Pengalaman Hilang 5kg Dalam Masa 30 Hari Dengan Makan Sedap-Sedap!

Disember telah memunculkan diri ! Syukur masih dipilih Allah untuk hidup di muka bumiNya ini sebagai hambaNya. Nikmat Islam, nikmat iman yang paling besar masih dikecapi hingga ke saat ini. Begitu juga nikmat kesihatan, ketenangan dan kebahagiaan di samping orang-orang yang disayangi. Tak mampu nak tulis satu-persatu rasa syukur kita setiap hari. Terlalu banyak hal-hal yang wajib disyukuri!

Perkongsian kali ini, Hawa nak share macam mana boleh ‘terhilang’ 5 kg dalam masa 30 hari tanpa skip makan bahkan makan sedap-sedap.

Alkisahnya, Hawa memang nak sangat turunkan berat badan sebab sebelum ni dah ‘borderline’, berat pun ‘yo-yo’ juga tau!…Jap turun jap naik. Macam-macam dah buat tapi sampai satu tahap berat ni stuck pada certain angka je  tak turun-turun dah padahal target kita jauh lagi! Stress kan? Hehe.

Okey! Ini 4 perkara Hawa buat sepanjang November lepas.

  1. Tukar mindset – Hawa nak fit dan cun , kalau berat turun tu kira bonuslah. Tak fokus pun nak turun berat badan.
  2. Tukar cara workout – Takde dah workout yang canggih-canggih sangat ! Hawa cuma banyak buat gerakan tarian yang menggerakkan seluruh  badan. Diiringi muzik yang kita rasa enjoy! Fuh! Keseronokan berganda. Tak sedar dah 30 minit atau 1 jam buat gerakan tu. Boleh tengok kat Youtube, banyak je instructor omputih share. Hawa duk pinggir bandar ya kawan-kawan. Memang tak berapa nak jumpalah sangat gym, geng zumba dan sebagainya so, buat kat rumah je.
  3. Explore more resipi-resipi sihat dan menarik – First, Hawa studi sikit tentang resipi sihat tapi simple kat Youtube. Lepas tu, dengan ilmu tentang pemakanan yang ada sebelum-sebelum ni, Hawa create jelah menu sendiri yang sesuai bajet dan keadaan kita. Boleh dikatakan more to Keto Diet walaupun tak dinafikan banyak je yang terbabas dari landasan. Proses menyediakan menu jadi lebih menarik dan tak stress sebab kita set minda kita nak explore menu baru, bukan untuk berdiet !.
  4. Banyak berpuasa / Intermittent Fasting – Hari boleh puasa sunat, kita puasalah. If tak boleh puasa , Hawa buat intermittent fasting (16:8 -16 jam puasa , 8 jam boleh makan). Tak susah pun sebab kebanyakan waktu puasa tu time tidur! Adjust masa betul-betul. Puasa sangat-sangat membantu mengekang nafsu makan Hawa. Before this, asyik rasa nak makan je. (Dan sebenarnya kita tak lapar pun, just nak mengunyah je!).

Ini contoh menu simple Hawa. Just sebagai guideline untuk beli barang dapur dan jimatkan masa untuk memasak. Tidak dinafikan, kadang menu ini boleh berubah mengikut keadaan semasa juga.

menu diet
Ini contoh menu . Hawa buat setiap minggu untuk elakkan boring. Selang 3 waktu makan utama di atas, ada juga kadang-kadang kunyah-kunyah kekacang, salad atau buah. Air putih memang kena pastikan cukup untuk proses detoksifikasi semulajadi tubuh dan penghadaman yang baik.

