COVID-19 : Serangan Coronavirus Dan Cara Elakkan Jangkitannya

COVID-19 : Serangan Coronavirus Dan Cara Elakkan Jangkitannya

COVID-19 : Serangan Coronavirus Dan Cara Elakkan Jangkitannya | Hawa menulis tajuk ini bukan sebagai mereka yang terlibat secara langsung dalam dunia perubatan. Hawa bukan doktor, nurse atau sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dalam isu kesihatan ini.

Terima kasih tak terhingga kepada Dr Safiya Amaran kerana memberi penjelasan yang cukup mudah untuk difahami oleh masyarakat umum seperti Hawa tentang Coronavirus ini melalui muka buku milik beliau.

Di entri ini, Hawa tulis semula apa yang disampaikan oleh beliau untuk maklumat dan rujukan sendiri mahupun rakan-rakan pembaca sekalian.

Dari mana datangnya virus ini ?

Ianya bermula apabila Kerajaan China mula perasan akan adanya kes-kes jangkitan kuman paru-paru yang tak diketahui asal-usulnya sejak hujung Disember 2019.

Mereka mula alert apabila bermulanya episod banyak kes jangkitan kuman paru-paru yang serius berlaku di mana kebanyakan kes mereka  ini mempunyai sejarah yang sama, iaitu pernah berkunjung ke pasar seafood Huanan di Wuhan.

Pasar ini sangat terkenal dengan lambakan haiwan-haiwan exotic yang dijual untuk dijadikan makanan seperti ular, katak hijau, kelawar, tikus dan pelbagai lagi.

Hasil siasatan oleh saintis dan pihak kesihatan di China, mereka mendapati jangkitan itu berlaku disebabkan oleh beta coronavirus yang baru (belum pernah ditemui dalam badan manusia). Ia dipanggil dengan nama 2019-nCoV. Coronavirus jenis ini biasanya ada dalam badan binatang dan tidak pernah ditemui dalam badan manusia.

Bagaimana coronavirus yang ada dalam badan binatang boleh menjangkiti manusia?

Ada pelbagai teori, namun secara mudahnya tabiat penduduk di situ yang suka makan binatang liar seperti ular, kelawar, katak hijau dan tikus (yang bukan makanan manusia) , jadi virus tersebut telah masuk ke dalam badan manusia dan menyebabkan penyakit yang mengganggu saluran pernafasan.

Pada mulanya , saintis menyangka ia adalah penyakit ‘zoonotic’ (Maksudnya : Virus tersebut berasal dari binatang, jadi manusia hanya boleh berjangkit melalui binatang yang ada virus tersebut. Manusia yang dah ada virus tadi dalam badannya tak menyebabkan jangkitan kepada manusia lain di sekitarnya. So, hanya orang yang ke pasar atau makan makanan dari pasar tersebut sahajalah yang kena. Haa gitu).

Tapi, apa yang terjadi sekarang bukan begitu ! Ada kes-kes yang tak ke pasar atau makan makanan dari pasar tersebut tapi mereka ada hubung kait dengan orang yang ke pasar itu pun dah terjangkit sama !

Jadi penemuan baru ni menunjukkan coronavirus ini berkemungkinan telah berubah iaitu apabila masuk dalam badan manusia, virus bertukar sifatnya dari tak ada keupayaan menjangkiti orang lain kepada ada keupayaan menjangkiti orang sekitar.

Mudah fahamnya, walaupun binatang yang ada virus dah tak ada di sekeliling, tapi orang yang sakit sudah boleh menjangkiti orang lain. Apabila orang yang sakit boleh menjangkiti orang lain, penyakit ini jadi boleh merebak dengan sangat cepat dan kaedah kawalan menjadi semakin sukar. Itulah yang berlaku saat ini.

Coronavirus ni virus yang baru wujud ke ?

Tidak. Ianya dah lama wujud.  Coronavirus yang boleh menjangkiti manusia pertama kali telah dijumpai pada pertengahan tahun 1960.

Asbab wabak besar di Wuhan inilah yang membuatkan kita rasa seolah-olah ianya baru muncul. Mungkin juga perkembangan social media yang menyebabkan pelbagai info tentang ini senang disebarkan. Termasuklah info yang kurang tepat.

