Menikmati Free ‘Staycation’ Di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Syukur, Alhamdulillah ! Itulah ungkapan pertama yang lahir dari hati. Mr Hubby dapat voucher percutian 2 hari 1 malam di Holiday Villa Cherating daripada company tempatnya bekerja. Hawa kembang hati sangat dah. Hihi. Seronok kan bercuti. Dekat pun tak apa. Lari sekejap dari rak pinggan mangkuk, bakul kain , kuali-kuali berkilat kat rumah adalah impian setiap wanita. Free pulak tu. MasyaaAllah. Nikmat yang mana lagi yang mampu didustakan. Terima kasih Allah. Terima kasih my soulmate tukang bawa pergi sana.

 

holiday villa cherating
Entrance Holiday Villa Cherating

 

Sampai di Holiday Villa Cherating, sambil tunggu husband uruskan check in, Hawa lepak jap kat lobi. Cantik dekorasinya. Klasik kemelayuan. Staff juga sangat peramah.

 

holiday villa cherating
Lobi hotel yang sangat cantik. Konsep Bali.

 

Masuk bilik, Solat Asar dan rehat sekejap. Kami turun ke kafe tepi pantai. Yang bestnya, kami datang ke sini hari Khamis. Hari orang kerja, bukan weekend. Memang sengaja pilih weekdays. Takde oranglah jawabnya. Hehe.

 

holiday villa cherating
Cafenya di tepi pantai

 

Di kafe ni, kami dihidangkan dengan welcoming drink. Fresh Mango Juice. Sedap. Dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa tu. Ya Allah !Nikmatnya.

 

holiday villa cherating
Habis segelas minum. Haha.

 

holiday vilaa cherating
Suka berangan mak cik ni kan?

 

Apa yang Hawa suka adalah, Holiday Villa Cherating ni ada private beach. Kiranya, bahagian pantai tu hanya mereka yang menginap di Holiday Villa Cherating jelah yang duk lepak. Oleh kerana weekdays tak ada orang, makanya hooreyyy! Nak rasa layanan super duper tip-top, dan resort tu ana yang punya, datanglah bercuti masa orang kerja. Haha.

 

holiday villa cherating
Terapi minda tengok air laut dengar bunyi ombak.

 

holiday villa cherating
Aktiviti-aktiviti yang boleh dibuat di sini. Boleh berurusan di kaunter je.

 

Kami pilih untuk lepaking saja sambil sembang-sembang. Jarang sebenarnya ada masa untuk sembang dari hati ke hati. Masing-masing sibuk especially En Hubby la. Allah beri masa untuk berdua-duaan, bercerita dan bergelak ketawa. Itu rezeki.

 

holiday villa cherating
Dia punya jiwang time tengok laut tu. Sampai berkerut dahi. Haha.

 

holiday villa cherating
Ada tempat duduk-duduk atau baring mengadap laut.

 

holiday villa cherating
Ada kolam jika mahu berenang-renang.

Sebenarnya disediakan juga gym, tennis court, ping pong dan spa juga. Tapi, kami tak sempat nak explore semua. InsyaaAllah next time ‘staycation’ lama sedikit.

Kami naik ke bilik dekat Maghrib masa tu. Ralit betul dengan pantai. Siap-siap Solat Maghrib dan urus diri.

holiday villa cherating
Sangat selesa. Ini Capital Wing – Deluxe Room (pakej yang disponsor).

 

Holiday Villa Cherating ni ada wing-wing die . Hehe. Ada 4 jenis penginapan yang ditawarkan di Holiday Villa Cherating:

1.Capital Wing (seperti di atas)

2.Palace Wing – Garden Villa

Holiday Villa Cherating
Palace Wing. Rumah sebijik gitu. Sangat menarik. Next time boleh try.

 

3. Palace Wing – Superior Room

holiday villa cherating

 

4. Family Suite

holiday villa cherating
Sesuai untuk yang bawa family ramai. Ada dua bilik tidur dan dua bilik air juga ruang tamu. Selesa.

Overall sangat puas hati dari segi kebersihan dan kemudahannya.

Selesai semua urusan, kami turun untuk dinner.  Steamboat time! Memang cafe tu kami yang punya. Waiter serve kat kami berdua je. Haha. Serius nak gelak guling sebab memang takde orang.

Masa kami sampai tu, ada sepasang suami isteri chinese je, then, mereka siap makan dah. Hai-hai, senyum-senyum mereka pun berlalu. Tinggal kami berdua je. Kalau takde pekerja-pekerja cafe tu, kami pun cabut! Sunyi tau awakkk. Dengan angin laut dan bunyi ombak yang menderu dalam kegelapan malam. Cafe tu cerah lah, tapi kawasan sekitar tu yang gelap! Haha.

Maka bersteamboatlah kami berdua sambil gelak-gelak.

 

Holiday villa cherating
Antara bahan-bahan yang dihidangkan. Ada sayur, mee, bihun, seafood, daging , ayam, sosej, meatball dan sebagainya.

 

holiday villa cherating
“Abang nak buat!” Okeylah. Tunggu je untuk ngap.

 

holiday villa cherating
Sedih ! Kami dua orang je duk makan. Haha

 

holiday villa cherating
Semangkuk !

 

holiday villa cherating
Done! Sebab benda berkuah, tak mampu lah nak makan banyak. Kami makan apa yang mampu. Ratah salad je banyak. Kalau ada bakar-bakar macam Soul Garden lagi okay rasanya. Anyway Alhamdulillah. Rezeki.

 

Lepas aktiviti makan-makan, kami naik bilik, tengok TV. Tak pergi mana-mana pun. Hawa baca buku sekejap sambil layan husband tengok movie dia. Teeeettt! Mata dah layu. Haha. Ternak lemak lagi. Aduh!

Keesokan paginya, kami turun sarapan. Alhamdulillah, ramai juga orang. Hari Jumaat. Esoknya weekend, ramai yang ambil peluang bawa keluarga santai-santai hujung minggu.

Menu sarapan banyak masakan Pantai Timur. Nasi Lemak, Rendang, sambal bilis dan sedikit kuih-muih. Roti bakar, cornflakes, buah apa semua tu adalah. Yang simple-simple je. Overall ok lah.

Selesai sarapan, kami pun bersiap-siap checkout. Mr Hubby dah mula sibuk semula.

2 hari 1 malam ‘staycation’ di Holiday Villa Cherating yang alhamdulillah puas hati walaupun masa tu singkat je. Next time kita ‘staycation’ lagi.

Untuk yang berkunjung ke Pantai Timur, epecially Kuantan ke, bolehlah menginap di sini. Harganya affordable  Hawa rasa (rate RM150-500++) ikut jenis penginapan dan tarikh yang dipilih. Gunalah trivago. Eh!

Selain lokasinya strategik , banyak kemudahan-kemudahan berhampiran Holiday Villa Cherating. Tempat makan best-best di luar hotel pun banyak. Sesuai juga untuk family day, meeting dan seumpamanya. Pendek kata, hotel dan resort tepi pantai ni memang bestlah.

InsyaaAllah ada masa nanti, kami pun nak juga datang lagi ber’staycation’ di sini. Tq banyak-banyak kepada semua staff yang sangat friendly melayan kami. Sekian.

2 thoughts on “Menikmati Free ‘Staycation’ Di Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!