Roti Paung Special Yang Terlebih Gebu Di Marang, Terengganu

Roti Paung ni boleh dikatakan makanan tradisi orang Terengganu. Nikmatnya makan Roti Paung ni tak sama dengan makan roti lain. Canggih mana pun inti , bentuk , packagingnya, Hawa tetap pilih Roti Paung. Haaa gitulah.

Ianya sangat sedap dimakan ketika panas, baru angkat dari pembakar tu. Gebu, lembut masuk mulut tak terasa tau! Kunyah-kunyah telan beberapa kali, eh! Habis dah seplastik. Haha.

Biasanya , di kampung-kampung, Roti Paung dijual dalam plastik biasa sahaja.

Kali ini, kami cuba Roti Paung di Marang. Dari Kota Bharu melalui jalan biasa bukan highway (jalan pantai) menghala ke Dungun. Kedainya memang betul-betul tepi jalan di Kampung Pasir Puteh , Marang.

roti paung special marang
Hadapan kedai

 

Ada 5 jenis Roti Paung yang dijual di sini :

  1. Roti Paung Kelapa
  2. Roti Paung Planta
  3. Roti Paung Kacang Merah
  4. Roti Paung Kaya
  5. Roti Paung Campur (ada kesemua inti)

Hawa paling suka yang original tu (Roti Paung Planta). Yang lain-lain suka juga, cuma tak makan banyaklah sebab kurang suka yang manis. Yang lain-lain, kalau beli En Hubby lah yang akan habiskan. Membebel lah dia sebab kita tak makan banyak apa yang dia suka. Haha.

Kali ni, En hubby yang turun beli. Dia beli yang campur, kacang merah dan kelapa. Alahaiiii. Planta mana????.

“Bersyukurlah yanggg..”. Ayat dia kenakan kita. Nak suruh orang makan sama macam yang dia suka la tu, Roti Paung Kacang Merah dan Roti Paung Kelapa. Haha. Tak apa, nanti kita singgah lagi, siaplah.

 

roti paung special marang
Roti Paung inti kelapa. Ada tanda hijau tuuu. Hehe.

 

roti paung special marang
Campur. Ada sekali yang planta. Banyak pulak tu. Alhamdulillah.

 

roti paung special marang
Roti Paung inti kacang

 

Makan sambil memandu (Hubby) dan menghibur di sepanjang jalan (Hawa), tak sedar habis satu plastik. Uish! Berhantu sangat. Habislah diet kita bang! . Sedap sangat. Lembut macam tak payah kunyah sangatlah rotinya tu.

roti paung special
Inti kelapa yang tak terlalu manis. Sedap!

 

roti paung terengganu
Inti kacang. Penuh inti tu sebenarnya tapi dah tertelan dek pemakan roti. Haha. Pun sedap.

 

Roti paung ni paling sedap dimakan ketika panas-panas. ‘Gu’ dia dengan Teh-O panas, fuh! Tapi, dah sejuk pun tetap lembut dan gebu. Kami beli 3 bungkus, makan 1 bungkus dalam kereta. 2 bungkus lagi tu, stok untuk En.Hubby. Penggemar Roti Paung sejak dari awal kahwin dengan Hawa. Hehe.

Oppss! Lupa. Harganya cuma RM3.00 sahaja satu plastik tu. Sama je harganya untuk semua jenis. Satu plastik tu boleh makan anak-beranak dengan kenyangnya.

Kedai Roti Paung Special di Marang ini dibuka setiap hari bermula jam 8.00 pagi sehingga 7.00 malam. Boleh hubungi tuan kedai dulu in case kedai tutup ke apa kan. Takut ada yang mengidam susah pula. Hehe. Roti Paung Special Marang : 013-953 2344.

Baca : Mooncake Halal Keluaran Muslim

2 thoughts on “Roti Paung Special Yang Terlebih Gebu Di Marang, Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!