Masak Lemak Cili Api Daging Salai Paling Sedap Di Zaini Salai House

Minggu lepas, ikut En Hubby hantar dokumen company di Putrajaya. Tak mahu melangut seorang kat rumah time weekend, kita ikutlah.

Setelah selesai semua urusan, jam dah menunjukkan ke angka 4 petang.

” Tak naklah lalu KL, jem karang,”. Daku dah sibuk fikir dah tu. Perut pula mula berdangdut.

Sarapan tadi dah makan berat tapi, lapar balik ni. Perut nasi. Hehe.

Bincang punya bincang, kami pun decide balik Kemaman ikut Kuala Pilah.

“Abang pun lapar juga ni. Nak makan kat mana?”. En Hubby pun mula buat muka seposen. Lapar lettew.

“Jap google kat mana best “. Senang jawapan kau jahh. Haha.

Masa tu teringin nak makan masak lemak cili api daging salai. Macam sedap je rasa. Dah alang-alang lalu nogori kan. Tapi seram juga takut pedas. Kami ni tak makan pedas sangat.

Cari punya cari, jumpalah Zaini Salai House. Glamour dah pun kedai makan ni. Kami je tak pernah sampai.

So, kami decide ke situlah tujuannya mengisi perut. Kebetulan, memang dah lalu jalan Ulu Bendul , jadi malas nak fikir banyak.

‘Sedap sangat ke? Kang pedas sangat-sangat macam mana?’

Risau juga.

Dalam duk risau tu, sampailah di kedai tersebut.

zaini salai house
Dari Kuala Pilah , kedainya sebelah kanan. Tak jauh dari Pusat Rekreasi Ulu Bendul. Kedai dibuka seawal 8.30 am – 6.00 pm setiap hari. Boleh tengok waktu operasi setiap hari di Facebook Zaini Salai House.

 

Kedai ni konsepnya layan diri.

zaini salai house
Layan diri ye awak. Nanti pekerja datang kira okey.

 

zaini salai house
Lauk-pauk yang tersusun. Masa sampai dalam jam 4 lebih tu, tak ramai orang dan lauk juga dah banyak yang habis. Nasib daging salai banyak lagi. Hehe.

 

zaini salai house
Bahagian air. Kami minum air kosong je sebab ambik nasi banyak dah ni. Terlebih glukosa pulak. Haha. (pura-pura insaf).

 

zaini salai house
Bahagian hujung kanan kedai ada gerai ABC, Cendol, Milo Ais Kepal. Boleh order kat situ kalau rasa nak minum.

 

Kebanyakan lauk menggunakan teknik salai. Inilah caranya nenek moyang kita simpan makanan lebih lama.

Dulu tak ada peti sejuk kan. Sama ada salai, keringkan (ikan kering, bilis etc) atau fermentation (fermentasi) macam ikan pekasam, budu dan lain-lain. Itu yang Hawa ingatlah. Kena buka buku balik la ilmu nih. Lama tinggal. Kihkihkih.

Ok, dipendekkan cerita bab makan kat kedai Zaini Salai House ni, MasyaaAllah ! Lepas je ambik makanan tu, kami tak senyum sembang apa dah. Makan dengan gembiranya.

 

Zaini Salai House
Masak Lemak Cili Api Cendawan. First time makan tau. Sedap gila. Rasa nak gi tambah, nak ratah gitu je, tapi  perut bagi warning dah . Over! Over! Kau janji nak diet. =)-

 

zaini salai house, masak lemak cili api daging salai
Ni yang duk cari tu. Terliur  lama dah. Cukup rasa lemak, masin, pedas. Dagingnya lembut, juicy dan ada aroma khas salai tu. Fuh ! Makan tak boleh bawa bincang. Laki nak makan banyak pun rasa macammm….”Janganlaahhh, saya nak makan banyak awak! Awak ambik yang lain”. Haha.

 

zaini salai house
Makan dengan salad je pun sedap. Hari ni tak ada ‘suku-suku separuh’ ye! Dua ketul bebola ayam tu, entah bila pula En Hubby pergi rembat. Ada juga bahagian nugget, chicken ball semua tu ye.

