The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) Kerteh, Terengganu

The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) Kerteh, Terengganu

Baru buka Batik Printing Kit yang dibeli semasa jualan amal Nasom (The National Autism Society of Malaysia) Kerteh, Terengganu tempohari.

nasom kerteh
Jualan amal oleh NASOM Kerteh.

 

nasom kerteh
Warna biru dan merah dah tertumpah! Huhu.

 

Ada warnanya yang telah tumpah sebab daku letakkan di rak buku secara senget. Sayangnya! Tapi tak apa, masih boleh diselamatkan lagi.

Kit ini dibekalkan bersama berus, palet, 3 warna asas iaitu biru, merah dan kuning. Tip campuran warna juga ada disediakan untuk panduan.

nasom kerteh
Bekas-bekas warna yang tersenget kedudukannya tu.

 

nasom kerteh
Batik Painting Kit

 

nasom kerteh
Batik Painting Kit

 

nasom kerteh
Hasilnyaa..haha. Dah lama benar tak pegang berus cat dan bermain warna. Huduh benar hasilnya tu kan? Redha jelah. Dah siap!

 

Bukan nak cerita tentang kit ini sebenarnya, tapi tentang kegigihan ibu bapa kepada anak syurga ini, guru dan staf NASOM Kerteh yang sentiasa berusaha , bertungkus-lumus demi kebaikan anak-anak di sini.

Mereka juga gigih memberikan kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang autisme.

Hawa dapat info dari seorang gurunya, Batik Painting Kit jualan amal ini juga adalah sumbangan ibu bapa salah seorang pelajar di sini.

 

Apa sebenarnya NASOM ni ya? 

NASOM sebenarnya bukanlah sebuah syarikat swasta, bukan juga agensi kerajaan atau  badan kerajaan.

NASOM adalah badan bukan-kerajaan yang berkebajikan. NASOM juga di senaraikan sebagai Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) peringkat kebangsaan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Kebajikan Dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM). Selain itu, NASOM juga adalah sebuah institusi berkebajikan yang diberi pelepasan cukai di bawah Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Sama seperti rumah anak yatim, maahad tahfiz, rumah kebajikan penjagaan kanak-kanak dan warga emas serta berbagai lagi rumah untuk mereka yang kurang bernasib baik.

NASOM ( The National Autism Society of Malaysia) ditubuhkan khas untuk anak-anak autisme.

Autisme ialah satu kelainan upaya yang kurang ketara pada pandangan biasa berbanding down syndrome, cerebral palsy, spastik dan lain-lain. Ia bukan sejenis penyakit.

 

Autisme atau Autism Spectrum Disorder ialah satu bentuk kecelaruan yang menganggu fungsi otak, atau gangguan neurologi yang kompleks. Ia adalah keadaan, masalah dan cabaran yang di alami oleh penghidap sepanjang hayat mereka.

 

Ramai di kalangan mereka mengalami masalah pertuturan, komunikasi dan pembelajaran.

 

Ramai juga yang mengalami masalah tingkah laku dan pergaulan sosial.

 

Kebanyakan mereka terpaksa bergantung kepada ibu bapa mereka sepanjang hayat.

 

Punca autisme masih belum di ketahui dan masih tiada penawar untuk autisme. Setiap anak-anak autisme juga berbeza antara satu dan yang lainnya.

 

Itulah serba ringkas tentang autisme.

 

Apakah peranan NASOM ?

Antara peranan NASOM ialah :

  • Memberi khidmat intervensi dari awal.
  • Memberi perkhidmatan pendidikan khas dan vokasional kepada kanak-kanak atau remaja yang tidak diterima ke sekolah.
  • Khidmat sokongan kepada mereka yang diterima ke sekolah, sokongan latihan dan pekerjaan kepada remaja atau dewasa yang tidak mendapat peluang pekerjaan.
  • Menganjurkan pelbagai program kesedaran dan penerimaan masyarakat supaya mereka dapat menjalani kehidupan tanpa sebarang halangan dan diskriminasi.

 

Seperti badan-badan dan rumah-rumah kebajikan yang lain, NASOM juga sangat memerlukan sokongan daripada kita dalam bentuk derma, sumbangan dan bantuan dalam berbagai bentuk supaya dapat terus menyediakan semua khidmat kepada yang memerlukan.

Hakikatnya, sebilangan besar ibu bapa di Malaysia tidak mampu untuk menampung  belanja yang tinggi untuk membesarkan anak-anak autisme mereka. Saban hari dan waktu, mereka mungkin tertanya-tanya apakah yang akan terjadi kepada anak-anak autisme terutamany apabila ibu bapa tidak lagi bersama mereka.

Hawa berpeluang berbicara singkat dengan salah seorang tenaga pengajar di NASOM Kerteh tempohari. Sungguh! Usaha ibu bapa dan guru yang sanggup turun padang bersama mencari dana agar NASOM Kerteh kekal memberi khidmat kepada anak-anak syurga sekitar Daerah Dungun dan Kemaman sangatlah mulia. Ini kerana, jika tiada NASOM Kerteh ianya menyulitkan ibu bapa untuk menghantar anak ke Kuala Terengganu atau Kuantan yang jaraknya yang agak jauh.

nasom kerteh
Pelajar Fakulti Sains Kesihatan Unisza bersama anak-anak di NASOM Kerteh. (Kredit : Nasom Kerteh)

 

Jika kalian ingin tahu lebih lanjut tentang NASOM Kerteh ini atau mungkin ada sumbangan yang mahu diberikan, ini maklumat lengkap yang boleh kalian berurusan.

Tel : 09 826 1976 / 013 307 2675
Email : kerteh@nasom.org.my
Add : PT 15856, Jalan Melor, Kampung Baru,

24300 Kerteh, Terengganu.

Share supaya lebih ramai yang tahu tentang adanya NASOM Kerteh ini. Jom sama-sama bantu mereka yang memerlukan.

Love,
Hawa Hassan.

mommyluv.net

2 thoughts on “The National Autism Society Of Malaysia (NASOM) Kerteh, Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!