OTIGRES Black Bean Powder Sesuai Untuk Mereka Yang Berdiet

Bekal sampai tengahari. Hanya secawan organic blackbean powder, minuman kaya sumber protein dan antioksidan.

minuman untuk kurus
Sedap dan kenyang lebih lama. Hawa minum untuk sarapan pagi. Kadang tak sempat untuk prepare salad dan sebagainya, just minum ini, Alhamdulillah kenyang sampai waktu lunch.

 

Asalnya Hawa nak cari minuman yang boleh minum pagi-pagi je yang no sugar, lactose free, gluten free dan kalau boleh organik dan Non-Gmo. Ceh! Banyak pula kriterianya. Ya lah, nak gantikan minuman biasa yang tinggi kandungan gula tu.

Sebab? Hehe. Now Hawa tengah no sugar challenge, less carbo! Dalam proses menata kembali pemakanan yang sihat. Sebelum ini kelaut, ke Timur Tengah, bahkan entah ke mana-mana perginya. Kali ini benar-benar kembali ke jalan pulang. Gitu.

Dalam dok cari-cari tu maka, jumpalah blackbean powder O’TIGRES keluaran Biogreen ni . Alhamdulillah cukup kriteria di atas. Certified organic by NASAA. Dan yang pastinya HALAL.

minuman untuk kurus
Satu tin ni boleh tahan hampir sebulan juga.

Tak try tak tahu kan? So, Hawa try lah. Alhamdulillah sedap! Rasa macam susu soya. Adik-beradik kekacang kan. Biasanya Hawa minum ESP Shaklee, Almond Milk jadi, yang ini pun rasa sedap jugalah. Tawar jelah tapinya. Haha.

Apa yang istimewa blackbean powder O’TIGRES ni ya?
  1. Ianya serbuk kacang hitam yang diproses daripada 100% kacang hitam organik asli dengan cara percambahan organik teknologi moden. Certified organic by NASAA.
  2. Lebih mudah dicerna oleh perut, diserap oleh badan dan tidak menyebabkan perut kembung dan sebagainya.
  3. Kandungan antioksidan yang tinggi dalam kacang hitam ini terutamanya antosianin boleh membantu mengurangkan kerosakan sel akibat radikal bebas.Black bean ini bahkan 10x ganda lebih tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah oren.
  4. Tinggi kandungan asid folik dan molibdenum yang mempunyai fungsi penting untuk badan kita.
  5. Tidak mengandungi pewarna, pengawet, lasctose free, cane sugar free dan gluten free.

Berikut adalah kandungan nutrisi yang ada dalam O’TIGRES Black Bean Powder :

minuman untuk kurus
Since Hawa tak makan nasi, roti, pasta or mee dan kalau makan karbohidrat pun, just  3-4 sudu oat je buat masa ni, jadi sesuailah total karbohidrat yang ada dalam blackbean powder ni. Kandungan total sugarnya (bukan gula tebu)  juga 2.8 gram per serving. Bolehlah. Hihi.

Dengan harga tak sampai RM50 termasuk pos untuk 650 gram , Hawa rasa ianya sangat berbaloi untuk kesihatan.

Boleh cuba untuk sesiapa yang nak berdiet, yang nak turunkan berat badan, juga yang nak kawal bacaan glukosa dalam darah. Mungkin sesuai untuk gantikan minuman pagi seperti Teh’O Beng atau minuman 3 in 1 yang tinggi kandungan gulanya. Selain berkhasiat, ianya juga mengenyangkan.

Kalian boleh beli O’TIGRES Organic Black Bean Powder ni di farmasi-farmasi, Watson atau Guardian. Boleh juga didapati di outlet-outlet yang menjual pelbagai makanan dan minuman organik. Hawa beli secara online aje. Shopee atau Lazada pun ada yang jual. Pastikan yang original lah ye.

Selain alternatif minuman seperti ini, pastikan juga kita menjaga pemakanan harian. Jangan pula makan Roti Canai, Nasi Kerabu, Burger, Mekdi, KFC siang malam! Haha. Haruslah kena jaga dan tengok kandungan makanan yang kita ambil tu. Pada Hawa, banyakkan makan sayuran, buah-buahan dan minum air putih. Workout pun kena seiring juga. At least kita exercise juga setiap hari selama 20-30 minit.

Hawa sendiri memang limitkan pengambilan karbohidrat buat masa ni. InsyaaAllah ke arah Keto Diet walaupun tak sepenuhnya. Apapun pilihan diet yang anda pilih, pastikan ianya sesuai dan rujuklah mereka yang pakar ye.

Pemakanan yang sihat dan melakukan exercise ini bukanlah hanya untuk mencapai tujuan tertentu seperti nak kurus, tapi sebaiknya menjadi lifestyle kita, barulah kesihatan itu berpanjangan InsyaaAllah.

24 thoughts on “OTIGRES Black Bean Powder Sesuai Untuk Mereka Yang Berdiet

  1. Oh, Auntie Lilly likes this product too. I have been consuming Black Bean Powder by adding it into my Rolled Oatmeal every day. So healthy & nutritious too. Yes, I exercise daily for 20-30 mins & practice IF Intermittent fasting to lose 9kg & lower my LDL cholesterol level to the normal range now.

  2. Menarik juga dibuat minuman ye. Pertama kali dengar ni. Bagus untuk gantikan kafein heeehee nanti qis try juga lah. Nak tau rasa dia macam mana.

  3. First time mek dengar tentang black bean ni. Banyak khasiatnya. Alhamdulillah. Mek pun dlm phase nak kurangkan makan. Elok juga kalau amalkan yang ni. Skadar ckup nutrisi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!