Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Mudah Dan Sedap

Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Sedap | Alkisah, hari ini tak tahu nak makan apa untuk sarapan. Nak buat cekodok , gandum habis. Malas nak keluar. Selongkar punya selongkar kabinet dapur comelku, jumpalah tepung pulut. Yes! Ada tepung pulut je. Segala jenis tepung yang lain dah habis. Harap maklum.

Sejujurnya Hawa Hassan ini bukanlah penggemar kuih tradisional, tapi entahlah apa anginnya pagi ni, tekak terasa nak makan kuih-kuih orang lama.

Mak Hawa memang pakar bab kuih tradisional ni. Sebutlah kuih apa, dia boleh buat. Itulah keistimewaan orang-orang lama ni. Memang menantu kesayangan mertua ! Anaknya? Aduh! Sedih sangat sebab tak berapa nak ambil pusing bab masak-memasak  kuih tradisional ni. Dah lepas kahwin  barulah terhegeh-hegeh nak belajar masak itu ini dengan mak. Itupun bab kuih-kuih tradisional saya masih fail! Mujur mak mertua baik. Haha. Dapat buat karipap pusing dengan ketayap pun syukur sangat dah katanya.

” Takpe ! Tak pandai buat kuih pun takpe, asal menantu Ma rajin masak untuk anak Ma dan baik budi pekertinya je”.

Ok lulus Ma ! Hawa rajin masak, sedap tak sedap No.2 kan? Hehe.

Maka bermulalah pencarian resipi Kuih Tepung Bunga.  Tq master chef google ! Haha. Resipi yang dijumpai diolah ikut kesesuaian bahan-bahan yang ada di dapur Hawa.

Kuih Tepung Bunga ini adalah kuih tradisi Negeri Terengganu yang paling mudah nak dibuat. Ada juga yang kata ini kuih tradisi Negeri Kelantan, Hawa pun tak tahu mana satu yang betul.

Tapi, tak payah bergaduhlah ye ! Haha. Mak ayah Hawa orang Kelantan yang berhijrah ke Terengganu . Hawa lahir di Terengganu. Kemudian, ditakdirkan berjodoh dengan orang Pahang yang mak ayahnya asal Kelantan. Ok Fine ! Segalanya sudah diatur olehNya. Pure Pantai Timurlah hakak ni.

Tapi kan, Hawa rasa generasi muda sekarang ada yang tak kenal dan tak pernah makan pun kuih ni. Di gerai-gerai kuih pun dah jarang sangat jumpa kuih ni sekarang (setakat yang Hawa pergi gerai kuihlah ye !).

Zaman datuk nenek, inilah kuih buat sarapan pagi-pagi tau dik! Hehe.

Jom kita tengok Resipi Kuih Tepung Bunga ni mudah ke senang nak buat ?.

 

Bahan-bahannya :

  1. 1 1/2 cawan tepung beras pulut
  2. 3/4 cawan (180ml) santan pekat – (Hawa tukar dengan susu segar sebab tak ada santan).
  3. 1/2 sudu teh garam halus
  4. 2 biji telur
  5. Minyak untuk menggoreng
  6. Gula untuk tabur – (Boleh guna gula halus (castor sugar) atau gula perang jika suka)

Cara-caranya :

  1. Masukkan tepung, santan (Hawa guna susu) dan garam halus ke dalam bekas.
  2. Kacau hingga sebati. Uli sampai doh tersebut sehingga boleh membentuk bulat seperti bola dan tidak melekat pada  tangan dan bekas ( doh agak berkilat ). jika adunan terlalu lembik dan melekat boleh tambah sedikit tepung beras pulut.
  3. Bulat-bulatkan doh sebesar guli sehingga habis.
  4. Pecahkan telur dan pukul hingga sebati.
  5. Panaskan minyak dan leperkan sebiji adunan yang dibulatkan tadi di atas tapak tangan, lebih kurang sebesar duit syiling 50 sen. ( Suami kata, penyet-penyetkan aje doh tu!)
  6. Celup dalam telur dan goreng sampai warna keperangan.
  7. Setelah berwarna sedikit perang, angkat dan toskan supaya kurang berminyak.
  8. Kemudian hidangkan dalam piring dan tabur gula dengan sekata di atasnya.
  9. Siap untuk dimakan.

 

kuih tepung bunga terengganu
Inilah lebih kurang kejadiannya. Comot tapi sedap ! Laki hakak sayang sebab pandai buat Kuih Tepung Bunga. Kahkahkah. Puji diri sendiri.

 

Mudah je kan buat Kuih Tepung Bunga ni ?

kuih tepung bunga dan kopi

Paling best ianya dihidangkan bersama secawan kopi atau teh. Boleh buat menu sarapan, minum pagi atau minum petang.

Kenapa panggil Kuih Tepung Bunga ya ? Macam tak ada rupa bunga langsung pun kan. Hehe. Bab ni Hawa tak tahu nak jawab. Nantilah tanya mak bonda kenapa dipanggilnya Kuih Tepung Bunga, mungkin ada sejarahnya yang tersendiri. Kalau ada yang tahu, boleh share di ruangan komen ye.

Paling penting kesedapannya time makan tu. Ada rasa lemak, masin dan manis. Lepas tu bila gigit ada kenyal-kenyal tapi crunchy sikit kat bahagian tepi tu. Sesekali tergigit gula, fuh feel dia macam terbang ke langit tinggi (over!). Hah! Susah nak cakap rasa sedapnya tu macam mana. Kena try makan sendirilah ye.

Sebiji Kuih Tepung Bunga ni ofkoslah kecik je kan, sekali ngap sahaja, jadi kalau ahli keluarga tu ramai kena double triplekanlah resipi di atas. Risau takut tak cukup ! Hahaha.

Selamat masak Kuih Tepung Bunga gais!

Baca : Resipi Solok Lada Kelantan Mudah Dan Perggh !

2 thoughts on “Resipi Kuih Tepung Bunga Yang Mudah Dan Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!