Tawaran Menarik Di PG Mall Sempena Kempen Proudly Local #BarangBaikBarangKita

Tawaran Menarik Di PG Mall Sempena Kempen Proudly Local #BarangBaikBarangKita | Sejak PKP dilaksanakan Bulan Mac 2020 yang lalu, Hawa jadi lebih suka membeli barang-barang keperluan secara atas talian.

Rasanya selagi dalam suasana pandemik COVID-19 macam ni, Hawa akan jadikan platform online sebagai tempat utama untuk shopping barang termasuklah barang keperluan harian.

Ingat lagi masa awal-awal PKP dulu, semua daku beli online je termasuklah budu dan kicap. Barang lain tak payah cerita lah, memang dah biasa beli online pun kan.

Ada beberapa sebab yang buat Hawa pilih online shopping :

1. Mudah dan cepat hanya di hujung jari sahaja. Dah order, tunggu sajalah parcel sampai.

2. Cashless . Kurangkan risiko jangkitan COVID-19. Walaupun Malaysia macam dah ok berbanding negara lain, tapi kita masih dalam keadaan berjaga-jaga.

3. Tak perlu keluar rumah. Hanya stay di rumah. Kerja pun dari rumah, so jadi rasa berat hati sikitlah nak keluar rumah.

4. Untuk yang ada anak, tak kecoh nak keluar jelajah mall atau kedai dengan anak-anak kecil. Kurang selamat pun untuk mereka keluar ke tempat ramai orang.

Now, Hawa dah jumpa satu tempat baru nak shopping. Yeah ! Happy tau. Sebelum ni tak tahu sangat pun tentang ini. Hawa tak sure lah kalian dah pernah shopping kat sini ke belum.

Jom lah kita tengok kat mana boleh shopping best-best dengan offer yang banyak dan sangat menarik tu.

PG Mall Review

PG Mall ini adalah salah satu platform membeli-belah secara atas talian nombor satu di Malaysia yang bertapak sejak 2017 lagi.

Malah PG Mall juga merupakan satu-satunya platform e-commerce yang ada di Malaysia yang tersenarai dalam TOP 3 e-commerce di Iprice Insight.

Bukan kaleng-kaleng kan?

Lebih menarik lagi, PG Mall boleh terima semua jenis e-wallet dan payment gateway.

So, lagi mudahlah nak add to cart dan buat payment menggunakan pelbagai jenis e-wallet dan payment gateway.

Bolehlah guna e-Penjana kita tu untuk shopping barang keperluan ke apa-apa sahajalah kat PG Mall ni.

PG Mall Review

Kena cepat ye ! Sebab offer ini sampai 30 September 2020 sahaja okay. So, manfaatkanlah sekarang.

Selain itu, ada lagi OFFER BEST untuk E-Penjana Shop Malaysia Online ni tau.

Ini yang PG Mall offer untuk pengguna (10 Ogos 2020 – 30 September 2020 ) :

1. Untuk yang first time nak shopping kat PG Mall ada RM25 OFF (with min spend RM80).

2. Yang pernah shopping pun ada juga RM20 OFF (with min spend RM100)

3. Free RM8 OFF shipping fee.

4. 50% OFF exclusive facebook live rebate voucher

Lagi satu kan, yang Hawa rasa paaaaaling best adalah bila kita membeli barang-barang di PG Mall, dalam masa yang sama kita boleh support local product juga. Kenapa Hawa cakap macam tu?

PG Mall review

Sebabnya, PG Mall ada kempen Proudly Local #ByMalaysiansToMalaysians, #BarangBaikBarangKita bermula Julai 2020 yang lalu hingga Disember 2020.

Terdapat pelbagai jenis produk tempatan dan pelbagai jenama. Kalau makanan tu ada macam-macam jenis tau ! Pekasam Ikan, Daging, Telur Sotong, Cookies. Uish ! Macam-macam. Nampak sangat Hawa suka makan kan?. Hehe.

Bukan itu sahaja, pelbagai barangan keperluan rumah juga ada dijual di PG Mall. Pilih sajalah mana yang berkenan.

Satu perkara lah yang Hawa terfikir, kalau kita support dengan membeli barangan tempatan, sebenarnya kita telah membantu ekonomi orang tempatan juga.

Banyak manfaatnya untuk perkembangan ekonomi negara secara amnya.

Apa lagi, jomlah kita cari barang-barang yang kita perlu dan mahu di PG Mall.

PG Mall
Guna apps pun boleh tau ! Untuk pengguna Android boleh install apps PG Mall di Playstore korang ye! Sambil makan pun sempat Hawa godek PG Mall. Hahaha.

 

PG Mall review
Nak tengok lebih jelas ? Haaa gunalah laptop korang ye. Haha.

 

Hawa pun dah tak sabar ni nak shopping barang baby dan a few things for my DIY projects.

PG Mall review
Hawa suka buka website PG Mall di laptop. Besor ! Senang nak pilih-pilih banyak barang kan? Tamak betul.

 

Prepare awal lah barang baby tu sementara ada banyak offer menarik ni kan. Oooops! Hehe.

PG Mall review
Dia punya sinyum kalau dah add to cart barang tu macam tu lah ye. Sampai nak tutup mata.

 

Jom klik sahaja di link yang Hawa bagi kat bawah ni ya.

Selamat membeli-belah korang !

Website:
www.pgmall.my

Facebook:
www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram:
www.instagram.com/pgmall.my/

 

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #Cashback #points

4 thoughts on “Tawaran Menarik Di PG Mall Sempena Kempen Proudly Local #BarangBaikBarangKita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!