planner 2019

Planner Khadija Yang Awesome Untuk 2019

January 1, 2019

Planner ni sangat pentinglah bagi Hawa. Tak seronok tak ada planner. Masa dulu-dulu, ala zaman kecik dulu suka tulis diari. Haha. Luah perasaan konon. Tak puas hati tulis sebab mak kata tak boleh cerita kat orang, tak boleh mengumpat. Mengumpat dalam diari takpe pulak . Kelakar. Seiring masa, diari or planner ni jadi satu benda yang sangat penting untuk menyusun kehidupan Hawa.

Dulu, tulis merapu juga, dah besar panjang banyak perkara yang merubah kehidupan Hawa. Alhamdulillah.

Hujung tahun 2018 tempohari , ada rezeki dapat Planner Khadija ni, keluaran Plannerhut (Shakina Farhan) , antara blogger yang Hawa selalu jugalah follow dulu-dulu. Cantik planner ni. Ala-ala clutch gitu. Dah lama dah sebenarnya nak beli planner yang pakai 6 ring ni. Sebab apa tau ? Senang. Tahun depan tukar isinya aje. Haaa, kaedah penjimatan yang bagus.

planner 2019
Tu diaaa…gambar tak edit langsung. Hihi.

 

plannerhut, planner 2019
Muka depannya yang ada ‘Donut’ . Do not worry Allah always with you.

 

plannerhut, planner 2019
Ada quran checklist. Jangan buat-buat lupa baca Quran.

 

planner 2019
Ada bill checklist dan saving checklist

 

Nah ! Sengaja nak suruh telengkan kepala, susah sikit nak baca kutulis apa. Kahkahkah.

 

planner 2019
Motivation divider untuk setiap bulan. Cantik.

 

Ramadhan plan & checklist. Moga-moga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan tahun ini.

Terlupa, dalam planner ni, ada juga bahagian depan-depan tu untuk tulis Goal dan reward diri kita ni. Jadi, senanglah nak tulis dan berusaha agar goal tu menjadi kenyataan. Bukan tulis sekadar tulis je tau. Alhamdulillah so far, sejak 2015 la kot serius merancang kehidupan dan tiap-tiap tahun, planner tak jadi tempat merapu serta bukan dihias cantik-cantik semata , tapi ianya menjadi panduan dan peringatan untuk Hawa hampir setiap masa tentang apa goal untuk tahun itu.

Biasa Hawa bahagikan goal kepada 3 aspek lah.

  1. Diri & Keluarga ( life sendiri, keluarga, anak-anak bagi yang ada anak, apa yang nak dicapai tahun tersebut, income 20k ke, anak hafal 30 juzu’ ke terpulanglah asalkan achievable).
  2. Bisnes (oleh kerana Hawa full time surirumah yang bekerja dari rumah, semestinya ada target jugalah untuk ini).
  3. Agama (apa target untuk agama kita? Contohlah, tahun ni nak infaq 100k untuk sekian-sekian kan, make sure ianya jadi kenyataan).

Tahun ni, belum lagi bawa keluar segala perkakas washi tape, sticker bagai tu since Hawa pun baru pindah rumah, banyak lagi kotak yang belum dibuka termasuklah perkakas plannerku. Amende lah si Hawa ni duk hias-hias planner?? Terapi tau tak? Haha.

Ini planner tahun lepas.

planner 2018
Planner tarbiah cinta

 

planner 2018
Haha, suamiku geleng tengok ku dok tampal-tampal segala. Setiap orang ada minat masing-masing kan, biar jelah asalkan dia bahagia.

Setakat ini dahulu celoteh kali ini. Selamat Tahun Baru 2019. Hawa doakan moga impian kita 2019 dimakbulkan Allah. Jangan pernah berhenti melangkah selagi belum dapat. Usaha, usaha, usaha dan teruskan berdoa. Allah akan beri yang terbaik untuk kita. Amin.

 

Love ,

Hawa Hassan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Prev Post Next Post