dia tak tahu nak kena buat apa. Kang tanya bini kena bebel dua tiga round lagi. Boleh cair tahi telinga.  So, buat derk jelah. Dalam hati cakap , “Nanti bini aku cool la tu!”. Hahaha.

 

  • Bukan semua kerja urus rumah atau mengemas ni kita kena buat setiap hari.

Kita boleh pecahkan mengikut harian, mingguan, bulanan.

Untuk pengurusan rumah, Hawa ada buat jadual apa yang nak dikemaskan secara harian, nak diuruskan secara mingguan juga bulanan. Jadual ini sebagai guideline sahaja.

Tujuannya :

  1. Kerja tersusun. Mana yang perlu buat, kita buat. Yang tak perlu lagi kita boleh hold dulu. Contohnya, untuk weekly household chores, Hawa tak akan buat pada hari biasa. Hujung minggu sahaja! Pejam je mata dulu kalau boleh dan tak urgent atau important. Haha.
  2. Suami senang nak ikut serta urusan kemas rumah . Kebanyakan yang weekly household chores banyak suami yang buat kalau dia tak outstation. Dia tahu bertindak dan senang faham bila tengok jadual yang kita tampal kat dinding.

 

Ini adalah jadual kemas rumah harian kami.

tips kemas rumah
Daily house chores. Reward ? Enjoy movie. Bagilah peluang kan, 40 minit je lebih kurang untuk me-time. Haha.

 

Biasanya kesemua urusan kemas rumah sedaya upaya diselesaikan sebelum jam 9.00 am. Boleh adjust item dan ikut masa masing-masinglah kot kan, sebab kerja dan hidup setiap orang tak sama.

Dah siap, tick jelah. Biasanya suami ambil part buang sampah dan basuh pinggan. Yang lain Hawa buat.

 

Ini pula jadual mingguan kami.

tips kemas rumah mudah
Weekly House Chores. Part reward tu tak menahan.

 

Hawa biasa ambil bahagian iron baju, lipat baju, susun atur dan bahagian dapur. Basuh baju, jemur baju,cuci toilet dan lain-lain suami yang selesaikan . Untuk kebun pula, biasanya kami buat sama-sama . Itu jelah pun masa bersama yang kami boleh spend. Hari bekerja memang masing-masing penat belum termasuk beliau outstation lagi.

Konsep fastabiqul khairat di sini, siapa siap cepat dia buat kerja lain yang belum siap. Dah siap semua, masing-masing bagi reward. Reward biasa-biasa je seperti  makan tepi pantai, pergi pasar malam beli favourite food dan seumpamanya. Biasanya masing-masing happy dapat siapkan kerja bersama-sama dan saling berterima kasih.

Part ucap terima kasih ni, rasanya pihak isteri kena mulakan dulu. Ucaplah tanpa jemu, mungkin kali ke 100 baru suami tanpa segan silu akan cakap kat kita “Sayang, thank you kemas rumah kita”. Kalau dia baik hati, balik kerja adalah tu seketul dua cheese cake atau apa-apa makanan kegemaran isteri. Haaaa gitu. Hahaha.

Jangan nak berangan husband macam drama jam tujuh sangatlah! Suami kita ni banyak perkara yang nak difikirkan. Kadang terlupa pun ya juga untuk ucap itu ini kepada isteri. Fahamilah dia. Tak salah kalau kita yang mulakan dan lazimi mengucapkan terima kasih dan kata-kata sayang kan? Dapat pahala pula tu.

Untuk bulanan pula Hawa tak ada jadual lagi sebab setakat ni, apa yang dibuat secara bulanan adalah potong rumput atau meracun sahaja. InsyaaAllah jika bertambah kerjanya kita susun semula jadualnya. Hehe.

Kadang ada yang perlu, ada yang tak perlu buat kan. Kita utamakan yang perlu sahaja. Ada yang perlu tambah , kita tambah saja.

Jika ada yang orang lain boleh bantu ketika kita tak mampu nak uruskan rumah, boleh je kalau nak laveragekan kerja kita. Contohnya, panggil mereka yang buat servis pembersihan. Iron baju dan lipat baju pun ada juga yang buat servis. So, boleh guna servis mereka.

Usah paksa diri sangat sampai rasa terbeban, stres menguruskan rumah tangga. Kita manusia biasa, perlu ada masa rehat dan masa untuk diri sendiri. Masa untuk Allah sebagai hamba juga usah dilupakan.

Enjoy je kemas rumah !

Jika rasa dah kemas tapi macam tak sudah-sudah tu boleh baca entri Hawa yang ini, mungkin boleh bantu.

Belajar Sisihkan Barang Yang Tak Digunakan ! Kemas Rumah Pasti Jadi Lebih Mudah.

Note : Hawa dalam proses untuk buat softcopy free printables home management binder. Nanti bolehlah download untuk kegunaan sesiapa yang nak guna. Nak masuk tahun baru dah ni kan. Hehe.

 

2 thoughts on “Nah! Ini Tips Kemas Rumah Mudah Tanpa Stres Khas Untuk Wanita

  1. Kemas rumah ni perlukan kerajinan je, baik lelaki atau perempuan. Menyusun jadual mengemas/mengurus rumah pastinya tindakan yang bijak dan jimat masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!