Projek Membakar Lemak Sendiri : 3 Jenis Keto Diet Yang Boleh Diamalkan

Projek Membakar Lemak Sendiri : 3 Jenis Keto Diet Yang Boleh Diamalkan | Aku ada join satu group tentang Keto Diet ni. Menarik ! Since aku pun dah lama on off juga dengan Keto Diet, so tujuan join tu nak tambah ilmu untuk diamalkan jadi lifestyle bukan takat nak turunkan berat badan.

Bab diet ni, memang banyak mazhab ye. Ada yang sampai bergaduh-gaduh pertahankan cara dan ilmu masing-masing. Tapi, bagi aku ambillah mana yang sesuai dengan keperluan dan keserasian badan masing-masing.

Untuk aku secara peribadi, journey turun 16kg tanpa sebarang produk kurus tu ialah dengan amalkan Intermittent Fasting atau aku Puasa Sunat je terus time boleh puasa dan dalam masa yang sama aku buat Keto Diet. Masa tu aku strict la juga dengan Keto Diet aku tu.

Sekarang fasa nak maintain, nak reshape so aku dah banyak langgar sana-sini. Adeh! So, aku joinlah kawan-kawan dalam group tu untuk on track semula dan maintain cara makan aku seharian, InsyaaAllah.

Sekali lagi, bab makan ni pilihan masing-masing ya . Aku share je pilihan aku. Hehe.

Okay mari kita tengok 3 Jenis Keto Diet yang boleh diamalkan dan ciri-cirinya :

1# Strict Keto Diet

  • Mengamalkan pengambilan karbo kurang dari 20g/hari.
  • Mesti monitor kalori dengan ketat.
  • Disarankan untuk menyediakan hidangan dengan bantuan dan panduan Apps untuk mengira MACROS dan kalori.
  • Wajib meninggalkan gula pasir dalam minuman dan makanan (sukrosa).
  • Paling sesuai untuk ‘goal-oriented’ person atau pun untuk mereka yang mempunyai banyak kilogram yang ingin dikurangkan.
  • Adakah ia berkesan ? Ya.
  • Kadar penurunan berat badan adalah cepat.

 

2#Lazy Keto Diet

  • Mengamalkan pengambilan karbo kurang dari 50g/hari.
  • Tidak perlu track macros dan kalori yang diambil.
  • Hanya fokus pada menghadkan pengambilan karbohidrat sahaja.
  • Meninggalkan gula pasir dalam minuman dan makanan (sukrosa)
  • Paling sesuai untuk mereka yang tidak menyukai kerumitan mengira macros dan kalori dan nak simple saja.
  • Adakah ia berkesan ? Ya.
  • Kadar penurunan berat badan adalah sederhana cepat.

3# Dirty Keto Diet

  • Mengamalkan pengambilan karbo kurang dari 50g/hari.
  • Mengambil ‘processed food’ dan makanan yang tidak ‘healthy’, asalkan menepati macros.
  • Paling sesuai untuk mereka yang prefer fleksibiliti bila berdiet dan bagi mereka yang susah nak amalkan ‘clean eating’.
  • Meninggalkan gula pasir dalam minuman dan makanan (sukrosa) tetapi kadang-kadang tidak dapat mengelakkan gula tambahan dalam makanan contohnya ayam goreng celup tepung.
  • Adakah ia berkesan ? Ya.
  • Kadar penurunan berat badan adalah lambat atau perlahan.

Jadi, dalam group yang aku join tu iaitu Projek Membakar Lemak Sendiri (Lazy KETO), fokusnya ialah kepada Lazy Keto lah jawabnya. Aku suka! Haha. Sebabnya, aku malas nak kira-kira kalori , macros bagai tu.

Dalam group tu, kami diajar untuk elakkan bahan makanan tinggi nett karbohidrat seperti nasi, roti, oat, mee, bihun, kue teaw, pasta , tepung gandum dan sebarang makanan berasaskan gandum, beras atau bijirin-bijirin yang tinggi kandungan karbohidratnya.

Bukan penurunan berat badan yang ditumpukan, akan tetapi pemakanan yang sihat dan mengelakkan kerintangan insulin akibat pengambilan karbohidrat yang berlebihan.

Badan yang sihat akan memudahkan penurunan berat badan dan mengelakkan sebarang penyakit metabolik. Kita usaha saja buat yang terbaik untuk badan yang Allah anugerahkan ini.

Tujuan nak kurus, nank sihat pun tidak lain dan tidak bukan ialah untuk ibadah. Badan yang sihat dan fit senanglah sikit nak bangun Solat Malam dan nak buat ibadah-ibadah yang lain. Aku fikir gitu je.

Ini contoh Lazy Keto meal aku. Harap luluslah. InsyaaAllah. Sangat sesuai untuk orang tak berapa rajin memasak macam aku.

lazy keto diet
Kenyang dah makan yang ini pun. Aku tambah salad lagi berkeping-keping sebenarnya. Hahaha.

 

Lazy Keto
Ayam Masak Merah Keto dan Sayur Lemak Campur (Brokoli, tauhu, tempe, taugeh dan sedikit lobak merah). Lobak merah tak boleh banyak sangat. Hehehe. Kira halal la ni eh! Sis cuba…

 

InsyaaAllah mudah-mudahan aku boleh istiqamah sampai bila-bila. Nanti aku nak explore segala jenis kek, kuih-muih versi Keto Diet. Dah join juga kelas masak kuih-muih Keto. Hahaha. Gigih.

Okay, kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang Intermittent Fasting dan Lazy Keto ni, kalian boleh search je kat facebook group tu untuk belajar.

  1. Intermittent Fasting Malaysia
  2. Lazy Keto Club

Selamat belajar !

4 thoughts on “Projek Membakar Lemak Sendiri : 3 Jenis Keto Diet Yang Boleh Diamalkan”

Leave a Reply to Cuya Cancel Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!