Muhasabah Ramadhan 1441H : Pucuk Paku Gambaran Kebesaran Dan Kebahagiaan Jiwa

Renungan Ramadhan 1441H : Pucuk Paku Gambaran Kebesaran Jiwa | Menjalani kehidupan dalam nuansa pandemik ini amat mencabar. Mudah sangat untuk keluar sikap pentingkan diri sendiri.

Tapi kisah jiran Hawa ini memberi kesan mendalam pada jiwa. Bukan mudah untuk setiap kita memikirkan orang lain dalam keadaan diri sendiri struggle macam-macam.

Hati terpanggil untuk menulis tentang ini.

Semua orang sedang dalam PKP.

Semua orang mungkin sedang sarat dengan macam-macam isu dalam fikiran.

Semua orang mungkin sedang fikir tentang kewangan semasa dan selepas PKP.

Mujur ada sedikit bantuan dari kerajaan yang boleh mengurangkan beban.

Apa yang ditentukan kerajaan saat ini, mungkin itulah yang terbaik. Namun, pasti kesannya tetap ada.

Bukan ingin bercerita tentang ekonomi negara.

Tapi sedikit catatan tentang kebesaran jiwa seorang hamba Allah ini.

 

Kisahnya bermula begini. 

 

“Dik, sape bagi pucuk paku banyak-banyak ni?”.

“Mok Nab bagi, dia hulur ikut jendela”.

“Oh. Murah rezekinya”.

 

pucuk paku
Bukan sedikit ya pucuk paku yang diberi! Nah ! Boleh masak 2-3x untuk keluarga kecil kami.

 

Mak cik yang bagi pucuk paku ini bukanlah orang senang mana.

Sepanjang PKP dah lebih sebulan, dia tinggal di rumah yang ada satu bilik byang sederhana luas saja bersama anak dan cucunya yang ramai. Total ahli rumah dalam 13-14 orang tak silap saya ketika itu.

Anak-anak cucu terstuck di rumah beliau sepanjang PKP.

Bayangkanlah tidur bangunnya macam mana. Rapat-rapat sampai ke muka pintu.

 

Itu cerita nak tidur mana.
Belum cerita makan minum kan?

 

Beliau ambil upah menoreh getah orang, jaga kebun, tanam semula getah, menebas dan lain-lain kerja kampung. Usaha kerja dari awal pagi sampailah lewat petang atau awal malam. Sangat rajin.

Hasil daripada kerja-kerja tersebutlah yang menampung kehidupan seharian.

Banyak ke upah toreh getah? Kerja kampung? Tak banyak mana tuan puan. Cukuplah untuk makan minum harian anak-beranak. Anak-anaknya pun tolong beliau buat kerja juga.

Ada anak ambil upah buat kuih. Pun bukanlah banyak mana upahnya.

Cukuplah untuk beli beras 10 kg, ikan, telur dua papan, gandum sekilo dua, minyak masak, bawang lada juga budu penyedap rasa.

Beras sekampit tu tak tahulah bertahan berapa hari saja untuk ahli rumah yang ramai musim PKP ni.

Beliau dapat ke bantuan musim Covid-19 ni? Ya dapat, Alhamdulillah seadanya. Barang keperluan. Bukan barang-barang nak masak sedap.

Ketika kita yang boleh dikatakan cukup semua ini merungut macam-macam setiap hari.

Ketika ada insan yang complaint itu ini, makan tak sedap, tak ikut kriteria yang dimahukan, tidur tempat tak best sepanjang PKP, sepanjang kena kuarantin. Allahu.

 

Apa anak-beranak ini buat?

 

Mereka ini anak-beranak dengan segala kekurangan yang ada, masih memberi apa yang mereka punya kepada orang lain.

Masih fikir rezeki yang Tuhan beri untuk mereka ada bahagian orang lain di dalamnya selain anak-beranak.

Ada pucuk paku yang dikutip di tepi sungai belakang kebun, kongsi dengan jiran-jiran.

Ada ikan sungai yang dipancing lepas balik dari kebun, kongsi dengan jiran-jiran. Macam-macam lagilah.

Boleh saja semuanya disimpan di rumah untuk stok bahan mentah mereka sekeluarga saja.

Tapi tidak, asbab kebesaran jiwa yang mereka miliki, mereka memilih untuk berkongsi rezeki.

 

Mereka lebih bahagia memberi.

Mereka bahagia dengan cara mereka.

 

Rezeki yang Tuhan beri sedikit atau banyak dengan usaha sehabis daya hanya di tangan, buat meneruskan hidup dan memberi kepada ramai orang.

Terima kasih Ya Tuhanku! Kau kirimkan insan-insan yang hebat memiliki kebesaran jiwa seperti ini untuk aku belajar tentang nilai kehidupan.

Jom kawan, sama-sama doakan mereka mudah-mudahan Allah terus menurunkan rezeki yang mencurah-curah untuk mereka.

Moga mereka juga dikurniakan kesihatan yang baik dan diangkat segala kesulitan dan dimudahkan urusan dunia akhirat.

 

Hawa Hassan,
Bahagia melihat insan sekeliling bahagia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!