Resipi Roti Puri Sambal Sardin : Menu Mudah Dan Murah Tapi Kebabom !

Resipi Roti Puri Sardin Menu Mudah Dan Murah Tapi Kebabom ! | Tak tahu nak buat apa untuk sarapan atau minum petang ? 

Nah ! Cubalah Roti Puri Sambal Sardin yang super sedap tapi murah dan mudah nak buat. Tak perlu yis bagai.

Tak sampai 30 minit dah boleh menikmatinya anak-beranak.

Hawa cuba buat tempohari untuk sarapan pagi ahli rumah ni. Habis ! Hahaha. Seronok tengok mereka semua makan. Jadi mak-mak ginilah kan, masak apa pun kalau habis dimakan memang sangat menyeronokkan.

Kucuba tulis balik apa yang dah dibuat tu step by step. Senang kalau anak-anak dah besar panjang nanti tanya resipi mak bagi link blog ajelah. Hehe.

 

Bahan – bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu makan marjerin
1/2 cawan air sejuk dari chiller
1/2 sudu kecil garam

 

Caranya :

1. Gaulkan tepung gandum dan marjerin hingga menjadi seperti serbuk roti.

resipi roti puri sardin

Gandum dan marjerin. Hawa guna Planta. Itu jelah yang ada musim PKP ni.

 

resipi roti puri sardin

Jadi ketul-ketul halus macam ni.

 

2. Uli dengan air sejuk yang dicampur garam sehingga tak melekat di tangan. Kemudian tutup dan rehatkan doh dalam 15 minit.

Resipi Roti Puri Sardin

Daaaa….bulat comelkan macam tukang buat tu. Sambil-sambil tu bolehlah siapkan sambal sardin.

 

3. Selepas itu, bentukkan bulat mengikut saiz yang dikehendaki dan canaikan.

resipi roti puri sambal sardin

Kubulatkan sebesar bola pingpong.

 

roti puri sambal sardin

Tak berapa nak bulat elok canaiannya. Pakai tangan je. Penggelek/pencanai tak jumpa cari kat rumah mak ni. Menyorok agaknya. Haha.

 

4. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak panas dengan api sederhana besar. Masa goreng tu, simbah-simbahkan minyak ke atas roti tu. Nanti cantik gelembungnya tu.

5. Siap ! Boleh dihidangkan dengan sambal sardin

roti puri sambal sardin

Macam bantal pula rupanya kembung macam tu.

 

6. Ini sambal sardin cara Hawa. Ikut suka je.

roti puri sambal sardin

Guna 1 tin besar sardin , 1 biji bawang Holland, 3 ulas bawang putih, 2-3 biji cili padi potong kecil (if nak pedas), sos tomato, sos cili dan perahan lemon. Tip nak rasa sedap, tumis bawang hingga kekuningan agak-agak macam nak hangit tapi tak hangit baru masukkan bahan-bahan yang lain. Last, masukkan perahan lemon tadi. Fuh !

 

roti puri sambal sardin

Makan yuk !

 

Senang kan ? InsyaaAllah anak-anak pun suka. Ayahnya apatah lagi. Hehe. Bolehlah korang masukkan dalam list menu bulanan Roti Puri Sambal Sardin ni.

You may also like

1 Comment

  • sharmien

    alahai sedapnya. baru tau rupanya bahan2 simple je kan. hihi…boleh la nk cuba nanti. suka puree ni. biasa makan di kedai je.

    May 20, 2020 at 12:50 pm Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Content is protected !!