Giveaway Hasrulhassan.Com – Wang Tunai Dan Premium Blogger Template

giveaway-akhir-tahun
Klik banner untuk join tau!

Sejujurnya Hawa mengenali blogger Hasrul Hassan ni sejak 2013 kalau tak silap. Bermula dengan membaca entri-entri beliau yang setiap hari beliau update di blog. Hawa jadi silent reader je masa tu. Lepas tu upgrade sikit, kadang-kadang  join juga kawan-kawan yang lain mengomen. Baru belajarlah katakan. Hehe.

Kemudian ada satu fasa tu, acah-acah nak belajar buat blog. Orang buat blog kita pun nak buat blog juga. Haha. Yes! Time tu suka-suka je, blog tulis tentang personal life je macam diari gitulah. Jadi, apa yang tak reti buat di blog tu, hasrulhassan.com lah antara blog yang jadi rujukan sebab asal Google je naik blog beliau. Power kan?

Alhamdulillah sampai sekarang pun, kalau ada perkara yang Hawa perlukan panduan atau tutorial, Hawa akan berkunjung ke blog beliau. Senang betul nak belajar zaman sekarang. Semua di hujung jari, nak dengan tak nak je.

Kenapa pilih blog beliau blog beliau ye untuk jadi rujukan?

Antara sebab Hawa suka baca dan jadikan hasrulhassan.com sebagai rujukan dalam banyak perkara terutamanya berkaitan blogging adalah :

  1. Tips atau tutorialnya straight forward. Senang nak faham dan praktikkan.
  2. Tips dan tutorial kebanyakannya adalah yang terkini.
  3. Blog yang ringan bila dibuka di smartphone. Tak loading lama lah orang kata.
  4. Banyak juga info-info terkini dan pelbagai tips kehidupan yang beliau kongsikan menjadikan blog beliau sangat informatif.
  5. Menggunakan bahasa yang santai dan dekat dengan jiwa pembaca. Ayat tidak berbelit-belit dan mudah faham.

Semoga Tuan Hasrul Hassan terus istiqamah berkongsi ilmu di blog beliau. Terima kasih diucapkan dan mohon halalkan ilmu-ilmu yang selama ini digunakan.

Jomlah join giveaway yang beliau buat ni ye! Klik je banner kaler oren kat atas tu.

10 thoughts on “Giveaway Hasrulhassan.Com – Wang Tunai Dan Premium Blogger Template

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!