Pengalaman Memohon Anak Angkat Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Pengalaman Memohon Anak Angkat Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) | Lembaran 2020 dibuka dengan hal-hal yang indah termasuklah hal yang satu ini.

prosedur ambil anak angkat

2 Januari 2020 yang lepas kami decide untuk submit borang permohonan anak angkat/pelihara ke Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman. Sebelum ini ada juga isi, tapi peram saja sebab belum bersedia untuk ini.

Alhamdulillah Allah mudahkan semua urusan termasuklah urusan mendapatkan pengesahan kesihatan daripada pegawai perubatan yang dilakukan pada hari yang sama di Klinik Kesihatan Kijal. Jumpa chinese doctor yang sangat peramah. Macam-macam pula dia tanya kami. Hahaha. Hawa suka doktor yang suka senyum dan gelak walaupun kerja mereka seharian sangat memenatkan.

Segala dokumen lain dan borang-borang, En Suami dah isi dan sediakan sejak awal lagi. Hawa serahkan saja part ini kepadanya sebab En Suami lebih teliti orangnya jika berkaitan dokumen.

Sebelum berkisah selanjutnya , jom baca dulu sikit…

Syarat-syarat permohonan anak angkat/pelihara melalui JKM :

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  2. Berusia 25 hingga 60 tahun.
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun ke atas).
  4. Bagi Perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat juga akan dipertimbangkan permohonannya.
  5. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
    Pemohon bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah melebihi 21 tahun. Pemohon lelaki bujang dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja.
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga.
    Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal.
  7. Bebas dari rekod jenayah.
  8. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat.
  9. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak.

 

Ini pula senarai dokumen yang perlu disediakan:

  1. 2 Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat pengesahan dari pegawai perubatan mengenai status kesihatan pemohon (suami/isteri). Boleh download di web JKM atau dapatkan dari pejabat JKM kawasan.
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri).
  4. Salinan sijil nikah/ sijil pendaftaran perkahwinan.
  5. Slip gaji atau pengesahan pendapatan (suami/isteri).
  6. Lain-lain dokumen sokongan, contah : Laporan Pakar Perubatan, surat sokongan lain dan sebagainya.

 

Perkara-perkara yang perlu dilakukan untuk membuat permohonan:

  1. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  2. Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Sistem Permohonan Anak Pelihara atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan (PKMD/J) di tempat pemohon bermastautin atau tinggal. Ambil borang di pejabat.

Kami memilih untuk berurusan sendiri di Pejabat Kebajikan Masyarakat Kemaman untuk mempercepatkan proses.

Selepas submit borang permohonan dan dokumen, kami terus ditemuduga ringkas.

“Alang-alang dah datang berdua suami isteri”, kata Puan Erin pegawai yang menguruskan permohonan kami.

 

Antara soalan yang ditanya :

  1. Latar belakang keluarga
  2. Latar belakang pendidikan
  3. Pekerjaan
  4. Kesediaan untuk jaga baby, apa plan, dari segi masa dan kewangan (itu sebab pendapatan isi rumah diambil kira)
  5. Ciri-ciri baby yang kita mahu (boleh request, cuma usahlah melebih sangat contoh nak baby IQ tinggi ke, hidung mancung ke, Pan Asian ke. Hawa rasa memadai dengan jantina,umur bayi, sihat sempurna fizikal dan lain-lainnya yang disahkan oleh pegawai perubatan. Selebihnya, jika ada sebarang kemungkinan di masa hadapan baby tersebut ada masalah yang tak dijangka, ianya bukanlah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab JKM). Ye lah kita belum tahu apa jadi pada bayi tersebut ketika umur sekian-sekian, masa lahir elok je semua. (Ini yang dibrief oleh Puan Erin).
  6. Rawatan kesuburan atau apa-apa rawatan berkaitan yang pernah dibuat.
  7. Masalah-masalah kesihatan yang berkaitan jika ada.
  8. Keadaan rumah – berapa bilik, lokasi macam mana, rumah sendiri atau sewa, ada ke bilik untuk baby dan lain-lain yang berkaitan. Pegawai juga memaklumkan jika ada lawatan ke rumah.

 

Pada masa yang sama, kami juga dimaklumkan bahawa tempoh menunggu untuk dapat anak angkat yang diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kementerian Pembangunan  Wanita, Keluarga Dan Masyarakat) biasanya agak lama sebab permohonan diproses untuk satu Malaysia. Untuk yang ini, mungkin dapat anak dari negeri lain dan sebagainya.

