Tempah Langsir Murah, Cantik Dan Berkualiti Di Shopee

Kisahnya, Hawa pindah rumah. Alhamdulillah rumah sendiri. Jadi, banyak juga keluar ongkosnya kan. Paling penting adalah langsirlah bagi Hawa. Sebab nak tutup segala rahsia dalam rumah kita tu, termasuklah aurat isi rumah. Rumah Hawa ni pula, corner lot. Jadi, banyaklah tingkap dan sliding yang nak kena cover.

Tanya punya tanya untuk tempah langsir, tak jumpa yang berkenan di hati. Banyaklah songeh kan?. Taklah. Hawa nak yang simple-simple je pun tapi kain mesti yang berkualiti. Sebabnya, Hawa bukan jenis suka tukar-tukar langsir setiap kali nak raya. Husband tak bagi jahit sendiri sebab kondisi paru-paru ni nak berapa nak lasak nak hadap habuk kain tu. Ukur langsir  buat sendiri je. Niat nak jahit sendiri tapi tak mampu rasanya.

Dah puas survey, akhirnya survey di Shopee. Jumpalah satu seller ni kat Shopee. Menariknya, dia punya review semua 5 bintang. Lebih 500 orang review. Tengok review semua bagus-bagus siap snap gambar langsir masing-masing. Agaknya memang rezeki seller di Shopee kan? Rezeki Allah ni tak pernah salah alamat.

Hawa beranikan diri untuk tempah. Tawakal lah. Rasa nak cuba daku ni tinggi sikit tau. Tak try kita tak tau kan. Harap eloklah kejadian langsirnya.

Ada 2 jenis kain langsirnya.

  1. 70-80 % blackout
  2. 100% blackout

Hawa pilih yang 70-80% blackout je, sebab murah sikit. Haha. Takut-takut lagi sebenarnya. Siap fikir dah, kalau langsir tak cantik aku nak buat apa eh? Hawa minor OCD ye. Kalau dang mari tak puas hati tu, husband faham sangat-sangat dah.

Chat dengan seller, Hawa request saiz langsir, color semualah. Zassss ! Klik butang order, checkout dan bayar.

Berdebar jugaklah nak tunggu siap langsir tu tau. Tempoh yang diberi untuk langsie siap adalah 10 hari. Alhamdulillah, hari ke-7 seller update dah post out . Keesokannya, dah sampai di Pos Laju tempat Hawa .

Tunggu punya tunggu tak sampai lagi. Rupanya Pos Laju peram daku punya langsir oiii! 4 hari duk kat Pos Laju Kijal. Nak pergi ambik , tak ada transport pula. Kebetulan,husband di luar kawasan. Call Pos Laju Kijal. Kot mana-mana pun kena hantar juga ke rumah saya. Dia cakap posmen cuti dik! 3 kali call , haaaa petang tu datang hantar juga. Haha. Kubagi sinyum manis kat abam posmen yang hantar tu. Lama tau dak saya tunggu langsir saya.

Alhamdulillah, dibungkus elok tebal beberapa lapisan. Ada free gift pengikat langsir, 1 kotak hook, dan 4 notebooke kecil. Pemurah betul seller ni.

Hawa tempah langsir untuk 1 rumah. Labuh langsir tu semuanya 300cm/3 meter.

  1. Sliding door x 2 keping (ring eyelet) – RM276
  2. Tingkap 1 panel x 1 keping (ring eyelet) – RM69
  3. Tingkap 2 panel x 6 keping (hook) – RM354

Total : RM 761.66 (termasuk postage)

Pintu bilik dan langsir siang plan lepas ni. Tengok dulu kejadiannya macam mana. (Ni decision sebelum tempah la, sekarang menyesal tak tempah je terus haritu sekaligus).

Jika dikira bersama langsir pintu dan langsir siang (sheer) untuk ukuran rumah Hawa. Labuh langsir pintu 230 cm/2.3m dan labuh sheer tingkap dan sliding 300cm/3m juga.

  1. Sliding door x 2 keping (hook) – RM175
  2. Tingkap 1 panel x 1 keping (hook) – RM55
  3. Tingkap 2 panel x 6 keping (hook) – RM 330
  4. Pintu x 3 keping (ring eyelet) – RM 171

Total : RM 731.00

Nak gantung langsir macam mana? Haha. Hawa beli rod kat Shopee juga (untuk sliding, tingkap 1 panel dan pintu). Personal shopper IKEA sebenarnya seller tu. Senang sangat sekarang ni kan? . Untuk rail langsir tu Hawa beli di kedai hardware dekat rumah ni je. Ini ongkos yang Hawa keluarkan untuk itu.

