Resipi Kek Coklat Moist Keto Yang Mudah Dibuat Dan Terbukti Sedap

Resipi Kek Coklat Moist Keto Yang Mudah Dibuat Dan Terbukti Sedap | Teringin nak makan kek coklat yang lembut, lembab dan sedap meleleh? Tapi sedar diri sedang mengurangkan pengambilan karbohidrat dan tak ambil sebarang makanan yang mengandungi gula putih langsung buat masa ini. (Ayat ini untuk diri sendiri. Haha).

Banyak juga resipi-resipi dari blog mommies blogger omputih yang Hawa duk study tu.

Tapi, mungkin resipi yang Hawa nak share ni juga boleh dicuba. Low carbo dan tidak menggunakan gula putih.

Ini resipi kawan Hawa , Pn Marina Mohd yang dikongsi di facebook milik beliau. Pn Marina ni memang buat kek dan ambil tempahan pelbagai jenis kek.

Ayuh !

Resipi Kek Coklat Versi Keto Diet 

 

Bahan-bahan :

4 cawan tepung almond
7 biji telur gred A
1 cup unsalted butter
2 sudu besar baking powder
2 sudu kecil esen vanila
1 cup cocoa powder Van Houtten
4 sudu besar Sweet Royale (stevia serbuk)
1 cawan susu fresh milk (boleh juga rasanya kalau nak try Almond Milk, ini versi Hawa. InsyaaAllah nanti try. Hihi).

 

Caranya :

  1. Mix semua bahan dan masukkan dalam loyang yang telah diletakkan parchment paper (sapu sedikit unsalted butter). Boleh adjust ikut kesesuaian jenis loyang yang digunakan.
  2. Bakar selama 35 minit pada suhu 160 darjah celsius (suhu tu bergantung kepada kesesuaian oven masing-masing ya).
  3. Sejukkan

Untuk frosting  :

250g cream cheese
250ml cooking cream
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar Sweet Royale

 

Caranya :

  1. Masukkan semua bahan satu persatu ke dalam mixer. Mix semua bahan sehingga kental.

Untuk hidangan (2 lapisan) :

  1. Bahagikan kek kepada 2 bahagian.
  2. Sapukan frosting pada lapisan pertama kek tadi.
  3. Letakkan lapisan kedua kek di atasnya.
  4. Sapukan lagi frosting selebihnya ke atas lapisan atas kek tersebut.

 

resipi kek coklat keto

Hasilnya sungguh gebu dan sedap!  Credit : Marina Mohd

 

Ini serbuk stevia yang digunakan . Brand Sweet Royale.

sweet royal stevia, kek coklat keto

Boleh juga dibeli secara online (Shopee atau Lazada) atau website rasminya http://www.sweetroyale.com.my/. Harga lebih kurang RM30-RM40 untuk 450 gram. If nak guna brand lain pun boleh aje.

 

organic almond flour, kek coklat keto

Natural/Organic Almond Flour boleh didapati di kedai-kedai barangan organik atau boleh beli online je. Hawa biasa shopping barang-barang organik dan natural ni di https://myloveearth.com atau https://www.signaturemarket.co. Shopee atau Lazada pun banyak juga seller jual tepung ni. Harganya pelbagai  mengikut berat. So bolehlah pilih mana yang sesuai ya.

 

Kos untuk bahan-bahan buat Kek Coklat Moist Keto ni tak dinafikan agak tinggi berbanding Kek Coklat Moist biasa kita buat tu. Tapi, berbaloilah dengan pengalaman menikmatinya tu kan?.

Boleh makan kek tanpa perlu risau kandungan gula atau karbohidrat yang terlalu tinggi. Ianya juga menjadi alternatif kepada mereka yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dan pengidap diabetes. Apalah salahnya mencuba jika bersesuaian dengan bajet.

Jom pakat buat Kek Coklat Moist Keto ! Moga bermanfaat untuk semua.

