Pau Kukus Rosalinda Paling Sedap Dan Gebu Di Kemaman | Siapa suka makan pau ? Hawa lah tu. Pipi pun dah bulat macam pau. Orang tengok muka saja pasti cakap sis ni gemuk orangnya. Bila jumpa…Eh ! Kecil je orangnya. Haha.
Okay , kali ni story tentang pau yang Hawa suka makan since 2016. Dah 4 tahun setia dengan jenama yang satu ni. Hawa memang gitu, kalau dah suka memang setia sampai hujung nyawa. Dengan orang pun macam tu juga kecuali orang yang tinggalkan kita atau minta tinggalkan dia. Sebelum dia minta atau tinggal kita, kita tinggallah dia dulu. Nak kisah apa kan? Tak gitu? Kahkahkah.
Pau Kukus Rosalinda ni unik sebab berbentuk bunga ros warna-warni ikut perisa. Perempuan kan suka benda cantik. Itu sebabnya jatuh hati dengan Pau Kukus Rosalinda ni. Dah cuba macam-macam jenis pau yang lain tapi still tak boleh move on dengan Pau Kukus Rosalinda.

Asalnya ada kawan yang bagi, lepas tu nampak comel, makan pun sedap sangat maka Hawa carilah pengeluarnya sebab nak borong banyak bagi kat jiran-jiran dan kawan-kawan semasa bulan puasa. Setiap kali bulan Ramadhan mesti borong hantar ke rumah jiran-jiran, kawan-kawan dan bawa balik kampung.
Pau Kukus Rosalinda ada 5 perisa (inti)—> ( 3 original, 2 deluxe).
Perisa (inti) Original ialah :



Perisa (inti) Deluxe ialah :


Hawa paling suka Pau Kukus Rosalinda inti coklat dan kari ayam. Yang lain makan juga tapi kuranglah sedikit. Bukan tak sedap ya ! Tapi, setiap orang kan ada favourite dia sendiri. Yang inti kacang merah dan kelapa pula, favourite suamiku. So, tak berebutlah nak makan pau. Boleh Hawa makan banyak. Hahaha.
Paling best tentang Pau Kukus Rosalinda ni ialah :
- Inti penuh . Bukan macam sesetengah pau tu, intinya cinonet je. Penat gigit tak jumpa-jumpa intinya. Pernah kena? Haha.
- Intinya sedap dan sangat premium. Kalau yang inti coklat tu memang gigit je terus rasa coklat meleleh macam makan coklat Beryl’s tu. Bukan rasa coklat yang mur mur tu. Hehe.
- Gebu. Lepas kukus, terus makan . Fuh ! Memang heaven! Sebiji dua tak cukup. Makan ketika sejuk pun masih lagi gebu dan lembut.
- Packaging yang menarik. Seronok nak bagi kepada jiran-jiran atau bawa balik kampung.
- Boleh buat stok dalam peti sejuk. Kalau kebetulan ada tetamu datang dan tak tau nak masak apa untuk minum-minum boleh kukus je 5 minit. Nampak rajin kan di situ? Hahaha.
- Sesuai untuk dimakan bila-bila masa. Anak-anak nak bawa bekal ke sekolah pun boleh. Senang kerja mak pagi-pagi.
Okay. Jemputlah makan Pau Kukus Rosalinda ya. Hawa pun nak order lagi ni buat stok dalam peti. Kawan-kawan suami datang, zasssss! Siap hidang pau warna-warni dengan air kopi. Isteri solehah yang rajin, MasyaaAllah. Hihihi.
Kalau nak cuba juga bolehlah hubungi Agen Pau Rosalinda Kemaman ni.
comelnya pau dia. Unik bentuk bunga ros. Salah satu daya tarikan ni. Gebu dan sedap semestinya pilihan ramai.
Aah Hawa beli mula-mula pun sebab comel. Haha
Cantik aihhh pau rosalinda ni. Paling suka kacang merah & kelapa. Haha tekak nur old skul sikit
Nur Decamellia recently posted…Tasik Biru Seri Alam Keindahan Tersembunyi di Masai, Johor