Kerabu Bayam Brazil Dengan Mempelam Simple Tapi Mengancam !

Kerabu Bayam Brazil Dengan Mempelam Simple Tapi Mengancam ! | Hasil sulung bayam brazil tanaman tempohari. Cepat betul ‘mereka’ membesar. 4 pasu kecil dapat sebesen sederhana. Separuh dah buat ulam cicah sambal belacan. Ada lagi satu bekas simpan dalam peti.

 

Tips simpan Bayam Brazil agar tahan lama : Masukkan dalam bekas bertutup yang kedap udara. Kemudian simpan dalam peti. Boleh tahan sehingga 2 minggu.

 

kerabu bayam brazil
Masih segar-bugar lagi. Sedap ni buat ulam.

 

Kali ni rasa teringin nak makan Kerabu Bayam Brazil. Macam sedap je. Godek-godek tengok resipi, teringat resipi yang dikongsi oleh teman Hawa , Puan Suhaida di FB milik beliau. Tulis sinilah untuk rujukan di masa hadapan. Resipi ini pun sudah diolah sesuka hati daku sebenarnya. Hehehe.

Kerabu Bayam Brazil Dengan Mempelam

Bahan-bahan :
Sebiji mempelam epal diparut halus
Secekak bayam brazil (ikut suka je sebenarnya)
8 biji cili padi (kurangkan kalau tak suka pedas)
2 biji cili besar
4 ulas bawang merah
Belacan sebesar ibu jari
Kelapa parut RM1
Santan RM1
Udang kering (nak guna ikan bilis pun boleh tapi sedap lagi kalau guna udang)
Gula dan garam secukup rasa

 

Caranya :

  1. Tumbuk cili padi, cili besar, belacan, seulas bawang merah dan kelapa parut.
  2.  Gaul kesemua bahan tumbuk dengan mempelam, bayam brazil (bayam brazil kalau nak hiris bagi halus sedikit pun boleh) udang kepal, bawang merah yang dimayang serta santan.
  3. Perasakan dengan garam dan gula. (Untuk yang nak jaga kesihatan boleh ganti dengan stevia dan garam bukit pink Himalaya).
  4. Siap untuk dimakan.

Mudah je kan? Bolehlah buat banyak-banyak untuk jadi snek petang-petang sambil berbual dengan ahli keluarga, jiran-jiran dan rakan taulan semua lah.

kerabu bayam brazil
Lemak, masam , manis, masin pedas. Cukup semua rasa. Makan tak toleh kiri kanan dah kan?

 

Selamat mencuba !

Nak tanam Bayam Brazil cara mudah boleh baca entri Hawa yang ini. Sempoi je, cara mak cik-mak cik tak reti berkebun. Haha. Dalam masa 2 minggu lebih tanam dah boleh tuai hasil dah.

 

Baca : Cara Tanam Bayam Brazil Mudah

4 thoughts on “Kerabu Bayam Brazil Dengan Mempelam Simple Tapi Mengancam !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!