Nak buat bisnes bakeri dari rumah pun boleh kan? Buat kek bajet ke. Pasti ramai yang cari. Jom tengok panduannya untuk memulakannya.

bisnes bakeri, tips mula bisnes bakeri,bisnes kek bajet. bisnes kek batik

You may also like

19 Comments

  • Fadima Mooneira

    Yum! Yum! Yum! Thank you for sharing your recipe. Have an awesome day. Take care.

    November 2, 2019 at 9:15 pm Reply
    • Hawa Hassan

      Welcome dear!

      November 3, 2019 at 8:49 am Reply
  • cikpetit

    Wow..resepi kek coklat,kite suke : ) Nanti nak try buat la..hihihih

    November 3, 2019 at 2:52 am Reply
    • Hawa Hassan

      Kita pun suka makan kek coklat. Hehe

      November 3, 2019 at 8:48 am Reply
  • sis gee

    favourite ni! boleh cuba resipi hawa pulak pasni! thanks sharing!

    November 3, 2019 at 8:04 am Reply
    • Hawa Hassan

      Sila-sila. Hehe.

      November 3, 2019 at 8:48 am Reply
  • ajumohit

    so pada yang sedang diet tu, dah tak perlu bermuram durja tak dapat makan kek coklat kan, nampak sangat sedap 🙂
    ajumohit recently posted…Tempah t-shirt di Custom.my TANPA minimum kuantitiMy Profile

    November 3, 2019 at 11:38 am Reply
    • Hawa Hassan

      Haha. Ya sungguh. Ada la alternatifnya nak2 orang yang suka kek macam saya ni.

      November 3, 2019 at 12:21 pm Reply
  • Nur Decamellia

    Tak pernah buat kek guna tepung almond. Apa rasa dia ek. Gluten free ke? Mujur laaa bukan penggemar tegar kek cokelat kalau tak mesti dah mengada merengek dekat suami nak beli bahan hahahahaa
    Nur Decamellia recently posted…Percutian 5 Hari 5 Negeri Kami SekeluargaMy Profile

    November 3, 2019 at 11:45 am Reply
    • Hawa Hassan

      Hmm..pendapat peribadi, ok lah sedap. Hehehe. Satu lagi, mmg gluten free.

      November 3, 2019 at 12:24 pm Reply
  • umi nazrah

    perghhhh boleh la makan tanpa rasa bersalah la tu. hehehehe

    November 4, 2019 at 1:09 pm Reply
    • Hawa Hassan

      Aaah..bolehlah kan. Kalau tak, dah makan banyak2 kek lepas tu rasa menyesal sangat. Haha.

      November 19, 2019 at 7:44 am Reply
  • Wan Syahida

    Wow menariknya kek versi sihat camni. Baru nak tanya mana nak beli serbuk sweet royale tu. Kekeke.. saya terus save link entry awak ni Hawa. Thank u tau.
    Wan Syahida recently posted…Time Freedom Dengan Bisnes ShakleeMy Profile

    November 5, 2019 at 10:18 am Reply
    • Hawa Hassan

      Sama-sama sis. Sila try ya, nanti bagi saya sikit.Hahahaha. Mood nak makan tapi malas buat datang dah ni.

      November 19, 2019 at 7:42 am Reply
  • Abe Roi

    nak suruh isteri buatkan nanti.

    November 7, 2019 at 10:01 am Reply
    • Hawa Hassan

      Hehe. Boleh tu..

      November 19, 2019 at 7:37 am Reply
  • Health tips

    thanks for sharing,

    it’s very informative for me.

    cheers

    November 7, 2019 at 3:30 pm Reply
    • Hawa Hassan

      Welcome!

      November 19, 2019 at 7:36 am Reply
  • Norita

    Assalamualaikum
    Kak buat frosting tak jadi, cair Sgt, mcm mana nk bagi pekat.

    May 21, 2020 at 9:03 pm Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Content is protected !!