Akan tetapi, jika kami bersedia untuk jadi ibu ayah kepada anak pelihara bagi anak yang dilahirkan di kawasan setempat (contohnya kami di Kemaman kan..), JKM setempat akan uruskan. Dan mungkin agak sensitif untuk diungkapkan kerana ini adalah berkaitan anak luar nikah atau anak tidak sah taraf yang direfer kepada JKM setempat. Tapi, pada Hawa secara peribadinya anak tersebut tiada apa-apa dosa dan sangat perlukan kasih-sayang, pembelaan dan pendidikan yang sebaiknya untuk masa depan mereka. Mereka perlukan kebesaran jiwa kita semua untuk menerima kehadiran mereka ditengah-tengah masyarakat, bukan sikap judgemental tak tentu hala.

Untuk pengetahuan kita semua (Hawa pun baru tahu…hehe), jika mengambil anak angkat melalui JKM, maklumat ibu bapa angkat tidak akan didedahkan kepada keluarga anak tersebut tetapi maklumat keluarga anak itu akan diberikan kepada keluarga angkatnya. Terpulanglah kepada keluarga angkatnya jika ingin bertemu atau macam mana. Akan tetapi, pegawai nasihatkan untuk sebarang saguhati atau apa-apa urusan setelah bayi diserahkan nanti adalah melalui JKM untuk mengelakkan sebarang masalah yang timbul di kemudian hari.

Banyak juga yang kami sembang dengan Puan Erin. Orangnya sangat peramah dan sabar je jawab soalan-soalan dari kami. Kebetulan pula Pejabat JKM Kemaman hari tersebut lengang je. Seronoklah sembang.

Urusan di JKM selesai setelah lebih kurang 1 jam kami di sana (campur sembang sebenarnya). Status sekarang , kami menunggu apa-apa maklumat permohonan daripada Puan Erin saja. Moga dimudahkan segala urusan selanjutnya.

Kepada pasangan suami isteri yang ada keinginan untuk memohon anak angkat/pelihara , mungkin Hawa boleh titipkan sedikit nota untuk panduan kalian.

Boleh ya?

Ini beberapa hal yang perlu kalian pertimbangkan mengikut pandangan peribadi Hawa :

  1. Perbincangan bersama pasangan dah capai kata sepakat. 100%  bersedia untuk ambil anak angkat. Soal nak teruskan rawatan kesuburan atau macam mana, itu cerita lain. InsyaaAllah ada juga rezeki anak sendiri nanti.
  2. Untuk yang beragama Islam, istikharahlah ! Minta petunjuk daripada Dia Yang Maha Mengetahui. InsyaAllah urusan smooth dan tenang je.
  3. Perbincangan dengan kedua-dua belah keluarga. Pastikan kedua-dua keluarga boleh menerima. No objection ! Eh, aku nak anak korang sendiri bukan anak angkat?! Haa….NO NO NO macam ni ya. Pastikan kedua-dua keluarga faham supaya tiada masalah di depan hari sebab apapun yang bakal terjadi, support keluarga sangat kita perlukan. Kita pun tak nak kan, anak yang kita jaga dibesarkan dalam keluarga besar yang tidak mengalu-alukan kehadiran mereka. Sedih sangat dan tak bagus pun untuk perkembangan anak tersebut.
  4. Persediaan dari sudut emosi dan fizikal. Bersedia untuk galas tanggungjawab dan jaga amanah.
  5. Persediaan dari sudut ekonomi keluarga. Siap sedia tabungan  dari awal sebelum dapat anak. Segala anggaran kos keperluan, anggaran kos perubatan atau apa sahajalah yang sesuai keperluan anak perlu disediakan awal. Bukan anak angkat je Hawa rasa, untuk anak sendiri pun kan. Sebab? Percayalah, urusan akan jadi smooth je nanti. Kita pun happy tak tertekan soal kewangan. Kata gaji banyak pun, tapi jika tidak disisihkan khas untuk ini risau kelaut jua kan? So, better prepare.

 

Akhir kata, dah rasa ada kekuatan dan kesediaan, silalah memohon untuk dapat anak angkat. The rest, doalah Allah bagi yang terbaik untuk kita.

InsyaaAllah untuk proses pengangkatan atau prosedur seterusnya setelah diserahkan anak, Hawa akan ceritakan pengalaman tersebut di entry yang lain. Doakan ya !

Thank you baca panjang-panjang.

To be continue….hehe.

12 thoughts on “Pengalaman Memohon Anak Angkat Melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!