Mooncake Halal Victory Yaya Boleh Buat Orang Jadi Ketagih

Inilah kali pertama makan Mooncake Victory Yaya ni walaupun HQnya tu dekat sangat dengan rumah.

Dah lama tau tentang mooncake ni, tapi sebab bukan peminat makanan manis, jadi asyik tertangguh proses membelinya tu. Namun, kami kagum sebab Victory Yaya ni milik anak muda Muslim yang diusahakan sejak tahun 2015 sehingga kini. Setahu kami, Victory Yaya ini adalah satu-satunya kilang  Muslim dalam pemprosesan, pengeluaran atau penghasilan mooncake yang halal.

HQ Victory Yaya ni terletak di Bukit Kuang , Kemaman. Manakala kedainya pula dah pindah ke Bandar Chukai, sebelah Affin Bank berdekatan dengan Jambatan Sungai Limbong. Dulu, semua di Bukit Kuang, tapi sejak January 2019 kat situ jadi office sahaja.

Kami beli mooncake  versi Trial Set Baby Tahora Gold. Satu kotak exclusive ni ada 9 perisa mooncake. Harganya RM45. Dulu , Victory Yaya ada lebih 30 jenis pilihan perisa sebenarnya, tapi yang terbaru 2019 ni Victory Yaya keluarkan 20 perisa yang pastinya lebih sedap dan terbaik. 30 perisa sepertimana dahulu punya versi dah discontinue pengeluarannya. Fuh! Kami tak try semua lagi lah. Baru 9 perisa ni.

Hawa nak beli dan try seketul je sebenarnya. Tapi, rezeki En Hubby belanja trial set ni. Alang-alang dah lama nak rasa, biar rasa banyak jenis katanya. Lagipun, trial set ni versi jimat dan berbaloi.

 

mooncake halal, victory yaya
Kotaknya special dan sangat eksklusif sesuai untuk dijadikan hadiah.

 

mooncake halal
Ada 9 perisa. 3 sudah lesap . Tak sempat nak pesan ambil gambar dulu sebelum bawa lari. Adeih!

 

mooncake halal, victory yaya, mooncake yaya
Intinya. MasyaaAllah Hawa paling suka yang ini. Ada hazelnut besar-besar dalam tu. Kunyah je bunyi krup krap sebab kacang tu ranggup dan sedap.

 

mooncake halal, mooncake yaya, victory yaya
Ingredients : Red bean paste, dhal paste, lotus paste, nuts, squash seeds, sesame, low protein flour, syrup, peanut oil, sugar and contains permitted food coloring substances. 

 

victory yaya mooncake
Inilah 9 jenis perisa yang ada dalam Baby Tahora Gold tu. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

Apa perisa yang ada dalam trial set 9 in 1 ni?

  1. Simple Red Bean (Kacang merah, biji labu, bijan putih)
  2. Eggyolk Red Bean (Kacang merah , egg yolk telur masin)
  3. Chocolate Raisin (Kacang merah, kismis)
  4. Hazelnut Almond ( Kacang merah , hazelnut , almond)
  5. Chruncy Nuts ( Campuran kacang )
  6. Red Bean Mix Fruits ( Kacang Merah , campuran buah )
  7. Golden Jade ( kacang merah , Almond Flakes )
  8. Red Bean Cashew Almond ( Kacang merah , gajus , almond)
  9. Red Bean White Choco ( Red Bean, White Choco Chip, White Sesame dan Black raisin )

Mewah dan berbaloi dengan harganya. Alhamdulillah diberi rezeki untuk merasa.

