Resipi Kuah Lodeh Dan Sambal Udang Sedap Sokmo

Raya Kedua tempohari Hawa belajar masak kuah lodeh sendiri. Hari Raya pertama dah makan satay dan nasi impit dengan kuah kacang. Biasanya 1st day raya dah open house terus kat rumah mak ni. Sebabnya, rumah sebelah surau arwah ayah, jadi jemaah surau akan terus ke rumah makan-makan, ziarah, sembang-sembang dulu baru ke tempat lain. Alhamdulillah, tradisi yang diteruskan sejak 30 tahun yang lalu rasanya. Yalah, Hawa lahir pun arwah ayah dah buat dah. Now, umur Hawa 30++++ teeeet. Haa gitu.

Jadi, sebab nak makan sangat kuah lodeh tu dengan nasi impit, masaklah sendiri. Pantai Timur ni jarang sangat orang hidang tau. Family Hawa sendiri pun ada yang tak makan. Ya lah, bukan makanan tradisi Pantai Timur kan. Entahlah, selera Jawa daku sorang ni. Haha. Nasib baik husband pun hantu lontong juga. Kalau masak untuk makan sorang memang taklah.

So, masaklah dengan bahan-bahan tak berapa cukup. Alhamdulillah. Jadi elok follow resipi Azie Kitchen ni. Tq ya, share resipi. Tapi, Hawa adjust sikitlah ikut bahan yang ada. Hehe.

 

1. Resipi Kuah Lodeh

Bahan bahan:
1/4 biji kubis –  tak masukkan pun, husband tak makan.
1/4 biji sengkuang – potong panjang – tak letak pun.
2 batang karot – potong panjang
6 batang kacang panjang – pun tak letak sebab husband tak makan juga.
2 biji terung panjang – tak letak
1/2 biji brokoli – potong sederhana
1 biji kentang – potong 8 – tak letak
3 keping fucuk – rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon – rendam dan potong kecil
3 keping tempe – potong dadu besar dan goreng
3 keping tauhu – potong kecil dan goreng
2 biji cili merah – hiris
2 batang serai – ketuk
300 gram udang hidup – Buang kulit
1 biji kelapa – ambil santannya
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah –  guna 1 1/2 labu bawang holland
1 1/2 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering – rendam dan toskan

Cara cara:
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Kacau sehingga agak kering. (Api je kecil ya). Kemudian, masukkan bahan kisar dan serai bersama sedikit air. Masak sehingga mendidih supaya bahan kisar masak sepenuhnya.
2. Tambahkan air secukupnya ke dalam periuk dan biarkan sehingga ianya mendidih lagi.
3. Masukkan semua bahan dan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.
4. Masukkan santan dan kacau rata supaya ianya tidak berketul. Masukkan pula udang dan kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan cili merah, tauhu dan tempe yang digoreng. Masukkan garam dan sesuaikan rasa dan kepekatan. Terus dikacau kuahnya selepas beberapa minit api ditutup.

 

masak lodeh, resipi kuah lodeh, resipi lontong
Dah masuk periuk baru nak ambik gambar. Oh! Nasib.
Antara tips untuk kuah lodeh ni tahan lama yang Hawa ada baca :- 
1. Didih sayur sahaja
Untuk pastikan kuah lodeh mampu bertahan lama, didihkan air dengan bahan kisaran seperti bawang, cili padi, kunyit hidup, udang kering dan bahan-bahan lain sahaja tanpa santan. Buat stok ini, didih dan perasakan secukupnya. Nak makan baru letak santan. Untuk jamuan tetamu di pagi raya boleh buat macam ni. Masak malam, pagi baru letak santan.
2.  Reneh lebih lama
Ketika mendidihkan kuahnya, biarkan ia direneh sedikit lama sebelum dimasukkan kesemua sayuran lain. Tujuannya untuk pastikan bahan yang dikisar tu betul-betul masak. Kemudian, baru masukkan semua bahan-bahan lain seperti tempe, kacang panjang, kentang, lobak merah, tauhu, terung, tauhu kering dan sebagainya ikut citarasa masing-masing.

 

2. Resipi Sambal Udang Kick Versi Pantai Timur

Bahan-bahan :

500 gram udang
2 biji bawang holland – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
4 sudu cili giling – buat sendiri guna lada kering yang tak pedas
2 biji cili api-kisar bersama bawang
Asam jawa
Gula perang secukup rasa
Garam secukup rasa
1 biji limau kasturi – diperah selepas masak

Cara-caranya :

1. Masukkan bawang dan cili kisar ke dalam kuali. Biarkan agak kering.
2. Masukkan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang tersebut.
3. Apabila dah naik bau bawang yang ditumis, masukkan pula cili giling. Masak agak lama. Kena kacau selalu di atas api sederhana.
4. Masukkan asam jawa, gula perang secukupnya dan garam secukupnya. Biarkan semua bahan sebati dan nampak berwarna betul-betul merah. Maknanya semua bahan-bahan tersebut betul-betul masak.
5. Masukkan udang , kacau rata sehingga udang masak.
6. Tutup api. Perahkan limau kasturi dan kacau rata sekali lagi. Siap !

 

sambal udang, resipi sambal udang
Nampak je merah tapi tak pedas menyala. Anak-anak kecik boleh makan.

 

Mungkin cara Hawa buat sambal udang ni agak rare. Haha. Terikut dengan cara mak memasak sebenarnya. Semua sambal memang buat macam ni. Sambal bilis, kerang untuk makan dengan nasi lemak pun kami masak lebih kurang macam ni.

 

lontong, kuah lodeh, resipi lontong, resipi kuah lodeh
Okey la kan untuk orang first time masak lodeh ni. Ahaks !

 

resipi sambal udang, sambal udang
Sambal udang tak berapa pedas. Kalau buat pedas takut takde sape makan. Hihi.

 

resipi lontong, resipi masak lodeh, resipi sambal udang
Alhamdulillah, dah bersedia untuk dimakan dengan nasi impit semasa sarapan.

 

Syukur Alhamdulillah. Percubaan masak lodeh pertama kali agak berjayalah kiranya. En Hubby request masak lagi. Haha. Kami bertiga je yang makan bersungguh-sungguh ( Hawa , husband dan kakak sulong). Yang lain makan juga. Ada yang makan sambal udang saja dengan nasi putih. Ada yang makan kuah lodeh dengan nasi putih . Sedap la tu kan. Ahaks! Alhamdulillah habis semuanya. Puas hati masak seperiuk.

InsyaaAllah next time boleh masak lagi dengan penuh konpiden.

2 thoughts on “Resipi Kuah Lodeh Dan Sambal Udang Sedap Sokmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!