Menu Bajet : Telur Dadar Daun Moringa Bukan Saja Sedap Tapi Kaya Nutrisi !

Telur Dadar Daun Moringa Bukan Saja Sedap Tapi Kaya Nutrisi ! | Pernah makan Telur Dadar Daun Moringa ? Sedap sangat tau ! Alhamdulillah.

Kat rumah mak ni ada Pokok Moringa. Juga dikenali sebagai Remunggai, Munggai dan kelor. Nama saintifiknya adalah moringa oleifera.

Pokoknya boleh tahan juga tingginya tu hingga mencapai 7-11 meter. Daunnya berbentuk oval dengan ukuran kecil yang tersusun rapi dalam satu tangkai. Bunganya cantik berwarna putih kekuning-kuningan yang mengeluarkan aroma semerbak.

Dikatakan pokok ini berasal dari India sub-Himalaya dan telah lama menjadi salah satu unsur penting dalam pengubatan Ayurveda.

 

pokok moringa

Macam nilah rupanya pokok moringa ni. Daunnya halus kecil-kecil. Daunnya lah yang digunakan dalam telur dadar.

 

Khasiat daun moringa ni sangat banyak. Apa yang penting, sudah tentu menjadi sumber fiber atau serat yang penting untuk sistem perkumuhan manusia. Selain itu, ia juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral.

So, kali ini Hawa nak share Resipi Telur Dadar Daun Moringa. Simple je ye. Macam masak telur dadar biasa saja.

 

Bahan-bahan :

5 biji telur (untuk 7 orang makan)

5 tangkai daun moringa (ambil daunnya sahaja)

Sebiji lada besar (hiris nipis)

Garam secukup rasa

2 sudu besar mayonis (optional)

 

Cara-cara membuatnya :

  1. Pukul telur sehingga bersatu putih dan kuning telurnya (sedikit berbuih).
  2. Campurkan semua bahan-bahan di atas (gaul rata).
  3. Panaskan minyak dan masukkan campuran telur dan bahan-bahan tadi.
  4. Tutup dengan tudung periuk sekejap.
  5. Terbalikkan dan masak sehingga betul-betul masak bahagian dalamnya.
  6. Done!

 

telur dadar daun moringa

Penuh dengan daun-daun kehijauan. Hahaha.

 

telur dadar daun moringa

Gebu kan ? Rasa lemak-lemak daun moringa tersebut.

Paling penting Telur Dadar Daun Moringa ini adalah…..sesuai untuk anak ramai ! Hahaha. Boleh jimat telur kan?

Bolehlah pakat cuba ya. Opps! Tak ada daun moringa ? Boleh saja gantikan dengan sayuran lain yang sesuai.

Selamat memasak bunda-bunda hebat semuanya.

You may also like

1 Comment

  • Cik Tinta

    Best..

    May 4, 2020 at 11:06 pm Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Content is protected !!