Resipi Cekodok Manis Jagung Simple Tapi Sedap Guna 5 Bahan Sahaja

Resipi Cekodok Jagung Simple Tapi Sedap Guna 5 Bahan Sahaja | Dah ramai kot yang buat Cucur Manis Jagung ni kan ? Tapi, nak juga tepek yang Hawa buat sendiri. Haaaa.. gitu.

 

Cucur Manis Jagung atau Cekodok Manis Jagung ni mudah sangat nak buat.

 

Menggunakan 5 bahan yang ada kat dapur sahaja iaitu :

  1. 4 cawan gandum
  2. Gula secukup rasa (Hawa gantikan dengan Erythritol- pemanis adik beradik stevia)
  3. 4 cawan air mendidih
  4. Sedikit garam
  5. Jagung (Hawa letak 2 cawan sahaja – Lagi banyak lagi sedap lah. If guna jagung fresh laaagi sedap!)

 

Jom tengok cara buatnya. Mudah sangat. Pejam mata pun boleh buat. Heh!

 

cucur jagung, cekodok jagung, cucur manis jagung
Sediakan bahan-bahannya.

 

cekodok jagung, cucur jagung, cucur manis
Masukkan sedikit gula dan garam ke dalam tepung gandum.

 

cekodok jagung, cucur jagung, cucur manis
Masukkan air panas mendidih.

 

cucur manis, cekodok manis, cucur jagung
Gaul rata sehingga membentuk doh seperti dalam gambar.

 

cucur manis, cucur jagung, cekodok jagung
Masukkan jagung dan gaul rata.

 

cucur jagung, cekodok manis, cucur manis
Celupkan tangan ke dalam minyak dan bulat-bulatkan doh guna tangan. Nak guna sudu je pun boleh Hawa test dua-dua, yang guna tangan lebih bulat comel. Ini baru namanya air tangan ibu. Kah!

 

cucur manis, cekodok jagung, cucur jagung
Goreng dalam minyak yang dah dipanaskan. Api kecil je ye! Kang hangit pula.

 

cucur manis, cekodok manis, cucur jagung
Inilah kejadiannya. Bolehlah kan? Walaupun tak berapa nak bulat.

 

Selesai saja bergambar maka letaklah atas meja makan. Masuk keluar dapur beberapa kali tengok atas meja. Eh! Dah separuh tinggal. Aiyoyoyo…hahaha. Alhamdulillah semua suka.

 

cucur manis, cekodok manis , cucur jagung
Haaa…kan? Dah tinggal separuh bekas.

 

Cucur atau cekodok mudah sesuai dan cepat dibuatĀ  untuk sarapan atau minum petang sekeluarga. Boleh olah dengan meletakkan pelbagai bahan seperti bilis , sayuran dan lain-lain.

Selamat mencuba !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!