Mudah Je Rupanya Sedut Madu Kelulut !

Madu Kelulut atau nama lainnya Stingless Bee Honey adalah antara madu yang popular di Malaysia. Selain banyak khasiatnya, rasanya juga sangat sedap manis masam.

Sejujurnya Hawa ni liat sedikit nak minum madu lebah biasa. Madu tualang yang orang kampung masuk hutan sendiri tu lajulah sikit. Itupun sebab rasanya yang sedikit masam dan teksturnya tak likat.

Sebelum cerita tentang pengalaman sedut sendiri Madu Kelulut ni, nak share juga tentang pengalaman minum madu kelulut yang tak berapa nak original.

Nak jadi cerita, Hawa batuk lama. Selesema dah elok, batuk je tak stop. Dah puas berulang-alik ke klinik, hospital dan dah jumpa pakar pun. Ujian Tibi, xray paru-paru, test darah pun dah. Batuk stop kejap dan datang balik berulang kali. Tak larat nak makan ubat, jadi belilah sebotol madu kelulut yang katanya original dari ladang. Nak ikhtiar la kan. Excited sebab nak cuba.

Hawa minumlah madu tu, malam tu juga cirit-birit teruk sampai berdarah. Pakej sekali gastrik, pedih perut. Hawa minum lepas makan tau madu kelulut tu. Serik rasanya.

Satu lagi kisah, Hawa letak botol madu tu kat dapur (dalam kabinet). Buka je penutup, meletup sampai siling, berbuih-buih. Haaa meleleh-leleh kat dinding. Tinggal sekerat botol je (botol 500 ml). Yang lain jadi hasil letupan.

Sudahnya, Hawa stop minum dan sakit hati punya pasal, Hawa buang je madu tu. Haha. Fobia kot 2 hari duk sakit perut lagi.

Tanya abang ipar yang agak terer pasal madu ni. Dia kata, ada kemungkinan madu tu dah dicampur. Biasa orang campur dengan ragi (yis) dan air. Ada juga beberapa bahan lain. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk nak bagi madu jadi banyak. Macam mana tu?

Nanti Hawa share macam mana nak dapatkan 100ml madu kelulut pun sebenarnya bercintaaa lahai dok menunggu sedut tu. Haha. So, bila campur dengan bahan-bahan lain, dapatlah banyak madu tu untuk dijual. Ya! Memang tak jujur. Hawa sekarang fobia nak beli madu di pasaran. Bukanlah kata semua tak bagus, tapi kena pandailah pilih dan cari yang betul-betul original.

Ini antara khasiat madu kelulut :

  1. Anti bakteria – Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi dan anti bakteria.
  2. Bantu masalah pencernaan – Madu kelulut mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang penting untuk proses pencernaan.
  3. Antioksidan – Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan terkandung dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import. Antioksidan ini sangat diperlukan untuk melambatkan penuaan sel dan mencegah kerosakan sel.
  4. Bantu kesihatan secara keseluruhan – madu kelulut mengandungi pelbagai jenis vitamin dan asid amino perlu yang sangat bermanfaat untuk badan manusia.

 

Banyak kan? InsyaaAllah jika diamalkan secara konsisten plus gaya hidup sihat serta amalkan pemakanan sihat, ianya sangat membantu. Namun begitu, untuk mereka yang mengidap penyakit kronik , adalah sebaiknya refer doktor terlebih dahulu. InsyaaAllah setiap kejadian Allah itu ada manfaatnya untuk manusia, namun ada pihak-pihak tertentu yang membuat claim yang berlebihan pada produknya dan mengambil kesempatan yang tak sepatutnya, maka berhati-hatilah.

Inilah dia kelulutnya tu. Kecil banget!

 

madu kelulut fana'a bee
Ada lebih kurang 500 spesies kelulut di dunia, di Malaysia ada lebih kurang dalam 29 spesies kalau tak silap Hawa. Koloni lebah kelulut ini sangat unik.

 

madu kelulut
Ini pula sarangnya. Mereka boleh tinggal dalam bongkah kayu (batang pokok yang dipotong) yang ada rongga di dalam dan ada lubang untuk masuk dan keluar.

 

Sarang kelulut ni biasanya dijual oleh pengusaha kelulut dengan harga RM250 (belum ada madu) atau RM500++ (yang sudah sedia sedut madu). Sarang tu dijual sekali dengan kelulut tu ye, bukan bongkah kayu tu aje. Hihi.

