Makan Wall’s Strawberry Cheesecake Ice Cream Sampai Perut Rasa Sebu

Aiskrim Wall’s Strawberry Cheesecake ni Hawa ‘pulun’ makan dua minggu lepas sebelum keputusan untuk intermittent fasting dan eat clean dibuat.

Namanya Strawberry Cheesecake ya. Rasa masam, manis , lemak berkrim dan sejuk. Memanglah sejuk. Namapun aiskrim.

Kami suami-isteri telah menghabiskan 2 bekas aiskrim tersebut. Satu minggu satu bekas. Hal yang tidak pernah kami buat sebelum ini. Kami bukan peminat tegar aiskrim. Makan untuk rasa je biasanya. Satu bekas bulat tu mungkin bertahan dalam peti ais dalam sebulan dua juga. Kali ni habiskan 1 bekas sekali makan. Dah lepas makan, sebu sungguh perutku. Dah habis sebekas, beli lagi satu bekas minggu berikutnya. Haha.

Dalam tu ada keratan buah strawberry bersama syrup perisa strawberry juga walaupun sikit sangat. Ada potongan-potongan dadu kek yang bila makan ais krim tu kita boleh kunyah-kunyah dan cakap , “Aaaaa sejuk!”. Lepas tu ulang lagi sudu kedua, ketiga sampai habis sambil bersembang.

Harga aiskrim ni RM13++ (750ml). Kami beli kat Giant je.

Memang kena dengan tekak kami. Makan tanpa ada rasa muak macam aiskrim perisa lain. Sebab ada rasa masam-masam strawberry, rasa cheese dan kunyahan strawberry dan kek tu kot. Alhamdulillah habis dua bekas. Banyaklah gula, lemak yang dikumpulkan.

Jadi, marilah kita insaf. Lepas dah dapat BMI cun, kita reward makan aiskrim ni lagi sebekas dua ye bang! Eh! Haha. (Mohon jangan tiru cara ini. Sayangi diri anda. Hehe).

Sebelum insaf, mari kita tengok bagaimana bentuk aiskrimnya itu. Kot-kot lepas kurus nanti lupa pulak.

Tempek sini dulu la gambarnya. Wuuuu sedappp!

 

aiskrim walls
Sedap !

 

aiskrim walls
Nampak tu lapisan merah tu, dan ketulan-ketulan kek tu kan?

 

aiskrim walls
Bila disudukan untuk masuk ke mulut. Haaaa.

 

Bolehlah try kalau belum makan lagi. Saja je share aiskrim yang kami rasa sedap. Hehe.

2 thoughts on “Makan Wall’s Strawberry Cheesecake Ice Cream Sampai Perut Rasa Sebu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!