Pertama Kali Jumpa Bapa Saudara Setelah 12 Tahun Kahwin

Aidiladha tempohari catat sejarah dalam hidup aku. Biasanya pagi-pagi raya di Terengganu memang tak boleh ke mana-mana. Tak kiralah Raya Puasa atau Raya Haji. Dua-dua raya tu ada “open house” terus lepas Solat Sunat Hari Raya di surau arwah ayah sebelah rumah tu.

Lepas sesi makan beramai-ramai dengan jemaah surau, abang-abang atau yang lelakinya akan lesap. Pergi sembelih lembu di banyak tempat. Dari zaman arwah ayah lagi macam nilah. 10,11,12, dan 13 Zulhijjah adalah hari yang busy bagi kami. Aku busy potong daging, packing, simpan, masak, kemas je. Hihi. Tengok orang sembelih lembu pun tak pernah. Takuuuttt! Memang tak ikut diorang. Tinggal sorang kat rumah pun rela.

Lepas Zohor , busy terima tamu yang datang ziarah. Walaupun tak semeriah dulu, tapi sanak-saudara, sahabat, jiran tetap berkumpul, ziarah-menziarahi bawa buah tangan. Duit raya pun ada yang bagi. Niat sedekah especially untuk anak-anak kecil dan orang yang lebih tua katanya.

Hari bertambah busy dengan sesi terima daging korban dari qariah berdekatan. Kami buat korban bagi-bagi daging dekat qariah, mereka juga buat benda sama kat kami.

Lagilah kalau abang-abang tolong sembelih lembu di banyak tempat. Setiap tempat tu datang bagi daging kat rumah kami.

MasyaaAllah meriah dan murahnya rezeki Allah beri time Aidiladha. Tugasku dan kaum wanita dalam rumah ni? Ambil daging, potong, packing dan simpan dalam peti ais. Dari siang bawa ke malam. Tidur terngangga kadang tu sebab letih seharian.

Raya kedua pula (siang atau malam) , ada sesi bakar daging cicah air asam sambil sembang adik-beradik, anak-anak saudara, sepupu sepapat. Fuh! Best sangat. Lepas tu, kalau cuti agak lama , macam tahun ni kan sekolah cuti agak lama. Yeah! Part kenduri-kendara pula. Baik! Itu cerita di Terengganu.

I love every moments Raya Puasa or Raya Haji di kampungku di Terengganu. Alhamdulillah.

Tapi, Aidiladha tahun ni turn balik Pahang. Pagi-pagi dah sedih. Hehe. Macam tak ada apa je berlaku kat sini walaupun hari raya . Selepas Solat Sunat Aidiladha, kami just makan-makan. Aku masak Mee Goreng Mamak je pagi raya. Rendang Ma dah buat, lemang kami beli masa on the way balik kat Muazam, Ketupat Manis dan Lemak Serunding lejen Hajah Sapiah juga ada kami bawa balik. Alhamdulillah.

Dah kenyang makan, kami bergerak ke Kajang, ziarah bapa saudara (abang kepada ayah mertuaku).

Kami tak pernah jumpa pun bapa saudara yang satu ini. Inilah kali pertama setelah 12 tahun kami kahwin.

Daripada cerita yang diceritakan, beliau adalah adik-beradik sama ayah tapi lain ibu. Adik beradik bapa mertua ada juga yang sama ibu tapi lain ayah. Aku mudah pening bab salasilah keluarga ni. Dan-dan suruh husband lukis! Dia jegil mata kat kita lepas tu gelak-gelak. Penting kan? Supaya anak cucu tahu keturunan mereka dan hubungan kekeluargaan tu tak putus.

Ramai lagi saudara-mara yang kami tak pernah jumpa. Ada sebab musababnya. Antaranya isu jarak yang jauh. Alhamdulillah dapat juga jumpa salah seorang daripadanya hari ini.

raya haji
Dah sampai daaaa…

 

raya haji
Ayah Mud kurang sihat. Moga Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk beliau.

 

raya haji
Seronok jumpa ramai-ramai macam ni.

 

Selepas sesi ziarah, kami decide nak ke Putrajaya. Saja jelah bawa mak ayah dan anak-anak saudara berjalan. Alang-alang dah sampi Kajang kan.

 

raya haji
Sekali-sekala kasilah can yek!

 

raya haji
Kami suka datang Putrajaya. Selalu jadi tempat dating zaman duk Nilai dulu.

 

raya haji
Seronok diorang bermain. Kita dah letih dah. Betullah budak-budak ni tenaganya MasyaaAllah!

 

raya haji
Payah betul nak bergambar. Macam-macam hal. Haha.

 

Alhamdulillah, seharian berjalan dan makan. Jam 12 lebih tengah malam kami sampai dengan selamat di rumah.

Syukur sangat, Allah rezekikan untuk bertemu sanak saudara yang tak pernah jumpa.

InsyaaAllah selepas ini, kami decide nak tour juga ziarah saudara-mara yang jauh. Banyak kebaikannya menjalinkan silaturrahim.

Husband  come out dengan plan nak buat kenduri besar-besaran. Haha. Berkumpul semua sanak-saudara belah dia.Kita namakan kenduri tu, “Keluarga (buh nama atuk) Gathering”, katanya.

Haaa biasakan tengok orang buat macam tu. So, semua dari pangkat atuk,nenek, ayah, mak, cucu, cicit, sepupu, dua pupu, bapa saudara, mak saudara, kupu-kupu dan lain-lain berkumpul bersilaturrahim. Kena ada 2 event besar. Keluarga belah suami dan belah Hawa sendiri. InsyaaAllah kami nak buat . Amiiinnn. Tolong doakan ye.

Sekian, coretan kali ini.

2 thoughts on “Pertama Kali Jumpa Bapa Saudara Setelah 12 Tahun Kahwin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!