Uniknya Flora Dan Fauna Di Boardwalk Setiu (Setiu Wetland)

Hawa memang anak kelahiran Setiu. Tapi nak katanya, sebelum-sebelum ni tak menghargai sangat pun ada tempat macam ni di Setiu atau mungkin sebab kita dah terbiasa kan. Tapi, bila Hawa study tentang tempat ni, masyaaAllah ! Maha Kuasa Allah yang jadikan kawasan ini sangat unik. Dua tiga tahun kebelakangan ini, Hawa jadi suka ke tempat ni. Selalunya port yang selalu lepak adalah pantai-pantai yang ada di sekitar daerah Setiu.

Sedikit fakta tentang Setiu Wetland atau Tanah Bencah Setiu ni :

  • Berkeluasan 23,000 hektar
  • Ianya sebahagian daripada ekosistem Lembangan Sungai Setiu (iaitu gabungan lembangan tanah lembap kompleks di Setiu-Chalok-Bari-Merang).
  • Merupakan satu-satunya tanah bencah di Malaysia yang mempunyai 9 ekosistem berbeza di dalam satu kawasan iaitu laut, pesisir pantai, kawasan berlumpur, lagun, muara sungai, sungai, pulau, rimba pesisir air dan rimba paya bakau.
  • Di dalam ekosistem ini ada 161 spesis burung 49 spesis rama rama, 36 reptilia, 33 spesis pokok bakau, 29 spesis mamalia.
  • Kawasan persekitarannya juga adalah habitat semulajadi pembiakan tuntung di samping menjadi antara lokasi pendaratan spesis penyu hijau.
  • Tanah Bencah Setiu bukan sahaja unik, malah ia adalah satu kawasan yang cantik dan kaya dengan kelainan flora dan fauna yang digabungkan dengan laut, air yang bersih, haiwan di hutan dan juga bukit di sepanjang pantai.
  • Ianya menjadi destinasi eko-pelancongan dengan aktiviti-aktiviti seperti observasi alam semulajadi, mengumpul madu, mencari ketam nipah, kepah atau lokan, memancing dan sebagainya yang juga boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

 

 

 

 

Sumber : Tourism Terengganu

Nak cerita semua tentang Setiu Wetland ni macam panjang sangat je kan. Untuk kali ni Hawa nak cerita tentang Boardwalk Setiu je. Ianya salah satu yang ada di dalam banyak-banyak keunikan Setiu Wetland ni.

setiu wetland, boardwalk setiu, sejarah boardwalk setiu
Ini sejarah terwujudnya Boardwalk Setiu. Kiranya macam nursery pokok bakau la Boardwalk Setiu ni kan.

 

boardwalk setiu
Ini sebelum eat clean dan IF ya. Fuh! Sado benar. Haha.

 

boardwalk setiu
Spesies bakau yang baru ditanam. Kawasan ini adalah kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan.

 

boardwalk setiu
Antara pemandangan dari atas laluan pengunjung. Macam-macam jenis haiwan dan tumbuhan ada di celah-celah laluan ni tau. Kami tak turun pun.

 

boardwalk setiu
Pokok rhu pun ada. Ini kawasan yang dah menghampiri pantai.

 

boardwalk setiu
Pokok bakau

 

setiu boardwalk
Boleh cari lokan, ketam nipah. Hehe.

 

boardwalk setiu
Ada wakaf-wakaf di sepanjang laluan untuk duduk-duduk.

 

boardwalk setiu
Penghujung laluan akan jumpa kawasan ini. Dah menghampiri pantai.

 

boardwalk setiu
Tunggu nak naik bot. Haha. Pengalaman paling best di sini adalah mencari lokan dan BBQ.

 

boardwalk setiu
Laluan pengunjung. Sejuk dan berangin. Duduk kat wakaf yang disediakan boleh  rasa nak tertidur.

 

Boardwalk setiu
Tempat ini memang best untuk pencinta flora dan fauna. Sesekali tafakur alam dan lari dari kesibukan rutin harian biasa. Fuh! Lega otak. Sekelilingnya hijau je. Memang seronok.

 

boardwalk setiu
Wefie berdua jap. Jarang boleh ambil gambar berdua dengan anak saudaraku ni. Nampak tak kawasan belakang kami tu? Biasanya petang-petang, ramai juga bawa anak-anak berkelah dan makan-makan. Nak BBQ pun boleh. Kawasannya luas.

 

boardwalk setiu
Gambar ihsan tourism terengganu. The best view. Mak cik ni baru balik dari kutip lokan tau. MasyaaAllah.

 

Cerita tentang kutip lokan ni, Hawa tak pernah kutip sendiri kat sini lagi setakat ni. Waktu dan keadaan belum mengizinkan. InsyaaAllah, nanti kena plan molek dengan family. Kami biasa beli dengan mereka yang kutip lokan je. Hihi. RM1-RM2 sahaja sekilo. Sekali beli 20kg, 30kg. Jangan terkejut ya. Lokan ni kan, kulitnya je yang besar. Selepas direbus, isinya alahaiiii, besar sikit je daripada kerang tau. Haha. Tapi memang sedap. Mereka yang ada gout, sila berhati-hati okey!. Hehe.

Lokan tu biasanya kami rebus dan makan macam tu je atau cicah sos. Kalau rajin sikit kami goreng celup tepung. Sedap! Ranggup. Makan ramai-ramai memang tak sedar habis sepinggan besar.

Sebenarnya banyak masakan yang boleh menggunakan lokan ni. Nak bakar, masuk dalam sayur, masak lemak cili api, sambal dan sebagainya. InsyaaAllah kalau rajin Hawa share lah nanti.

Berbalik kepada Boardwalk Setiu ni, Hawa rasa bolehlah sesiapa yang nak datang menikmati alam bersama keluarga, berkelah dan nak pengalaman cari lokan pun boleh. Ianya dibuka  jam 9.00 pagi Р6.00 petang. Boleh waze je Boardwalk Setiu. Lokasinya di Jln Pengkalan Gelap, Permaisuri, Terengganu. Kawasannya selamat, ada pasukan RELA yang bertugas sepanjang masa. Cuma, awasi anak-anak kerana ketika air pasang, tidak bolehlah ke bahagian pantai tu. Nak cari lokan ke apa semua tu pun tak bolehlah kan.

Ok. Sekian dulu celoteh Hawa. Nak gi kutip lada. Ada orang datang rumah nak beli lada. Haha.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!