Hantu Chocolate Wajib Rasa Cookies Dari Meltkies Ni. Sedap Dan Murah!

Hantu Chocolate Wajib Rasa Cookies Dari Meltkies Ni. Sedap Dan Murah! | Aku memang mengaku bahawasanya aku ni hantu coklat. Kalau bab cookies, hanya yang bercoklat je aku makan. Kalau yang lain-lain tu tak berapa sangat. 

Ini kisah Premium Homemade Cookies by Meltkies. 

Pertama kali rasa masa Raya Puasa tempohari. Ada someone beli hadiahkan untuk aku. Best juga kan dapat hadiah cookies? Hehe. 

Mula-mula tu aku macam…”Ooo, cookies coklat eh? Macam yang aku makan sebelum-sebelum ni la kot”.

Tapi, bila dah start buka satu persatu, sudahhhhhh!  Seriously aku tak boleh berhenti makan. Asal lalu je multipurpose rak aku yang aku susun biskut-biskut raya tu, memang laju je tangan ni tarik balang cookies Meltkies ni. 

Sudahnya, cookies by Meltkies ni yang licin dulu. Yang lain tak terusik sangat. 

Kenapa beli banyak biskut raya ni? Kau panggil jiran datang beraya ke Hawa oii? 

Takkk. Aku beraya kat rumah sendiri tahun ni coz of MCO, rentas daerah pun tak boleh, itu sebabnya aku beli cookies macam-macam. Just nak rasa seronok preparation raya dan nak release perasaan tak best sebab tak boleh balik rumah bonda. 

Nak ambil mood berhari raya ni bukan senang dalam keadaan hati sedih dan risau teringat bonda di red zone Covid-19. I bet masing-masing kita ada cara tersendiri nak kurangkan kesedihan tu kan.

Panjang pula kisah raya aku. Haha. 

Ok, back to cookies by Meltkies.

Minggu ni aku order lagi, melengkapkan 5 jenis cookies yang dikeluarkan brand ni. Sebelum ni aku baru rasa 3 jenis je.

Cookies by Meltkies ni bukan hanya time raya je boleh order ya, boleh order bila-bila masa je.

Nah, belanja gambar cookies yang sedap-sedap semuanya.

Ada dua lagi. Pun sedap dan ranggup juga. Maaf untuk yang sedang berdiet. Hahaha.

Selain dari sedap , aku suka cookies by Meltkies ni sebab harganya yang berbaloi dengan bahan premium yang digunakan. Nak jimat lagi, kalian boleh beli set-set combo yang Meltkies offer. Murah kot nak banding dengan cookies yang ‘berjenama’ di luar sana. Hihihi malas nak cerita.

Kalau kalian nak rasa atau nak buat hantaran, hadiah dan sebagainya cookies by Meltkies ni bolehlah terjah Instagramnya @meltkies atau hubungi saja nombor :

017 664 7074

Review ikhlas dari aku. Benda tak betul-betul sedap aku tak akan share ye! Apa pun bergantung kepada selera masing-masing.

Jom support local bisnes. Ramai yang terjejas sepanjang Covid-19 ni. Moga semua baik-baik saja untuk teruskan kehidupan. Stay safe!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge
error: Content is protected !!