Blog post

Resipi Turun Temurun Solok Lada Kelantan Yang Super Sedap !

February 10, 2019

Pernah makan Solok Lada Kelantan ?

Sedap. Rasanya lemak, manis , masin dan pedas. Cukup membuka selera.

Biasanya dimakan dengan nasi putih atau nasi kerabu.

Ini adalah resepi mak saya. Macam-macam cara sebenarnya. Tapi yang dibuat sendiri di rumah pastinya sedap kan?

 

Bahan bahan:

  1. Kelapa parut Рpastikan parut tanpa terkena tempurung kelapa. (kelapa yang digunakan mestilah yang  muda dan lembut sedikit).
  2. Ikan kukus – kami biasa guna ikan selayang (3-5 ekor saiz sederhana besar).
  3. 4 ulas bawang merah
  4. Halia ( 1/2 inci)
  5. Gula melaka (secukup rasa)
  6. Garam (secukup rasa)
  7. 1 biji telur
  8. Lada solok (warnanya hijau cerah)
  9. Kelapa goreng

 

solok lada
Ni rupa ladanya tu haa…

 

Cara-caranya :

1. Kukus ikan terlebih dahulu (Masukkan sedikit gula, garam dan 2 keping asam gelugor).

2. Bersihkan lada . Buang bijinya. Jika tidak mahu terlalu pedas, boleh direndam seketika di dalam air kelapa atau air suam. Jangan terlalu lama.

3. Ikan kukus diasingkan tulang dan isi.

4. Tumbuk isi ikan, halia dan bawang merah.

5. Tumbuk kelapa goreng atau boleh menggunakan pengisar. Pastikan sederhana hancur.

6. Gaulkan ikan, halia, bawang merah dan kelapa goreng yang ditumbuk tadi dengan kelapa yang diparut. Gaul rata dan tumbuk sedikit agar teksturnya lebih lembut.

7. Tumbuk pula gula Melaka dan garam. Gaulkan dengan bahan-bahan No. 6.

8. Masukkan telur ke dalam adunan. Gaul rata sehingga sebati.

9. Masukkan bahan-bahan yang digaul rata tadi ke dalam lada hijau yang sudah dibelah dua dan dikeluarkan bijinya tadi.

10. Susun solok lada yang sudah siap tadi di dalam periuk pengukus.

11. Kukus 10-15 minit

Siap untuk dihidangkan bersama nasi putih panas atau nasi kerabu. Fuh ! Tak pandang kiri kanan dah. 2 pinggan nasi pun habis. Gu dia dengan budu , ulam semua tu. Masyaa Allah.

solok lada
Hah, selekeh la sikit. Tapi, rasanya sedap tau. Haha. Selamat mencuba!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Prev Post Next Post