 

zaini salai house, masak lemak cili api daging salai
Naaahhh. Close up Masak Lemak Cili Api Daging Salai favourite Hawa. Nampak pun juicy kan?

 

Zaini Salai House
Sempatttt sambil gi basuh tangan kat sinki dia pesan ABC. Tadi dah janji tak nak minum air manis. Hawa tumpang juga lah sikit. Hahaha. Mana maunya kan. Ish !

 

zaini salai house
Partner in crime. Pah ceroh tak jadi diet. Haha.

 

zaini salai house
Setiap meja tu ada tapai. Tapi kami bukan peminat tapai. So, tengok saja jelah.

 

Sebenarnya ada bahagian ulam-ulaman, sambal belacan, sambal tempoyak tapi terlupa pulak nak ambil gambar mereka tu. Semua sedap. Ulam-ulam tu cicah sambal tempoyak atau sambal belacan memang ‘nyakut moleklah’  (baca: sedap sangat) kalau orang Kelantan cakap. Plus budu ! Hehe.

Pedas! Ya, memang cukup rasa pedasnya tu. Nama pun masak cili api kan. Tapi, kami yang tak makan pedas ni boleh terima. Macam mana eh nak cakap? Masakannya bukan yang pedas bengang tu atau yang menyebabkan sakit perut. Haa gitu. Tak tau nak cerita. Orang kurang makan pedas sangat tau kot kan macam mana. Haha.

Apa yang Hawa boleh buat kesimpulan adalah :

  1. Resipi nogori turun temurun lebih 30 tahun di Zaini Salai House ni memang sedap. Kena dengan taste K. Wa.
  2. Lokasi kedai pula senang nak cari. Tepi jalan utama je. Parking juga banyak, senang nak park kereta. Sembang dengan pak cik yang jaga lauk tu, (Tak sempat tanya, entah-entah owner. Haha. Macam bukan. Maafkan daku). Dia kata akan dibuka lagi satu kedai di Senawang nanti, InsyaaAllah. Bolehlah singgah di Senawang pula.
  3. Pilihan lauk yang sangat banyak. Rasa nak cuba semua je. Nampak sedap belaka masak lemak cili apinya tu. Kena duk situ seminggu lah gamaknya nak try belaka.
  4. Overall, layanan, lokasi, rasa semua best. Harga juga sangat berbaloi. Kami makan banyak tau. Sangat berbaloilah bagi kami. Sebanyak-banyak salad yang kami ambik 50 sen je dia kira.

 

zaini salai house
Ni haa bukti. Haha.

 

Ada satu je yang menyesal. Sampai rumah pun duk teringat lagi. Kenapa laaaa aku tak ambik je tadi?

Sebenarnya dah tengok ada daging salai yang dah dipack cantik dalam freezer. Untuk dijual lah kan. Tengok saja. Dah jalan  jauh baru menyesal. Kenapa tak beli je? Bolehlah masak cili api versi Hawa pulak kat rumah kan. Nak salai sendiri memang tak lah.

Tak apalah. Itulah namanya rezeki. Lain kalilah singgah, moga ada rezeki bolehlah grab sebungkus dua. Amin.

Selesai episod makan kali ni. Bulan Julai ni nak diet konsisten dah. (Dari tahun bila entah cakap nak konsisten ni. Haha). InsyaaAllah ada rezeki nak singgah lagi Zaini Salai House ni.

Sesiapa yang nak cuba Masak Lemak Cili Api Daging Salai, singgahlah kedai ni. Paling sedap yang pernah Hawa rasa. (taste dakulah ye yang cerewet ni, orang lain ku tak tahu).

 

Ni detailnya boleh tengok dan guna waze je :

No. 33A Kampung Ulu Bendul, Jalan Seremban – Kuala Pilah
Tel : 013-488 6491

Facebook : Zaini Salai House

atau layari www.zainisalaihouse.com

Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!