Kisah Penyapu Patah Dua Dan Murung Tak Dapat Pergi Kedai ECO

Kisah ini berlaku pada dua minggu lepas. Tengah-tengah ralit menyapu dalam rumah, praaaakkkkkk! Aiyya, penyapu patah dah. Punyalah ganas kemas rumah tu kan. Nak buat macam mana, hakak bukanlah orang yang lembut lemah gemalai gitu. Lagipun, penyapu ni dah lama guna. Dah sampai masanya diganti baru.

Jadi, bermulalah perbualan dengan suami pada petang hari tersebut.

Suami  : Ganasnya awak! Sampai patah tu penyapu.

Isteri     : Itu tanda saya rajin menyapu. Bang, jom kita beli penyapu kat kedai dua riyal.

Suami  : Eco????? (tanda soal banyak tu ada makna).

Isteri     : Aah, serius nak beli penyapu je. Saya suka penyapu kat kedai tu.

Suami  : Takyahlah. Eco jauh dengan rumah kita. Kita singgah yang dekat jelah.

Isteri     : Betul juga. Kalau ada dekat rumah best juga.

Suami  : Mintak-mintaklah jangan ada.

Dia punya risau tu sabar jelah.

Bang, tak perlu risau kot, sejak saya berjaya kemas bilik yang dah macam stor dengan barang-barang pindah tempohari dan buat proses sisihan secara besar-besaran bulan lepas, keinginan untuk beli itu ini dah kurang bahkan ada ketika tu, tak ada langsung!

Sungguh! Apabila kita sudah mengemas dengan betul, kita akan tinggalkan barang-barang yang kita perlukan sahaja dalam rumah.

Selesa dengan rumah yang tak sesak barang, tak payah nak kemas beria. Nak deko-deko minimalis pun senang. Jimat masa dan tenaga.

Apa yang Hawa boleh belajar daripada proses sisihan juga adalah :

  1. Kita rasa cukup dengan apa yang kita ada. Rupanya banyak sangat yang kita ada, kalau tak buat sisihan kita tak sedar. Pada Hawa, rasa cukup ini penting sebab ianya menambahkan lagi rasa syukur terhadap nikmat pemberianNya.
  2. Rasa nak membeli barang tak perlu tu dah kurang. Jiwa terdidik dengan prinsip apa yang kita beli mesti guna, mesti memberi manfaat sebab nanti ada tanggungjawabnya di sana. Kalau beli tapi tak guna, itu membazir. Lebih baik berikan kepada mereka yang perlukan. Iya kan?

Akhir cerita, dapatlah hadiah sebatang penyapu Mr Diy berhampiran dengan rumah.

penyapu kedai eco

Penyapu dalam rumah. Penyapu bahagian dapur tak patah lagi! Haha.

 

Tak dapat ke Kedai ECO cuci mata pun tak apa, Mr Diy pun boleh. So, tak jadilah nak murung. Ingat buat-buat murung boleh claim cheese cake barang seketul! Haha.

Nak panduan buat sisihan barang rumah dan apa nak buat sebelum deko rumah sempoi-sempoi boleh baca tulisan Hawa yang ini.

Sisihkan Barang Rumah  Agar Proses Mengemas Jadi Lebih Mudah

You may also like

3 Comments

  • Mr Engineer

    Penyapu kedai eco murah. Setakat penyapu, buat apa nak beli mahal-mahal kan?

    November 19, 2019 at 7:01 am Reply
    • Hawa Hassan

      Yaa. Saya suka penyapu dan peralatan seumpamanya dari kedai eco.

      November 19, 2019 at 7:31 am Reply
  • NURUL HUSNA BINTI AB RAHMAN

    Xleh masuk kedai 2 ringgit ngan DIY.. Aura lain macam

    May 18, 2020 at 8:13 pm Reply
  • Leave a Reply

    CommentLuv badge

    error: Content is protected !!