Virus ini diberi nama Coronaviruses kerana bentuk virus ini seperti ada crown  pada permukaannya.

coronavirus

Ada 4 kategori coronavirus yang utama iaitu :

  1. Coronavirus alpha
  2. Coronavirus beta
  3. Coronavirus gamma
  4. Coronavirus delta

 

Ada 7 jenis coronavirus yang pernah menjangkiti manusia :

Inilah nama-namanya :

 

Kategori  1 (Coronaviruses yang dah lama menjangkiti manusia dan tidak merbahaya) :

1. 229E (alpha coronavirus)

2. NL63 (alpha coronavirus)

3. OC43 (beta coronavirus)

4. HKU1 (beta coronavirus)

 

Kategori 2 (Coronavirus yang berasal dari binatang dan kemudiannya berubah boleh menjangkiti manusia dan merbahaya).

5. MERS-CoV (beta coronavirus yang menyebabkan Middle East Respiratory Syndrome, atau MERS) wabak berlaku pada tahun 2003.

6. SARS-CoV (beta coronavirus yang menyebabkan severe acute respiratory syndrome, atau SARS) wabak kecil berlaku secara on off di seluruh dunia pada tahun 2012 hingga sekarang.

Dan inilah yang terbaru dari Wuhan tu…

7. 2019 Novel Coronavirus (2019-nCoV), juga dari jenis beta coronavirus.

Update : Nama virus ini telah dikenali sebagai SARS-CoV-2 manakala penyakitnya dikenali sebagai COVID-19
Siapakah yang berisiko menjangkitinya ?

Sesiapa yang dalam lingkungan 1 meter dengan orang yang telah dijangkiti virus ini berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan jika orang yang sakit itu ada simptom seperti batuk, bersin, berhingus dan seumpamanya. In fact, ada yang tak menunjukkan apa-apa simptom pun tapi positif COVID-19.

WHO menganggarkan penyakit ini berjangkit sesama manusia melalui rembesan dari salur pernafasan (seperti batuk, bersin, hingus) dan juga melalui sentuhan.

Apa perlu buat untuk elakkannya ?
  1. Basuh tangan yang betul menggunakan air dan sabun yang sesuaiMake sure basuh tangan yang betul setiap kali sebelum makan, selepas makan, sebelum memegang bayi, selepas bersin, batuk atau bersihkan hingus, selepas keluar dari bilik air, selepas memegang barang yang tercemar, semasa kendalikan makanan, sebelum dan selepas merawat luka, selepas membuang sampah dan selepas memegang haiwan peliharaan.
  2. Gunakan hand sanitiser ketika berada di luar rumah- Kita tak tahu kalau kita terpegang tempat orang baru lepas  bersin, baru lepas ke tandas tak cuci bersih kan ? Sebab virusnya tak nampak di mata kasar.
  3. Kurangkan berada di tempat berisiko tinggi jika tiada keperluan- Contohnya airport , stesen bas , tandas awam di kawasan tumpuan ramai, shopping mall di bandar besar , kawasan pelancongan ,
    pengangkutan awam (train, bas, grab) dan pelbagai lagi tempat tumpuan ramai.
  4. Social distancing – Jarak 1 meter dengan orang lain agar virus ini tidak merebak.
  5. Tingkatkan kekebalan tubuh badan kita dengan menjaga pemakanan harian yang seimbang dan cukup nutrisi – Makan makanan yang sihat dan tambahkan makanan yang tinggi Vitamin C atau boleh amalkan Vitamin C juga.
  6. Setelah langkah-langkah sebelumnya sudah dibuat, doalah banyak-banyak agar dijauhi wabak ini dan semoga wabak ini mereda secepatnya.

Update : Bermula 18/3-31/3/2020 Kerajaan Malaysia telah melakukan Movement Control Order (Perintah Kawalan Pergerakan) untuk mengelakkan jangkitan virus ini lebih berleluasa.

Stay at home dan bantu diri, keluarga , masyarakat dan warga KKM khasnya untuk fight dengan virus ini. Jaga kebersihan dan ikut semua yang KKM suruh.

Elakkan juga berjumpa dengan orang jika tiada keperluan mendesak. Tutup saja pintu rumah dan elakkan menerima tamu seboleh yang mungkin sebab kadang ada lagi yang datang nak membawang, nak ziarah sja-saja, nak salam laga-laga pipi especially di kampung-kampung. 

 

Mudah-mudahan kita semua terhindar dari wabak ini. Seluruh dunia perlukan doa kita juga agar wabak ini tidak terus merebak dengan lebih kronik lagi dan mudah-mudahan akan cepat ada ‘cure’ nya tu.

 

Nota : Boleh follow perkongsian-perkongsian asal Dr Safiya Amaran di Facebook milik beliau.

Dr Safiya Amaran (FB : Safiya Amaran)
Pakar Perubatan Kesihatan Awam
Pensyarah Perubatan Unisza

Tq doc !

4 thoughts on “COVID-19 : Serangan Coronavirus Dan Cara Elakkan Jangkitannya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!