Hotel Bajet Yang Selesa Di Senawang : OYO 498 D&F Boutique Hotel

Kisahnya En Hubby ada site visit di Petronas Gas Berhad Seremban. Jadinya, kami cari hotel bajet yang terdekat just untuk tidur satu malam sahaja. Keesokan harinya terus nak balik kampung di Pahang ikut jalan Kuala Pilah. So, jumpalah OYO 498 D&F Boutique Hotel.

Cantik. Itu first impressionku.

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Staffnya sangat friendly. Cepat je urusan di kaunter. Hawa suka dekorasi di lobi hotel.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Ada 2 cermin besar di lobi hotel memberi kesan luas pada lobi hotel.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Rate harga bilik-bilik di OYO D&F Boutique Hotel. If buat tempahan melalui Agoda, booking.com atau lain-lain platform lebih murah. Biasa Hawa booking di agoda.com atau booking.com je. Trivago tak membantu pun. Kahkahkah ! Maafkan saya.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Cuma, takde lift tau! Tangga agak tinggi. Kalau bawa anak-anak mencabar jugalah. Untuk dewasa yang sihat baguslah untuk exercise.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Bilik yang bersih, agak luas, dekorasi yang cantik dan tidak ada bau pelik atau  bau kepam. Kadang tu, pergi hotel banyak bintang pun, ada juga yang bau karpet yang tak best. Lagi tak best kalau ada bau rokok. Uwaaa!

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Toiletnya luas dan bersih. Siap ada selipar toilet lagi.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Cuma ada perabot asas sahaja seperti meja,kerusi, meja sisi katil dan tempat gantung baju. Ada wifi juga. Luas biliknya tu boleh solat berjemaah berdua. Ok lah kan.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Towel

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Kelengkapan di bilik air. Ada shower foam + shampoo, lotion dan sabun ketul tu haa. Haha.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Not bad untuk hotel bajet. Ada mineral water dan minuman biasa coffee, tea. Hawa jarang nak minum pun. Mineral water tu jelah. Cincin tu takde ye. Itu Pakwe I bagi. Hehe.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Ada berus gigi dan ubat gigi, sikat, shower cap dan cotton swab. Jarang juga kan hotel bajet bagi sikat nih. Hehe.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Part ni menarik ! Jujurnya, jarang Hawa tengok hotel tampal benda gini. No vandalism and drugs.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Benda ni pun ikut tema merah putih.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Hiasan di wall ada lukisan ni. Cantik! Fefeling duk negara matahari terbitlah kot kan.

 

OYO D&F Boutique Hotel Senawang
Lampu buluh ni cantik je tergantung. Di bahagian atas tempat gantung baju tu ada 1 extra bantal yang boleh digunakan.

 

Secara keseluruhannya, kami suka hotel ni. Di samping kebersihan, staff yang friendly, bilik yang selesa untuk rehatkan badan pada waktu malam, dekorasi yang minimalis dan cantik, OYO 498 D&F Boutique Hotel ni juga terletak di lokasi yang strategik. Sebelah hotel ada kedai-kedai makan since hotel tak sediakan pakej breakfast. Pagi-pagi jam 7.00 kami dah makan Nasi Lemak. Haha. Ianya juga hanya 6-10 minit sahaja jaraknya ke Petronas Gas Berhad Seremban.

Untuk mereka yang perlukan rehat semalam dua di Senawang, bolehlah consider OYO 498 D&F Boutique Hotel ni. Kami ambik standard room sahaja. Harganya RM89 je masa tu.

My husband tanya OYO tu stand for apa? Haha. OYO = On Your Own. OYO Rooms is actually a chain of modified budget hotels. Gitulah. Harapnya dapat membantu mereka yang nak cari tempat bermalam mur-mur sekitar Senawang.

2 thoughts on “Hotel Bajet Yang Selesa Di Senawang : OYO 498 D&F Boutique Hotel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!