Pasar Malam Tepi Pantai Yang Best Untuk Bawa Keluarga Membeli-Belah Dan Bersantai

February 1, 2019

Huii..tajuk tak menahan. Maklumlah, termasuk hobi saya, ke pasar malam. Tak beli banyak pun, just nak fun-fun. Tapi, kenyang tu pasti. Haha.

Ini kali kedua saya berkunjung ke Pasar Malam Pantai Penunjuk Kijal ni since pindah Kijal. Allah Maha baik, Dia Maha Mengetahui dan Mengerti hamba yang diciptakanNya ini bagaimana.

  1. Ditakdirkan beli rumah dekat dengan pantai. Bukanlah dekat sangat. Terlindung juga dek hutan-hutan paya bakau depan rumah kami tu unless kalau pemaju majukan kawasan tu. Tapi, saya rasa tak usahlah. Untuk ekosistem yang stabil kan. Buka pintu rumah je, berangin, sejuk dan bunyi deru ombak. MasyaaAllah. Tenang sangat. (Sayalah, orang lain tak tau. Haha). Masa mula-mula survey beli rumah tu, tak tau pun kawasan ni macam ni. Datang siang, tak bunyi sangat ombak tu. Time subuh atau malam, jelas bunyinya.
  2. Ditakdirkan, rumah dekat dengan masjid dan pasar malam. Hihi. Antara kegembiraan sayalah tu.

Pasar malam tu memang tepi pantai. Beli makanan ke apa ke, boleh duduk-duduk dekat bangsal, buaian tepi pantai tu. Sembang-sembang. Sangat seronok untuk melepaskan lelah sepanjang seminggu bekerja.

pantai penunjuk kijal, pasar malam
Bukanlah tepi laut betul tu tau, jenuh la lari dek ombak. Haha. Jalan kaki jelah maknanya.

Pasar malam  ni ada pada Hari Jumaat petang tau. Mula lepas Asarlah lebih kurang.

Ramai ibu bapa yang bawa anak-anak ke pantai time ni. Meriah sangat. Ada juga yang ambil peluang ber BBQ dengan keluarga dan kawan-kawan. Di sekitar kawasan atau luar sikit dari pantai ni juga ada beberapa buah restoran best. Antaranya Dapo Bira Pata (Baca : Dapur Tepi Pantai). Menunya best. Nanti cerita dalam entri lain ya. Boleh juga bawa family makan-makan kat sini.

Al Safina Kijal Beach Resort pun sekitar ni juga. Memang betul-betul menghadap pantai. Ownernya tingal dekat je dengan rumah kami. Buka pintu dapur, terus nampak rumah dia tapi tak pernah jumpa pun. Haha.

al safina kijal beach resort, kijal, kemaman, terengganu, tempat menarik di terengganu
Kredit : Page Al Safina Kijal Beach Resort

Ada apa di pasar malam tu? Banyaknya jual makanan dan minuman. Oden pun ada tau. Tapi, kami tak sempat beli masa tu, sebab malas tunggu. Oden tak masak lagi. Haha. Tak menyabar nak pergi cop tempat nak lepak tepi pantai pun ya. Takut orang ambil port dating kami tu.

kijal, al safina kijal beach resort, tempat menarik di terengganu
Sekitar Pasar Malam Pantai Penunjuk, Kijal

 

kijal, al safina kijal beach resort
Paling suka starawberi shake sini, mewah sangat . RM5 share je dengan suami. Puas.

 

kijal, tempat menarik di terengganu
Ni haaa…masam-masam manis. Minum tepi pantai. Hehe.

 

kijal, al safina kijal beach resort
Keropok bulat. Sedap! Ikan banyak.

 

kijal, tempat menarik di terengganu
Depan meja kayu tempat kami lepak, anak-anak main buaian.

 

kijal, pantai terengganu
Mak boleh baca buku. Me Time. Biar ayah main air dengan anak-anak. Hehe.

 

pantai terengganu
Jauh big bossku merenung masa depan. Hihi.

 

kijal, al safina kijal beach resort, tempat menarik di terengganu
Tenang dan damai.

Alhamdulillah, balik rumah perut kenyang hati girang. Paling best bagi kami bila balik dari santai kat pantai adalah, kepala ringan.

Masa dekat pantai tu, kami kadang tak banyak sembang pun. Duduk-duduk dan renung laut. Nikmati angin yang sejuk dan bunyi ombak. MasyaAllah terapi untuk fikiran kusut. Kalau dapat berzikir pun lagi bagus.

Pantai ni akan jadi tempat lepak kami selagi tinggal di sinilah agaknya. Ada surau yang selesa juga di sini. Dah cakap dengan suami,  “Saya nak solat terawih sinilah sepanjang Ramadhan tahun ni kalau surau ni buat Solat Terawih. Saya suka dengar bunyi ombak.”. Dia angguk ja. Setujulah kiranya kot. Hehe.

Done kisah sehari di Hari Jumaat. Next Jumaat kita pergi lagi. Hehe.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Prev Post Next Post