Resipi Sambal Goreng Pengantin Yang Sedap

Tak pernah makan sebenarnya Sambal Goreng Pengantin sebelum ni. Tapi, ada suatu hari di bulan Ramadhan yang lepas, seorang sahabatĀ  share resipinya di facebook (Nurulhuda Baharin) . Nampak sedap. Boleh try lah kan. Bukan pengantin baru pun boleh makan kot. Hehe.

Senang je nak buat sebenarnya. Cuma, nak sediakan bahan-bahan nak masuk sambal tu yang ambil masa sikitlah.

 

sambal goreng pengantin

Boleh cuba resipi di bawah ni.

A. Bahan-bahan :

Daging – direbus sehingga empuk
Paru – rebus atau goreng separuh masak
Udang – goreng
Tempe – goreng
Tauhu- goreng

B. Bahan kisar :

Bawang merah 7 ulas
Bawang putih 5 ulas
Halia 2 inci
Serai 3 btg
Cilik kering 2 genggam (Hawa guna yang jenis besar sebab kurang pedas).

cili kering tak pedas
Cilinya besar, agak tebal dan berkilat. Selalunya buat stok cili giling pun guna yang ini, sebab family tak makan pedas.

 

Gulang kabong (sedikit sahaja)
Santan pekat 1 kotak kecil
Pes asam jawa 1 sudu
Garam secukup rasa

C . Bahan mayang atau hiris nipis :

Bawang merah 10 ulas (dimayang)
Cili merah 3 biji (hiris nipis)

 

Cara-caranya :

1. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2. Masukkan bawang ,cili merah dan kacau rata.

3. Masukkan bahan gorengan, kacau rata.

4. Masukkan santan, gula, garam dan sedikit belacan jika mahu. Kacau rata. Biarkan seketika di atas dapur dengan api sederhana atau kecil.

5. Tutup api, siap untuk dihidangkan.

Dan sesungguhnya setelah dapat resipi ini daripada kawan facebook tersebut, barulah kutahu bahawasanya, Sambal Goreng Pengantin ni dihidangkan semasa kenduri-kendara atau hari raya. Sambal ini popular di Johor dan Singapura.

Satu jelah nak cakap, serius sedap! Kena sorok takut ada yang meratah macam tu je. Makan dengan nasi panas-panas tak sedar menambah nasinya. Aish! Bila laaa nak kurus gini kan?

InsyaaAllah , ada masa boleh buat lagi untuk jadikan stok. Boleh simpan sejuk beku, nak makan keluarkan dan panaskan sahaja. Ini kerja orang malas duk dapur lama-lama macam Hawa . Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat saya yang kongsi resipi Sambal Goreng Pengantin ni.

Sekian resipi kali ini. Boleh cuba juga ya.

2 thoughts on “Resipi Sambal Goreng Pengantin Yang Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!