Kuetiau Goreng Basah Special Udang Gemuk Di Z&R Station Pantai Kijal

Kuetiau Goreng Basah Special Udang Gemuk Di Z&R Station Pantai Kijal | Kuetiau Goreng Basah atau nama lainnya “Char Kuey Teow” dah jadi makanan yang selalu disajikan di mana-mana restoran atau gerai makan pun. Kali ni Hawa nak share yang Hawa makan di Z&R Station Kijal pula.

kedai makan best kemaman

Kami sampai di kedai ni setelah berfoya-foya di Pantai Penunjuk Kijal. Lebih kurang jam 6.15 macam tu lah.

 

kedai makan best kemaman

Ruang dalam kedai. Cantik kan ?

kedai makan best kemaman

Kami duduk sekejap je dah penuh orang datang makan.

 

kedai makan best kemaman

Ada nampak Mommy happy ? Hahaha.

 

Antara menu terbaik di Z&R Station ni ialah :

  1. Kuetiau Goreng Basah
  2. Lamb chop
  3. Sangkaya
  4. Chicken chop

Banyak lagi menunya tu. Pelbagai jenis masakan western dan tidak terkecuali Nasi Lemak pun ada. Bolehlah datang sini makan-makan ye. Sebenarnya kes lupa nak snap gambar menunya tu. Hahaha. Tapi, Kuetiaw Goreng Basah tu signature kedai makan nilah kiranya.

Kedai makan best kemaman

Makan sangkaya dulu sebelum menu utama dihidangkan.

 

kedai makan best kemaman

Sedap !

 

kedai makan best kemaman

Ini dia Kuetiau Goreng Basah tu. Tak sabarnyaaa nak makan.

 

kedai makan best kemaman

Itu dia beberapa ekor udang gemuk yang ada dalam Kuetiau Goreng Basah. Sekali dengan telur mata tu yang seolah-olah merenung manja. Aww!

 

kedai makan best kemaman

Chicken Chop . Blackpepper saucenya sedap sungguh !

 

kedai makan best kemaman

Minum air suam je. Mango Juice tu Encik Suami punya. Tapi, sis rembat juga seteguk dua. Alaaaa…share la kan. Hehe.

 

Hari ni Jumaat kan? Tak boleh nak tulis panjang (Ceh!Alasan), jadi Hawa buat kesimpulan sajalah ye.

Kesimpulannya :

  1. Suasana kedai yang best berdekatan dengan Pantai Penunjuk Kijal, betul-betul di simpang 3 jalan nak ke pantai.
  2. Kedai bersih dan selesa dengan angin sepoi-sepoi bahasa.
  3. Layanan pun best walaupun ramai pelanggan, masa menunggu order tu taklah lama mana.
  4. Makanan yang pelbagai dan sedap.
  5. Harga yang berpatutanlah bagi Hawa. Standard harga makanan di Kemaman. Total untuk menu-menu kami di atas ialah RM26.00 sahaja.
kedai makan best kemaman

Keluar dari kedai dah Maghrib, cepat-cepat balik (rumah kami dekat je sebenarnya dengan kedai ni dalam 2KM macam tu je).

 

Untuk yang nak cuba masakan Z&R Station ni atau kebetulan lalu area Pantai Penunjuk Kijal ni semasa bercuti bolehlah singgah ya.

Ada dua Z&R Station sebenarnya :

1.Di Pantai Penunjuk Kijal

Buka bermula lebih kurang jam 6.30 petang – 11.30 malam – Khamis tutup.

Contact No : 013-999 4323

 

2. Belakang Mr DIY Bandar, Jalan Tiong, Kampung JakarĀ  Chukai

Buka 8.00 pagi – 3 petang, kemudian 5.00 petang – 12.30 pagi – Rabu tutup

Contact No : 018-668 2920

Maaf sedikit pesanan untuk yang nak singgah menjamu selera. Rasanya ramai dah tahu bahawa Hari Jumaat 12.30 tengah hari semua kedai di Terengganu akan tutup. Jangan datang time ni pula walaupun ada yang tak diwajibkan Solat Jumaat. Hehe.

Selamat menikmati makanan sedap di Kemaman ni. Moga bermanfaat untuk yang mencari kedai-kedai makan best di sekitar Kemaman.

Bye ! Nanti Hawa ajak suami pergi makan-makan lagi okey. Diet ? Oh ! Noooooo….habislah!

You may also like

5 Comments

  • Nurhidaya

    Wahhh bestnya nampak kuew tiau bawah tu.. meriah pulak dgn udang tu..
    Nurhidaya recently posted…Satu Nama Tetap Dihati (Lirik) Eye CoverMy Profile

    January 12, 2020 at 10:57 am Reply
    • Hawa Hassan

      Haha..aah meriah jugak udangnya tu.

      January 20, 2020 at 1:48 pm Reply
  • Dwi Wahyudi

    Tampak sedap sangat die punye foto2 menu masakan. Salam kenal dari Blogger Kalimantan ya…

    January 23, 2020 at 10:03 pm Reply
  • siti hazreen

    wah, boleh try lamb chop nanti ni.
    siti hazreen recently posted…Cara Simpan Duit Dalam Akaun Tabung HajiMy Profile

    January 24, 2020 at 9:41 am Reply
    • Hawa Hassan

      Sedap juga tu. =)

      January 29, 2020 at 10:01 pm Reply

    Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Content is protected !!