  1. Hugad (210-385cm) + 3 betydlig x 1 set – RM 63.90
  2. Hugad (120-210cm) + 2 betydlig x 4 set – RM183.60
  3. Finials (Raffig) x 5 set – RM 60
  4. Rail + Roller + End Cap + Bracket + Skru + Wall plug (untuk semua langsir yang pakai hook) – RM 110.00

Total : RM 417.50

Jadi, untuk kesemua langsir dalam rumah  ni, ongkos yang keluar adalah lebih kurang RM1910.16. Alhamdulillah guna duit bisnesku. Eh! Haha. Tangga pun kubeli untuk memudahkan operasi panjat-memanjat gantung nanti. Mudah bila semua ada. Senang sikit nak projek DIY Hawa ni kan.

En.Hubby pasang sendiri semuanya. Nak tebuk dinding,pinjam kawan punya drill set. Hehe. Hawa aim nak beli juga tu fullset. Kahkahkah. Tungguuuuu.

Asalnya, kami nak tempah untuk satu rumah dengan satu kedai ni, quotation yang diberi dalam RM2500 – RM4500 untuk satu rumah. Jadi, kami fikir if kami buat sendiri, mungkin lebih best. Lagipun, dua-dua suka nak buat. Nak try. Kita onzzz sajalah.

Ada orang cakap, banyaknya masa nak buat semua tu? Tempah kan senang, tak penat or leceh nak itu ini. Terima yang dah siap je. Tambah duit sikit je.

Gini. Bukan apa, sebenarnya kan orang yang suka buat sendiri ni sebab dia suka. Dia suka aktiviti tu. Dia suka mencuba itu ini yang melibatkan aktiviti tersebut. Bukan tujuannya untuk jimat semata-mata. Dapat KEPUASAN bila dapat buat sendiri. Contohnya ginilah. Boleh je beli pouch murah comel-comel dekat ECO, tapi nak juga potong kain jahit bagai bahkan kos yang buat sendiri tu lagi mahal daripada pouch ECO RM2.10 tu. Kenapa dia nak buat juga? Sebab dia suka dan happy. Kalau benda yang lagi jimat, laaagilah happy tu berganda. Gitu. Biarlah dia.

Dia tu sape? Haha.

Okey. Haaa ni dia langsir yang tempah kat Shopee tu. Kainnya tebal. Memang 70% blackout. Malam siang pun tak nampak bayang orang di dalam rumah walaupun Hawa pilih warna light grey.

 

langsir 2019, langsir simple, langsir shopee. langsir murah

 

Jahitannya kemas sangat! Yeah! Yang ini Hawa suka. Bila digantung tu, kainnya elok je beralun gitu. Kain plain biasa je tak berkilat. Satin Matte namanya kalau tak silap. Kain yang 100% blackout tu lagilah tebal. Eh ! Menyesal pula tak ambil yang itu. Hahaha. Bersyukurlah. Ini rezeki kita. Alhamdulillah.

 

langsir 2019, langsir simple, langsir shopee. langsir murah

 

Langsir tu dipasang setinggi mungkin. Dah nak rapat ke bumbung. Haha. Sian En Hubby. Muncung jugalah time pasang tu. Tapi, demi request dari bini tersayang diturutkan jua. Hawa belanja dia keropok lekor dengan ABC. Hihi.

Langsir tinggi tu kononnya nak bagi kesan ruang tu nampak tinggi dan luas. Warna juga memainkan peranan. Light grey dengan dinding bercat putih akan menimbulkan suasana yang lapang dan cozy. Gittew.

Tips Profesional Untuk Pilih Langsir Nampak Perfect!

langsir 2019, langsir simple, langsir shopee. langsir murah
Ini yang guna hook. Abaikan baju bergantungan tu. Bilik belum kemas lagi time ni.

 

So, untuk mereka yang tengah cari langsir yang sesuai dengan dekorasi rumah dan murah, Hawa suggest boleh survey di Shopee. Klik link Shopee ZNZ Curtain ni ya. Hawa memang puas hati dengan hasil kerjanya. Seller juga sangat peramah, mudah nak kecek kiro ore kata. Ada lebih kurang 33 warna (plain) untuk dipilih.

Selain itu,boleh tempah secara sedikit demi sedikit mengikut bajet semasa yang kita ada. Tak perlu tempah untuk satu rumah lengkap dengan langsir siang terus. Apapun, terpulang kepada masing-masing punya cara. Okey!

Untuk yang duk jauh dan susah nak ke IKEA ditambah malas nak cari personal shopper di luar, boleh tengok seller ninanurziana ni di Shopee  . Sangat peramah juga dan responsive. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan Hawa dengan kehadiran seller-seller yang bagus macam ni.

Kalau ada tempat kalian shopping barang-barang dekorasi rumah yang best, boleh share juga ya. Tq.

2 thoughts on “Tempah Langsir Murah, Cantik Dan Berkualiti Di Shopee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!