Buat masa ini yang katanya 20 beradik yang nak dilancarkan tu, 8 perisa dah dilancarkan terlebih dahulu. Nama yang diberikan pun sedap-sedap, boleh buat nama bakal anak Hawa juga ni. Hihi. Perisanya seperti berikut :

  1. Aufa – The Red Velvet Mooncake
  2. Raudhah – The Golden Twilight Mooncake
  3. Adwa – The Red Bean Paste Mooncake
  4. Akid – The Sweet Durian Mooncake
  5. Harraz – The Belgium Chocolate Mooncake
  6. Rauf – The Matcha Green Tea Mooncake
  7. Nuha – The Pure Lotus EggYolk Mooncake
  8. Nourah – The Pure Lotus Mooncake (low sugar)

Saiznya sebesar tapak tangan dengan berat bersih 200 gram setiap satu. Harga 1 biji RM20. Jika beli 4 harganya RM60 (set dalam box exclusive boleh pilih mana-mana perisa). Latest info sila ke muka buku Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal,mooncake victory yaya
Kotak diaa..MasyaaAllah cantik sangat ! Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal, mooncake victory yaya
Ini Nuha – The Pure Lotus EggYolk Mooncake. Intinya kuning telur masin yang dibalut  dengan inti biji teratai. Rasa manis, lemak dan masin yang seimbang. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal, mooncake victory yaya
Ini Aufa – The Red Velvet Mooncake. Intinya white lotus kurang manis dari bijian lotus tanpa kulit dan dicampur juga dengan black sesame. Rasa lemak dan manis yang sedap. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal, mooncake victory yaya
Ini Nourah – The Pure Lotus Mooncake (low sugar). Intinya pure lotus. Ianya kurang manis dan disukai ramai. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal, mooncake victory yaya
Ini Akid – The Sweet Durian Mooncake. Intinya 80% durian asli yang dicampur dengan pure lotus. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal. mooncake victory yaya
Ini Rauf – The Matcha Green Tea Mooncake. Intinya biji teratai bersama extrak teh hijau Jepun yang digabungkan dengan bijan hitam dan putih. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal, mooncake victory yaya
Ini Raudhah – The Golden Twilight Mooncake. Intinya kacang hijau bersama aroma daun pandan yang sangat wangi. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal, mooncake victory yaya
Ini Adwa – The Red Bean Paste Mooncake. Intinya kacang merah yang digabungkan dengan biji gajus. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

mooncake halal, mooncake victory yaya
Ini Harraz – The Belgium Chocolate Mooncake. Intinya pure lotus yang digabungkan dengan  coklat. Kulitnya juga sangat best dengan rasa coklat dan coffee. Aromanya tu membuatkan ramai jatuh cinta. Gambar : Victory Yaya Mooncake.

 

Jika disuruh buat pilihan antara 8 perisa di atas tu, Hawa pilih 3 yang paling best mengikut taste Hawa lah iaitu Harraz, Nuha , Nourah. Yang lain makan juga, tapi yang ini paling disukailah kiranya. Dan berharap sangat antara 12 lagi perisa yang bakal dilancarkan itu ada perisa cheese, hazelnut dan mix fruits. Haha. Cheese dan coklat tak tolaklah sebab kegemaran sejak azali.

Moga Victory Yaya terus mengorak langkah lebih jauh. Rasa bangga sebab ada Muslim yang mengusahakan kuih tradisi ini hingga ke pasaran antarabangsa.

InsyaaAllah nanti cerita lagi tentang Mooncake Victory Yaya ni. Ada 12 lagi perisa yang bakal dilancarkan. Kena try semua lah kan benda sedap ni. Hihi.

Kalau nak rasa mooncake halal by Victory Yaya, boleh dapatkan secara online di  https://victoryyaya.com/

atau boleh terus ke kedainya di :

No. K712, Jalan Sulaimani, Bandar Chukai,
24000 Kemaman, Terengganu.kedai
(bersebelahan Affin Bank, jalan pasar Kemaman)
Careline  : 0179282859

4 thoughts on “Mooncake Halal Victory Yaya Boleh Buat Orang Jadi Ketagih

  1. Uwaaahhhhhh sedapnyaaaa tengok gambar mooncake tu. Tapi, nur tak pernah makan mooncake. Tak boleh bayang rasa dia macam mana. Ada sesiapa nak bagi saya rasa tak? Nak rasa sikit je hehehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!