Organic Lip Balm Dan Lip Scrub Murah, Best Untuk Merahkan Bibir Secara Semulajadi ! | Misi cantik 2021 diteruskan lagi dengan pembelian Lip Scrub dan Lip Balm berasaskan bahan semulajadi. Ah ! Alasan sungguh mung mek. Tak puas hati kan kalau sebulan tu tak membeli sesuatu kat Shopee. Hahaha.
Kali ni aku saja nak share Lip Scrub dan Lip Balm set yang aku dah beli dan pakai beberapa kali.
Set Anti-Aging Matcha Lip Balm And Lip Scrub 100% Natural & Organic Japanese Matcha.

Kenapa nak kena pakai Lip Balm dan Lip Scrub ?
1# Lip Scrub
Bibir kita acapkali mengalami masalah kusam, gelap, kering atau pecah-pecah. Banyak faktor boleh menyebabkan hal sebegini terjadi.
Antaranya ialah :
- Pemakaian lipstik berpanjangan
- Kurang minum air
- Pemakanan yang tidak cukup nutrisi penting untuk kulit termasuklah bibir
- Penggunaan gincu, liptint, lipmatte dan sebagainya. Gincu, liptint, lipmatte dan seangkatannya ini mengandungi bahan pigmen yang melekat pada kulit bibir. Jadi, kalau tak dibersihkan betul-betul dengan ‘make up remover’ setelah pakai seharian tu, ianya meninggalkan kesan pada bibir kita.
Justeru, untuk kesihatan bibir kita mestilah merawatnya dengan baik. Antaranya ialah dengan menggunakan lip scrub untuk menanggalkan sel-sel mati pada bibir. Sisa-sisa make up juga dicuci habis.
Bila dah scrub, kulit pada bibir akan jadi halus dan lebih fresh.
2# Lip Balm
Lip balm pula, seeloknya pakai sepanjang hari untuk melembabkan bibir. Sama juga kulit wajah yang kena pakai mosturizer kan? Bibir pun kenalah juga pakai supaya kekal lembab dan tak kering mengelupas selain membantu membekalkan nutrien (bergantung kepada bahan dalam lip balm pilihan anda) kepada bibir.
Seperkara lagi, adalah bagus jika kalian menggunakan lip balm yang mengandungi ciri-ciri SPF. Seeloknya sebelum mengoles sebarang gincu, lipmatte dan sebagainya sapu terlebih dahulu lip balm sebagai perlindungan pertama.
Terdapat banyak pilihan lip balm dan lip scrub yang berkualiti di pasaran. Tapi untuk kali ini aku pilih lip balm dan lip scrub keluaran Artisan Allganic untuk share di sini.
1# Artisan Allganic Anti-Aging Matcha Lip Scrub Stick

Ingredients : Beeswax, Organic Shea Butter, Sugar, Sweet Almond Oil, Coconut Oil, Organic Matcha Ceremonial Grade
Cara guna : Pastikan bibir bersih dan kering. Kemudian apply lip scrub dalam 30 seconds pada setiap bibir tu. Last, bersihkan dengan tisu. Boleh guna selang sehari.

Ingredients : Organic shea butter, Beeswax, Coconut Oil, Cocoa Butter, Sweet Almond Oil, Jojoba Oil, Organic Matcha Powder Ceremonial Grade, Essential Oil, Vitamin E.
Cara guna : Sapu selepas guna Lip Scrub dan sepanjang hari boleh apply 2-3 kali untuk bibir kekal lembab.
Apakah khasiat Matcha a.k.a serbuk teh hijau ini untuk bibir ?
Matcha, berasal dari Jepun ini sangat banyak khasiatnya kerana mengandungi kandungan vitamin, asid amino , klorofil dan bahan antioksidan yang tinggi.
Antioksidan ini sering dikaitkan dengan anti-aging kan? Kandungan matcha dalam lip balm dan lip scrub membantu melambatkan penuaan pada bibir. Bibir jadi awet muda gitteww!
Bagaimana nak beli kedua-dua produk untuk merahkan bibir secara semulajadi yang best ni ?
Macam aku cakap dari awal tadi, aku beli kat Shopee je.


Oh ya! Sebelum aku terlupa, kedai ni juga menjual Tinted Lip Balm. Maknanya, lip balm yang ada color. So, bila pakai bibir jadi lembab pinkish sedikit berkilat gitu tapi taklah berminyak katanya. Cantiklah kan bibir kita semua kalau pakai? Haha.
Tinted Lip Balm ini juga berasaskan bahan semulajadi dengan beberapa perisa dari essential oil seperti rose, lavender, peach, mint dan watermelon. Yang unscented pun ada. Next aku nak checkout yang ini pula. Nanti aku sambung review ye. Hahaha.
Lagi satu, apa yang aku suka sangat dengan produk homemade macam ni ialah, ianya tidak mengandungi parabens, conservatives, phthalates vaseline dan paraffins.
Untuk kulit yang agak sensitif macam aku, tahulah menderitanya kalau tersalah pakai produk kan? tak kisahlah di muka,badan mahupun bibir.
Kesimpulannya, apa pun produk semulajadi yang kalian guna, haruslah sabar dengan kesannya. Bukan pakai hari ini, esok dah terus lawa. Untuk mendapatkan bibir yang cantik, kita tak boleh bergantung semata-mata kepada lip scrub atau lip balm.
Beberapa aspek lain juga perlu dititikberatkan seperti minum air yang cukup, pemakanan yang sihat supaya badan kita cukup nutrisi dan bantu lambatkan penuaan, kestabilan hormon dan ambil juga suplemen jika perlu. So, make sure kena perhatikan juga aspek-aspek ini. Dah nak bibir mungil comel kan ? Haruslah usaha lebih.
Baiklah. Itu sahaja sharing aku kali ini. InsyaaAllah once dah sampai yang tinted balm tu, aku sambung review. Hahaha. Bye ! Luuuvvv.