 

Sepanjang 30 hari lepas juga memang  ada beberapa jenis makanan yang Hawa elakkan makan :

  1. Gula putih – tukar ke pemanis lain seperti stevia atau xylithol (boleh cari di Shopee).
  2. Sebarang makanan berasaskan gandum seperti roti, pizza, kuih-muih, kek, pasta, mee dan lain-lain.
  3. Nasi – Hawa tukar nasi kepada barli. Banyak khasiat barli ni berbanding beras putih atau beras perang. Barli mengandungi kandungan kalsium dan serat dua kali lebih tinggi berbanding beras perang dan 30% lebih rendah kalori.
  4. No sos cili, kicap, sos tiram atau makanan dalam botol dan tin.
  5. No junk food macam kerepek-kerepek dan seumpamanya.
  6. No fast food (KFC, McD, Pizza) dan seumpamanya.
  7. Tiada minuman-minuman berpewarna atau berperisa- just minum air putih, susu segar Farm Fresh je.

Kalian jangan ingat Hawa tak terbabas ye! Dalam masa 30 hari tu, ada satu hari tu, Hawa terbabas order burger dan meat ball (COD). Kami makan dengan gelak-gelak gembiranya sambil tengok movie. Hahaha.

Dan, pernah juga sekali ‘terbeli’ sushi kat Sushi Empire. Banyak pula tu. Hehe. Tapi, apa Hawa buat? Next day lepas makan tu, lebihkan masa workout dan masa ‘berpuasa’ (intermittent fasting).

Baca juga : Intermittent Fasting ?

 

Boleh dimaafkan la ye dak? Kami budak yang baru nak belajar mengatur pola pemakanan semula. Tak payah nak tertekan sangat bila dah terbabas tu. Next day, be better! Itu kekdahnya.

Jangan pula bila dah terbabas alang-alang terbabas tu, babaskanlah lagi! Bulan depan or tahun depan pula kita start balik diet. Oh tidaaaakk. Takleh gitu ye adik kakak! Sampai bila-bila pun tak jadi. Hehe.

Contoh menu kami di bulan November lepas. Mungkin akan mengulang beberapa menu yang lebih kurang sama juga untuk bulan ni.

Hawa masih lagi bereksperimen dengan banyak resipi kuih-muih dan menu sihat tapi sedap (Keto Diet). InsyaaAllah ada masa Hawa akan compile dan share di blog ini.

Baca juga : Kek Coklat Sihat Mudah !

menu diet
Contoh menu ayam kami. Simple tapi sedap! Ayam direbus bersama buah goji dan red date. Letak sedikit garam atau lada hitam. Nak makan, just perah limau nipis atau lemon.

 

menu diet
Siakap stim tertimbus sayur namanya ni ! Ratah saja pun heaven! Kenyang.

 

Sesungguhnya apa yang Hawa amalkan sepanjang 30 hari lepas, Hawa tak fokus pun kepada berapa kalori yang diambil. Lebih fokus kepada makan makanan yang fresh , semulajadi bukan processed food dan paling penting cukup nutrisi (Protein, Karbohidrat, Protein, Vitamin dan mineral). Karbohidrat ambil juga dalam kuantiti yang dikurangkan/ditukarkan kepada yang lebih baik dan tambahkan lemak-lemak yang sihat.

Selain workout, Hawa juga tidur awal dan lama! Hahaha. Biasanya Hawa usahakan jam 9.30 malam atau 10 malam dah tidur. Bangun jam 5 pagi. So, lebih kurang 7 jam tidur kan?

Apa yang Hawa rasa or dapat setelah 30 hari amalkan perkara di atas?

  1. Terhilang 5 kg tanpa sedar.
  2. Badan lebih ringan bila bangun tidur.
  3. Tak ada craving nak makan makanan manis.
  4. Daya fokus lebih tinggi – tak cepat penat bila buat kerja.

InsyaaAllah, ini serba sedikit perkongsian perjalanan ‘fit dan cun’ Hawa. Ada peluang Hawa share lebih detail lagi. Road to 45 kg bulan ni. Belum masuk cerita TTC Journey lagi ni. Doakan ye. Hehe.

InsyaaAllah saiz mengecil, berat menurun itu bonus kan? Paling penting badan sihat , fit dan enjoy !

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!