Ada beberapa hal yang perlu diambil kira kalau nak bela kelulut ni :

1. Rumah kelulut – sarang yang complete. Ada pelapik, bukan letak atas tanah je. Kena buat penutup daripada kayu dan bawah penutup tu letak plastik lutsinar. Elakkan basah dek hujan , ribut dan sebagainya (gambar di atas).

madu kelulut
Sarang kelulut. Koloni kelulut yang diletakkan dalam bongkah ini boleh memuatkan 1,000 hingga 2,000 ekor. 

 

2. Persekitaran yang membantu penghasilan madu oleh kelulut – kena ada pokok-pokok bunga, pokok yang sesuai untuk pendebungaan, pokok-pokok untuk kawasan yang lebih sejuk. Sarang ni anak saudara Hawa letak bawah pokok contohnya bawah pokok jambu, pokok nangka. Tempatnya redup dan sejuk. Kelulut pun nak duk tempat selesa juga kan.

Pastikan kawasan itu juga selamat, tiada air bertakung ketika hujan atau manusia pencuri. Ada kes curi sarang ni tau. Haha.

 

madu kelulut original
Pokok menjalar, Air Mata Pengantin namanya untuk pendebungaan kelulut. Ditanam di sekitar sarang kelulut.

 

madu kelulut
Bunganya kecil-kecil. Ada warna putih dan merah jambu. Lebih istimewa, lebah kelulut mudah mendebungakan bunga bersaiz kecil yang tidak boleh dilakukan lebah biasa.

 

madu kelulut
Dalam masa sebulan hasil kelulut sudah boleh dituai dalam bentuk madu, debunga dan propolis. (Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis ). Propolis ini  mengandungi  antioksidan yang sangat tinggi. 

 

Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral.  Bioflavanoid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

 

madu kelulut
Debunga yang banyak dikumpulkan oleh lebah kelulut kepada bentuk granul dengan tambahan madu atau nektar. Ia dijumpai di dalam sel eraman (brood cell) yang dibentuk oleh lebah pekerja. Ia biasanya menjadi makanan anak kelulut yang baru menetas supaya menjadi lebah kelulut yang matang. Rasanya sedap, seperti juga madunya, masam manis. Juga sangat tinggi dengan antioksidan dan vitamin.

 

madu kelulut
Proses sedut kelulut yang mudah tapi lambat. Nak dapat 100 ml pun bercinta juga sebenarnya sebab tempayannya tu kiut-kiut je belaka bukannya besar. Agak kuciwa masa ni sebab dia tak bagi Hawa sedut. Suruh kita ambik gambar dan video dia je. Aish! Sedut masuk mulut terus guna straw kang baru tau. Haha.

 

Topi tu pakai sebab nak halang kelulut kerumun muka tak boleh buat kerja. Ada dijual di Shopee. Begitu juga dengan pam penyedut madu kelulut ni, juga ada dijual di Shopee. Untuk pengusaha kecil-kecilan , ianya sangat memudahkan dan cepat. Namun, untuk yang berskala besar mungkin perlu menggunakan teknologi yang lebih canggih. Seronoknya sedut madu kelulut ni sebab lebah kelulut ni tak sengat orang. Mereka ni baik-baik je. Gigit pun tak.

 

madu kelulut
Madu kelulut yang disedut tu. Warnanya cerah dan cair. Biasanya Hawa amalkan 1-3 sudu besar madu kelulut dicampur air masak , minum sebelum sarapan. InsyaaAllah sangat membantu proses penghadaman. Lawas! Hehehe.

 

madu kelulut
Madu kelulut yang siap disedut, akan dibotolkan dan sealed. Ada 4 saiz iaitu 100 ml (RM30), 300ml (RM50) dan 500 ml (RM90) dan 1kg (RM175).

 

Pengalaman yang sangat menyeronokkan. Alhamdulillah Hawa dah tak risau nak consume madu kelulut. Fresh dan tak campur dengan ingredient bukan-bukan. Habis je madu kelulut kat rumah ni, wasap je minta Along tolong simpankan atau masuk kebun, sedut sendiri (En Hubby sangat enjoy buat kerja ni). Haaaa puas hati. Haha. Hawa sebenarnya rindu nak balik kutip tempayan comel kelulut yang ada debunga tu. Sedap ! Tak boleh move on la rasanya.

 

madu kelulut original
Hasil kutipan yang telah dimakan begitu sahaja.

 

Kalau ada kawan-kawan yang sedang mencari madu kelulut asli  untuk ikhtiar kesihatan, bolehlah hubungi Along (Burhanuddin), anak saudara Hawa ni. Stok agak terhad, tapi insyaaAllah sentiasa ada.

Madu Kelulut Fana’a Bee

Along (Burhanuddin) :  010 -291 8691

2 thoughts on “Mudah Je Rupanya Sedut Madu Kelulut !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!