Mudahnya Masak Nasi Goreng Ikan Rebus Terengganu

Mudahnya Masak Nasi Goreng Ikan Rebus Terengganu | Nasi Goreng Ikan Rebus ni mungkin boleh dikatakan makanan tradisi rakyat Terengganu atau Kelantan juga. Sebabnya, menu ini boleh dijumpai di kedai-kedai makan di sini.

Kami satu keluarga memang sangat menggemari Nasi Goreng Ikan Rebus ni. Kalau buat menu nasi goreng yang lain lambat juga nak habis, tapi kalau masak yang ini laju berdesup habis satu kuali besar. Sarapan, makan tengahari plus makan malam menu yang sama pun no hal.

Mudah sangat nak buat. Ada macam-macam versi sebenarnya. Tapi yang Hawa share ini ialah versi dapur Hawa.

Ini cara turun temurun dari arwah nenek lagi. Dulu memang penggemar Nasi Goreng Ikan Rebus arwah nenek.

Jom tengok Resipi Nasi Goreng Ikan Rebus cara Hawa.

Bahan-bahan :

  • 5 cawan nasi putih sejuk.
  • 4 ulas bawang putih – cincang halus.
  • 1 labu Bawang Holland – nak blend boleh, cincang halus juga boleh.
  • 2 tangkai cili kering – basuh dan potong halus.
  • 5 ekor ikan rebus/kukus – digoreng terlebih dahulu kemudian dibuang tulang.
  • Sedikit Bayam Brazil (sayuran seperti sawi, kucai,kubis, lobak merah juga boleh).
  • Cili besar – dipotong ikut citarasa sendiri.
  • 2-3 biji cili padi – potong halus.
  • 200g udang (tak letak pun tak apa).
  • Garam secukup rasa.

nasi goreng ikan rebus

 

Cara-caranya :

  1. Tumiskan bawang putih dan Bawang Holland sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan cili kering yang dipotong halus tadi. Kacau seketika.
  3. Masukkan udang. Biarkan seketika sehingga udang masak.
  4. Masukkan isi ikan rebus tadi dan kacau rata.
  5. Masukkan sayuran dan kacau rata.
  6. Perisakan dengan garam secukup rasa. Hati-hati semasa letak garam sebab ikan rebus pun dah agak masin.
  7. Masukkan nasi dan gaul rata.
  8. Last, masukkan cili padi. Kacau nasi goreng tersebut lebih kurang 3-5 minit supaya betul-betul sebati.
  9. Siap ! Boleh hidang bersama sambal belacan dan ulam. Tabur sedikit bawang goreng (Hawa tak letak pun sebab tak ada stok, hehe).
nasi goreng ikan rebus
Nasi Goreng Ikan Rebus Goreng plus sambal belacan dan ulam pucuk jenerih. Kambung sangat ! Haha.

 

Kalau tanya apa rasa Nasi Goreng Ikan Rebus ni , rasanya cukup rasa. Haha. Masin, pedas, masam (dari isi ikan rebus) dan aromanya cukup membuka selera. Sekali makan tak cukup satu pinggan. Bila makan akan rasa tergigit-gigit isi ikan rebus goreng yang sedap tu. Oh ya ! Hawa biasa guna ikan selayang sebab isinya sangatlah manis. Ikan jenis lain bagi Hawa kurang sedap.

nasi goreng ikan rebus
Tayang lagi sekali. Jom makan !

 

Selamat mencuba !

One thought on “Mudahnya Masak Nasi Goreng Ikan Rebus Terengganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!