Mamatin Kitchen : Shell Out Paling Kena Dengan Selera

Mamatin Kitchen : Shell Out Paling Kena Dengan Selera | Aku jarang juga nak makan shell out ni sebenarnya sebab jujurnya perut aku agak sensitif nak makan macam-macam like campur-campur itu ini. Tapi, kali ni aku try lah sebab Mamatin Kitchen ni kira macam baru juga lah buka di Kemaman hujung tahun 2020 . Kita try ok! Geng suka makan tapi nak diet. Itulah aku sebenarnya. Haha.

shell out kemaman, kedai makan popular kemaman
Inilah tempatnya. Paling hujung tepi jalan. Senang nak parking kereta.
Mamatin Kitchen,shell out kemaman, kedai makan popular kemaman
Inilah ownernya. Muda lagi dalam 30-an gitulah umurnya.

Aku dengan partner makan aku sampai di kedai ni lebih kurang jam 6.00 petang gitu. Orang pun tak ramai lagi. Musim Covid-19 pun satu hal juga sebab tak boleh ramai-ramai sesak kat dalam kedai kan. Dah ikut SOP semua, kita orang pun duduklah sambil dengar ada orang busking kat kedai makan setentang dengannya. Meriah !

mamatin kitchen, shell out kemaman, kedai makan popular kemaman
Alia. Gadis manis yang ambil order. Malu-malu aku snap gambar dia. Haha.
mamatin kitchen, shell out kemaman, kedai makan popular kemaman
Ini menu yang ada. Selain shell out, ada juga western ya. Boleh pilihlah mana suka. Harga sangat berbaloi.
mamatin kitchen, shell out kemaman, kedai makan popular kemaman
Set Talam pun ada awak ! Berbaloilah nak makan satu family.
mamatin kitchen, kedai makan popular di kemaman, shell out kemaman
Sambil tunggu hidangan utama siap, aku makan keropok lekor dulu. Hahaha. Kaki makan beginilah.

Sebelum tengok menu yang aku order, which is Shell Out Set B tu, mari kita cuci mata tengok antara makanan sedap-sedap di Mamatin Kitchen yang kau orang boleh order ya.

Aku pilih Set B tapi makan 2 orang ! Naya sungguh. Tahu tak kenapa ? Pointnya aku nak makan Ikan Siakap tu je. Set A tak ada ikan. Haha. My favourite. Apa faedahnya datang makan kat kedai kalau tak boleh makan apa yang kita suka kan? Lama dah kot plan nak datang sini. Jadi, rugilah sedikit di situ, patut nasi portion untuk 4, tapi jadi 2 je lah. Namun, seronoknya boleh tambah nasi bila-bila masa kalau nak. Kabo jer.

Dan…oleh kerana aku merupakan tetamu istimewa (kahkah!) istimewa la sangat kan, tuan kedai siap bagi kek, durian crepe, dan buah durian lagi. Kebetulan ada. Allahu ! Murah sungguh rezeki makan aku hari ni. Alhamdulillah.

mamatin kitchen, shell out viral kemaman, kedai makan popular kemaman
Semuanya berasaskan durian. Sedap !

Alhamdulillah rezeki makanan yang sedap-sedap, rezeki dikelilingi orang baik-baik dan murah hati. Aku mengalami tahap kekenyangan tak boleh nak cakap dah. Berjalan pun rasa macam berat badan aku ni.

Selalu aku akan cakap gini lepas makan terlalu kenyang, tapi sebulan dua lepas tu aku makan terlalu kenyang lagi dan lagi. Hahaha.

Macam mana eh, orang yang buat food review atau youtuber yang buat content pasal makanan tu lepas tu makan banyak-banyak. Tak senak ke perut deme ye?

Sebu sis kalau makan banyak ! Hahaha.

Hampir 1 jam 30 minit aku di Mamatin Kitchen. Total semua yang aku makan dalam lebih kurang RM 60 ( Shell Out Set B, Keropok Lekor dan 2 air yang aku dah lupa air apa..haha). Berbaloilah aku rasa sebab portion tu untuk 4 orang makan. Aku je makan 2 orang. Menyesal pun dah tak guna sebab terlanjur sedap dan kekenyangan. Aiyooooo !!

Dah masuk waktu Maghrib, on the way balik aku singgah surau berdekatan takut sampai rumah terlalu lewat. Sipi-sipi nak masuk waktu Isyak. Naya !

Dan kalau kau orang nak tahu betapa siksanya aku Solat Maghrib dalam keadaan terlalu kenyang begini. Serius tak dapat nak khusyuk langsung bercampur mata yang dah nak layu.

Okay lah, malas nak celoteh panjang. Kepada mereka yang nak cuba shell out dan menu-menu western di Mamatin Kitchen bolehlah ke alamat ini :

No. 118 Jalan Putra A/4 Taman Bandar Putra Kg Mak Lagam, 24000 Kemaman, Terengganu.

(Waze saja lah Mamatin Kitchen)

Selain itu, anda juga boleh menggunakan khidmat Food Panda. Tunggu saja di rumah, hotel, homestay dan sebagainya di mana anda berada. Insyaa-Allah puas hati dengan rasa makanan dari kedai makan ni dengan harga yang sangat berbaloi. Jaga SOP. Stay safe everyone !

Moga Mamatin Kitchen terus maju.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!