Skema Warna Neutral Untuk Dekorasi Rumah Tahun 2020

Skema Warna Neutral Untuk Dekorasi Rumah Tahun 2020 | Pemilihan warna untuk hiasan dalaman dikatakan ada kaitan dengan psikologi.

Bila memilih warna untuk rumah , secara semulajadinya kita akan tertarik dan menyukai warna tertentu disebabkan bagaimana warna tersebut memberi kesan terhadap perasaan kita. Ya kan ?.

Tertarik dengan perkongsian Dr Azizul di Facebook milik beliau tentang skema warna neutral 2020 ‘memaksa’ Hawa tulis dan simpan di blog ini untuk rujukan sendiri dan kawan-kawan juga (jika perlu) .

skema warna neutral 2020
Skema Warna Neutral Untuk Dekorasi Rumah Tahun 2020

 

Antara sebab kenapa Hawa sendiri juga memilih skema warna neutral untuk dekorasi rumah adalah kerana :

1. Warna-warna ini paling mudah untuk dicari, pilih dan guna. Sebabnya skema warna ini dari putih hingga hitam.

2. Warna neutral ini paling mudah digabungkan dengan apa-apa warna lain. Ianya tetap akan nampak matching.

3. Dinding sedia ada di rumah adalah putih. Jadi, Hawa kekalkan saja warna putih dan mungkin hanya ada satu atau dua bahagian dinding yang akan dicat warna neutral pilihan kami. Kalau malas, kekalkan saja warna putih itu. Jimat dah kos di situ kan?

4. Ruang nampak lebih luas dan mudah nak letak perabot yang sesuai.

5. Perabot sedia ada memang dah sesuai dengan warna-warna tersebut. Jimat lagi sekali.

6. Aksesori untuk dekorasi untuk tema ini banyak yang Hawa boleh buat sendiri atau beli murah-murah di shopee. Haha. (Ini pendapat Hawa ye!).

Contoh-contoh ruang yang menggunakan skema warna neutral (google images).

Fuh! Cantik sangat kan?

Hawa dah mula sikit-sikit mendeko tapi progresnya tu sangatlah perlahan. Nak cepat mudah je, upah Interior Designer kan?.

Tapi, disebabkan deko-deko rumah ini bukanlah priority bagi kami buat masa ini, maka kami buatlah sendiri secara berperingkat. Biar perlahan tapi ada progres. Tak gitu?.

Apapun pilihan warna yang kita pilih ianya tidak menjamin keselesaan dan kekemasan rumah. Ye dak?

Tema dah cantik tapi barang-barang dalam rumah tidak diuruskan dengan baik, tidak dikemas dengan betul maka hasilnya tidaklah indah di mata yang memandang.

Hawa ada share macam mana menguruskan  barang-barang di rumah dalam artikel lain. Semoga bermanfaat.

Jemput Baca : 7 Langkah Mesti Buat Sebelum Mula Menghias Rumah

2 thoughts on “Skema Warna Neutral Untuk Dekorasi Rumah Tahun 2020

  1. Betul. Cantik macam mana pun rumah tapi kekemasan dan kebersihan tak dijaga tak bermakna apa-apa. Saya juga suka warna-warna neutral.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!