Tak Rugi Beri Sejambak Ros Merah Untuk Isteri Di Hari Istimewanya

Bunga Ros merah ni kata orang membawa maksud cinta dan sayang. Kebiasaannya bunga ros merah untuk menyampaikan kata “I Love You”. Bilangan bunga tu pun membawa makna juga, kalau 3 kuntum , I Love You. Kalau 100, “Aku akan menyintaimu selama hidupku”. Haaa…layan. Haha.

29 Januari yang lalu, genaplah umur Hawa 30 tambah dot dot dot..(rahsialah). Hihi.

Petang tu dikejutkan dengan sejambak Kit Kat, Cadburry dan Crispy oleh anak bisnes Hawa, leader besar dalam Tasneem Naturel bawah team Hawa. Pagi-pagi lagi dia duk tanya, “Alamat rumah mommy mana eh? “. Hawa tanya balik, ” Nak datang rumah Mommy ke, marilah. Hehe”.

kit kat, surprise delivery kemaman
Dah habis kena rembat dek orang sebelah. Haha.

 

Rupanyaa…dia nak buat surprise delivery. Syukran Mimiey yang duk Kedah. Terima kasih atas ingatan. Terima kasih juga kepada Big Mum Surprise sudi hantar. Servis terbaik.

birthday, surprise delivery kemaman
Thanks Miey.

 

Malam pula, sakit perut sebab ‘overload’. Selain makan nasi putih lauk-lauk kampung macam biasa, En. Hubby bawa balik kek, segala jenis pastri termasuklah sebekas popia simpul. Allahu, habis diet mak ni. Plan nak turun 12 kg kot ni sebelum Ramadhan tahun ni. Diet esoklah. Hihi. Kek tu pun macam sedap. Chocholate cake, memang tak tolak lah jawabnya.

 

kemaman, terengganu
Meja takde lapik lagi. Dalam kotak kot alasnya, belum habis kemas sejak pindah rumah.

 

Keesokan harinya, dalam jam 3.00 petang macam tu, ada orang call nak hantar ‘bouquet’. Eh! Siapa pula ni? Dalam duk tanya-tanya tu, Kak Sha sampai. Kesian dia sesat-sesat cari kawasan perumahan nak hantar bunga. Terima kasih Kak Sha. Cantik dan kemas bouquet tu. Boleh roger kalau nak buat surprise bila-bila . (01112928153).

 

Ros Merah!

 

surprise delivery kemaman
4 kuntum ros merah. Hehe.

 

surprise delivery kemaman
Amin..Amin..mudah-mudahan

 

Rupanya, En Hubby tiba-tiba nak buat surprise delivery. Tak sangka.

“Abang baru je nak belajar order barang kat instagram. Tu sebab test surprise delivery tu”. Haha. Dia cover.

Memang hakikatnya jugalah, suami Hawa tak gemar sangat membeli secara online. Isteri dia ni je, kat Shopee saja berapa banyak habis fulus. Berat nanang sungguh!

Satu benda je nak cakap, seronok dapat bunga daripada suami. Tak kisah berapa kuntum pun. Haha. Dan tak kisah bunga ke apa pun (kalau Hawa lah, bukan sweet-sweet gitu..hihi). Cuma bila diingati, diberi hadiah , ada rasa syahdu di situ. Rasa dihargai kelelahan-kelelahan sepanjang hari, walaupun ya betul, sesuatu tu kita buat dengan ikhlas lillahitaala tanpa harapkan penghargaan manusia. Tapi, fitrah manusia ingin dihargai, ingin rasa disayangi lebih-lebih lagi oleh suami.

Jadi, tak rugi suami sekali-sekala , segarkan semula ‘mood’ rumahtangga yang di bina tu dengan kejutan-kejutan buat isteri. Bagi pihak isteri pun sama. Amalkan budaya saling memberi. Hawa sekadar memberi pandangan. Rumahtangga kami pun, taklah lama mana lagi, baru menginjak tahun ke-12. Ada yang lebih lama dan lagi berpengalaman, InsyaaAllah.

Alhamdulillah, atas nikmat-nikmat yang Allah kurniakan. Kegembiraan-kegembiraan kecil tu pun rezeki kita kan?. Wajib disyukuri.

Terima kasih untuk semua yang sentiasa ada baik ketika Hawa senang mahupun susah. Gembira mahupun sedih. Tak ternilai dengan segala yang ada di dunia, moga Allah anugerahkan lebih banyak nikmat dan kesejahteraan duni akhirat untuk kalian.

 

2 thoughts on “Tak Rugi Beri Sejambak Ros Merah Untuk Isteri Di Hari Istimewanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!