Perbezaan Jenis Diet, Boleh Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri

Perbezaan Jenis Diet, Boleh Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri | Hari ni aku belajar tentang perbezaan diet. Nak diet pun kena ada ilmu kan? tak boleh ikut-ikutan saja. Haruslah mencari guru yang betul. So, aku join lah group Dr Jue (Dr Siti Juariah) di Facebook.

Perbezaan Jenis Diet, Boleh Pilih Mana Yang Sesuai Dengan Diri Sendiri :

1# Keto Diet

Diet yang menggantikan sumber tenaga badan dari menggunakan gula kepada menggunakan ketone yang berasal dari lemak tinggi yang dimakan atau dari pemecahan lemak dalam badan.

Diet keto ini adalah mimic Intermittent Fasting dan bila digabungkan dengan Intermittent Fasting akan menjadikan tubuh kita sebagai ‘fat burner machine’.

Untuk melakukan ketogenic diet mesti gula rendah dalam badan supaya insulin tidak dirangsang dan badan boleh memecahkan lemak.

Pengambilan makanan kategori karbohidrat hanya boleh dalam 20-30 gram dan maksimum 50 gram dalam tempoh 24 jam. Protein pula dalam anggaran 1 tapak tangan (ayam,daging atau ikan) juga telur (dalam 4 biji malah tidak ada limit).

Pengamal diet ini mesti mengambil makanan tinggi lemak baik iaitu dari sumber seperti minyak kelapa, minyak zaitun, cheese, cream, yourgut, santan dan pure grass fed butter.

Dalam diet jenis ini, pengambilan sumber karbohidrat (gula) tak digalakkan. Antaranya ialah seperti nasi, oat, gandum, barli, bihun, makanan berasaskan gandum seperti pasta atau mee juga sebarang ubi-ubian yang tinggi kandungan gulanya. Boleh digantikan dengan banyak alternatif lain seperti tepung almond, tepung kelapa dan nasi cauliflower.

keto food pyramid
Keto Food Pyramid

 

 

2#Diet Low Glysemic (GI)

Sesuai untuk mereka yang cuma mahu turunkan berat yang tak berapa banyak atau mereka yang mahu mengurangkan risiko penyakit metabolik dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

Untuk low GI diet ini, dicadangkan pengambilan low GI karbohidrat. Antara karbohidrat yang sangat low GI ialah seperti barli. Barli ini boleh menggantikan nasi yang terlalu tinggi GIycemic Index nya.

Semua jenis nasi, oat dan kentang mempunyai GI yang tinggi ( >< 80) . Low GI adalah makanan yang mempunyai GI dalam bawah 50 dan yang terbaik ialah GI di bawah 30. Barley mempunyai GI hanya 27.

Sebarang jenis nasi (beras perang, beras hydroponi, beras rebus) semuanya masih ada GI yang tinggi cuma mengandungi lebih serat atau kurang kanji yang menurunkan sedikit GI di dalamnya. Makanan dengan GI 80 , 70 atau 60  masih boleh meningkatkan gula dalam darah pesakit diabetes.

Low GI Food

Low GI Food
Glycemic Index

 

low GI food
Glycemic Index ideal plate. Boleh buat suku-suku separuh.

 

 

3# Atkins Diet

Dietnya adalah lebih kurang Keto Diet. Cuma, dalam Diet Atkins ada beberapa peringkat. Peringkat pertama dan kedua lebih kurang sama seperti Keto Diet. Peringkat seterusnya akan ada pengambilan karbohidrat sedikit dan pengamal diet ini tidak berada dalam ketosis pada peringkat bila karbo dimasukkan dan berat badan akan statik pada peringkat ini.

fasa diet atkin
Beza Atkins dengan Keto ialah pada pengambilan karbohidrat harian di fasa ke 3 dan 4. Keto Diet maintain 20-50g karbohidrat harian dari sumber yang berbeza (bukan grains) dari awal.

 

 

4# Diet rendah kalori

Diet ini menekankan pengiraan kalori. Contohnya, biasa kita ambil kalori yang tinggi 5000 kalori sehari (sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam), kemudian kalori dikurangkan kepada kurang dari 2000 kalori dengan cara tak makan malam atau pilih makanan yang rendah kalori. Contohnya tak ambil gula, kurangkan nasi, kurangkan minyak atau melalukan excercise yang extreme.

Pengamal diet ini mula-mula akan turun berat badan dengan mendadak disebabkan penurunan kalori yang mendadak. Untuk pengamal diet ini, badan akan adjust dengan menurunkan metabolisma tubuh. Acapkali kegagalan berlaku bila metabolisma tubuh menurun tapi jumlah kalori yang diambil tetap sama. Berat badan jadi stagnant atau kembali naik.

 

5# Paleo Diet

Merupakan amalan diet sihat tanpa processed food dan junk food. Pengamal paleo diet mengambil real food seperti buah-buahan, sayur-sayuran, keledek, pisang , daging fresh, ayam kampung , ayam organik dan lain-lain.

Paleo diet
Paleo Diet

 

Banyak mazhab tentang jenis-jenis diet ni kan? Jadi, pendapat aku peribadi mudah saja. Buatlah mana yang kita rasa yakin, sesuai dan berkesan untuk kita dengan ilmu. Tak perlu pun nak bergaduh. Bergaduh tak boleh turunkan berat badan, blood pressure atau blood glucose pun. Hahaha.

Aku secara peribadinya memilih Keto Diet dan Intermittent Fasting atau puasa sunat biasa sebagai lifestyle. Aku tambah pula dengan sedikit workout dalam rutin harian, just 40-60 minit sahaja. Ini paling berkesan untuk aku setakat ini. Alhamdulillah 16 kg ku gone, lelemaks gone, badan lebih sihat dan fit, medical report cun, skin improve banyak, body contour lebih cantik, poketku juga jimat tak makan merapu over sangat. Muahaha.

Walaupun tak dinafikan, ada masanya aku makan juga jajan, fast food, kek, kuih atau puding yang bukan versi keto, tapi bila kita dah set cara makan kita sebagai lifestyle dan bukan hanya nak turun berat semata, maka ianya masih lagi dalam keadaan terkawal. Sekali-sekala aku buat hal juga. Lepas tu kembali insaf ! Haha.

Satu lagi, apa pun jenis diet yang dipilih, aku rasa adalah lebih baik kita gantikan pengambilan gula putih atau sebarang jenis gula harian kepada pemanis yang lebih sihat seperti stevia, erythritol, monk fruits atau xylitol. So, kuranglah sedikit pengambilan gula harian kita kan. Bolehlah kurangkan sedikit kebarangkalian nak dapat penyakit metabolik.

Sekian, ilmu yang aku dapat dari group Dr Jue. Terima kasih kepada mereka yang berilmu yang sudi berkongsi ilmu sebegini untuk kesihatan masyarakat.

Kita jaga betul-betul ya badan kurniaan Allah ni. Ini amanah untuk seorang hamba. Jaga kesihatan badan, kekal fit untuk ibadah di hadapan Allah.

Bila bercakap soal ibadah ni, bukanlah bermakna solat, zikir semata kan? Seluruh kehidupan seharian kita adalah ibadah sebenarnya. Layan anak, kerja kat ofis, layan suami, berbakti kepada mak ayah, tolong orang angkat kain , selesaikan urusan rumah tangga, memasak, tolong suami buat rumah dan sebagainya. Semua itu ibadah. Perlunya badan sihat dan fit ! Ye dak?

Okay ! Jom fit sama-sama. Selamat berjuang untuk sihat sepanjang hayat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!