Resipi Ikan Selayang Singgang Bendi Terengganu Versi Derhaka

Resipi Ikan Selayang Singgang Bendi Terengganu Versi Derhaka | Ikan Singgang merupakan masakan Pantai Timur yang tak asing lagi terutamanya di Terengganu atau Kelantan.

Selain cukup nutrisinya, ianya sangat mudah dibuat. Bahan-bahannya simple, apa yang ada di dapur sahaja.

Kali ni teringin pula nak makan Ikan Singgang dengan budu, sambal belacan dan ulam timun. Belek-belek peti ada semua yang diperlukan, so jadilah Ikan Singgang Hawa tu. Tapi, versi derhaka sikit. Tak banyak pun derhakanya tu. Haha.

Jom !

Bahan-bahannya :

4-5 ekor ikan selayang (boleh guna ikan kembung, tongkol, tenggiri dan lain-lain).

2 batang serai

3 ulas bawang putih

1 labu Bawang Holland ( boleh guna bawang merah biasa, Hawa guna ni sebab bawang merah tak ada)

1 inci lengkuas

1 inci kunyit

1 keping asam gelugor

6-7 biji bendi (ikut bilangan orang yang nak makanlah ye)

Garam secukupnya

Lada besar/ cili kampung (optional je ni)

 

resipi ikan singgang
Inilah bahan-bahannya. Bendi, lengkuas, kunyit,serai (tiada dalam gambar) ambil belakang dapur je. Mak rajin menanam, anak rajin kutip ! Time PKP ni makinlah rajinnya tu. Hahaha.

 

Caranya mudah sahaja :

  1. Bawang Holland, bawang putih, kunyit dan lengkuas di hiris nipis. Serai pula diketuk siap-siap.
  2. Masukkan sedikit minyak ke adalam periuk.
  3. Tumis bawang-bawang tadi naik bau dan warna kekuningan. (Part ni derhaka, sebab sebenarnya tak payah tumis pun. Tapi, Hawa try je hehe).

 

ikan sinngang
Abaikan periuk dan senduk legend bonda  tu ! Hahaha. Tumis bawang sampai kekuningan.

 

4. Setelah bawang yang ditumis tadi dah naik bau, masukkan kunyit, lengkuas, serai dan asam keping.

5. Masukkan air secukupnya. Agak-agaklah ye dengan ikan dan bendi yang nak dimasak tu. Jangan sampai berenag-renang pula ‘dia orang’ tu.

 

ikan singgang
Jadi ginilah lebih kurang.

 

6. Biarkan seketika sehingga menggelegak, kemudian masukkan pula ikan tadi.

7. Lebih kurang 3-5 minit macam tu masukkan bendi dan lada besar.

8. Tak perlu terlalu lama ya. Tutup api untuk elakkan bendi terlalu lembik.

9. Siap ! Dah boleh hidangkan.

 

Ikan Singgang ni memang sangat sedap dimakan bersama ulam-ulaman, budu dan sambal belacan. Cubalah ! Serius tak cukup satu pinggan nasi.

Ermm….nak kahwin dengan orang Pantai Timur katanya kena pandai masak Ikan Singgang. Orang kata, Hawa pun tak tahu betul ke tidak. Hehe.

Okey ! Selamat mencuba Ikan Singgang versi derhaka ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!