Jom Rancang Cuti – Takwim Persekolahan Dan Cuti Perayaan 2020

Jom Rancang Cuti – Takwim Persekolahan Dan Cuti Perayaan 2020

Jom Rancang Cuti – Takwim Persekolahan Dan Cuti Perayaan 2020 | Sedar tak sedar tahun 2019 dah sampai ke penghujungnya. Sekejap sungguh rasanya masa berlalu.

Dah tiba masanya untuk merancang  tahun 2020 pula. Untuk merancang apa-apa, mesti nak tengok Takwim Persekolahan dan Cuti Perayaan 2020 kan ?

Ini adalah Takwim Persekolahan Tahun 2020 bagi Kumpulan A dan Kumpulan B seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

takwim persekolahan 2020

takwim persekolahan 2020Ini pula Jadual Cuti Perayaan Sesi Persekolahan 2020. 

cuti umum 2020

Oleh kerana kami ingin merancang beberapa percutian pada tahun 2020, kami ‘study’lah juga cuti umum dan cuti panjang hujung minggu bagi tahun 2020. Terima kasih kepada Cikgu Muhamad Fariez yang telah memudahkan ‘study’ saya. Beliau kongsikan senarai cuti panjang hujung minggu dari bulan Januari sehingga Disember tahun depan dalam bentuk jadual yang mudah.

Ini Hawa buat sendiri versi Negeri Terengganu  yang nak diprintkan nanti. Nampak bersungguh kan nak cuti tu? InsyaaAllah moga berjalan sebagaimana yang dirancang. Warga Terengganu juga boleh rujuk pengumuman asal di SINI.

cuti umum terengganu

Itulah tarikh-tarikh hujung minggu yang agak panjang untuk warga Terengganu ! Rujuk kalendar kuda masing-masing. Ianya penting bagi anda yang merancang untuk mohon cuti dan sebagainya.

Mungkin ada yang nak ziarah keluarga atau nak escape dari kerja-kerja hakiki saban hari yang menyesakkan minda dengan bercuti di pulau. Bolehlah ye. Jika ada kesilapan tarikh dan sebagainya, Hawa mohon maaf terlebih dahulu okey! Hehe.

Pada tarikh post ini ditulis, Hawa agak sedih sebenarnya sebab cuti Encik Suami masih berbaki 16 hari untuk tahun ini. Cuti yang boleh di ‘forward’kan ke tahun hadapan cuma 5 hari. Akan tetapi, kami tidak dapat nak travel ke mana-mana asbab kekangan kerja yang begitu banyak. Sabarlah !

Masa juga rezeki kan? Moga-moga ada rezeki masa untuk kami di tahun 2020.

Jadi, untuk tahun ini terpaksa tangguhkan dahulu segala perancangan untuk pergi bercuti. Tak apa, InsyaaAllah next year tabung travel kami jadi gemuk sikitlah sebab campur dengan yang tahun ini punya.

Moga ada rezeki travel dan umrah tahun depan. Amin. Doakan ya!

2 thoughts on “Jom Rancang Cuti – Takwim Persekolahan Dan Cuti Perayaan 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!