Masih terngiang-ngiang irama gendang silat yang bergema di tepi pantai diiringi deruan ombak dan angin sepoi-sepoi bahasa. Sungguh! Irama itu menghantui Hawa sampai ke hari ini.
Walaupun pelbagai irama muzik kontemporari muncul, tapi muzik tradisional ini tak boleh dilupakan. Ianya adalah warisan seni pusaka Melayu.
3 Oktober – 5 Oktober lalu, Hawa berkesempatan mengunjungi Karnival Main Ga’yong yang julung-julung kalinya diadakan di Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman.
Ga’yong (Ga-Yong) adalah istilah dialek Terengganu yang bermaksud bersilat. Istilah ini masih lagi digunakan oleh orang tua-tua di Terengganu.
Bagi mengekalkan istilah ini agar tetap digunakan oleh orang muda masa kini, PERSIMA ( Pertubuhan Persatuan Seni Silat Melayu Pantai Timur) mengambil langkah menjenamakan semula istilah ini. Jadi, untuk program-program akan datang pun akan guna istilah-istilah orang lama juga.
Pada Hawa, ianya sangatlah bagus sebab ini adalah salah satu cara untuk mengekalkan warisan atau tradisi kita, since anak-anak muda sekarang pun dah banyak beralih ke arah ‘hipstur’ dan sebagainya. Nak ‘hipstur’ ke macam mana pun tak salah, cuma warisan nenek moyang Melayu kita tetap dijunjung tinggi. Darah Melayu yang mengalir adalah darah pahlawan!
Berbalik kepada karnival tadi, Hawa sangat kagum dengan orang-orang lama dan juga golongan muda yang bergabung mengekalkan tradisi Melayu ini.
Ini kerana, penganjuran karnival kali ini menjadi tempat berkumpulnya perguruan-perguruan silat dari serata negeri semenanjung tanah air. Ingatkan Pantai timur je datang rupanya Perak, Selangor, Johor dan negeri-negeri lain turut datang berkumpul di Pantai Penunjuk Kijal.
Bahkan ada juga sahabat-sahabat perguruan silat dari Singapore, Thailand, Riau dan Batam, Indonesia. Sebanyak 95 persatuan silat yang hadir sepanjang Karnival Main Ga’yong ini.
Dengan tema “Ulama Dan Pendekar Berpisah Tiada” , sudah tentunya karnival seperti ini mengangkat serta mengembangkan seni warisan silat yang tidak bercanggah dengan syariat Islam. Fuh ! Rasa meremang pula ketika mengetik keyboard menulis ayat ini.
Hawa kongsi sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti sepanjang 3 hari Karnival Main Ga’yong berlangsung sebagaimana berikut :
3 Oktober 2019
Karnival bermula jam 2.00 petang . Mereka yang join karnival membuat persiapan tempat. Bahkan ada yang datang lebih awal. Ada pameran dan jualan keris serta senjata. Ada juga pameran dan jualan busana melayu. Gerai-gerai jualan produk tempatan pun banyak yang memeriahkan lagi suasana.
Pada waktu malam pula ada Malam Kesenian Islam. Haaa..bolehlah dengar alunan Qasidah Tok Limbung juga persembahan daripada Kumpulan Energy dan Kumpulan D’Green.








4 Oktober 2019
Karnival bermula seawal jam 9.00 pagi dengan pendaftaran peserta untuk sukan rakyat.
Pelbagai permainan sukan rakyat dipertandingkan. Fuh ! Seronok sebab bukan anak-anak je boleh join, mak-mak dan pak-pak pun boleh ikut serta. Memang meriahlah.
(Gambar-gambar sukan rakyat ini adalah dari page Ameerah Terengganu dan Ar-Rijal).





Sukan rakyat ini diteruskan sebelah petang pula. Menariknya, sebelah petang gelanggang silat pula dibuka. Karnival semakin meriah memandangkan hari ini Hari Jumaat, warga Pantai Timur sudah cuti hari minggu. Kena pula ada Pasar Tani di Pantai Penunjuk ini iaitu lokasi yang sama karnival diadakan. Bolehlah bersantai, membeli-belah sambil tengok pesilat-pesilat bersilat.
Gerakan-gerakan berseni para pesilat itu pastinya memukau penonton. Kalau nak tahu, nampak aje gerakan itu lembut seolah melibas angin, menyentuh manja menyapa mesra pihak lawan, tapi kalau betul-betul kena boleh pengsan tak bangun-bangun juga tu. Hehe.
Seperkara lagi, mereka yang bersilat ini sudah pastinya perlukan stamina yang tinggi. Gerakan yang lincah dan padu itu perlukan tenaga tak kiralah silat gayung, cekak mahupun silat olahraga. Hawa kagum ! Mereka semua fit belaka tak kira tua atau muda.







Seharian bersukan dan bersilat di siang hari, pada malam hari para pengunjung disajikan dengan Santai Ilmiah bertajuk Ulama’ , Pendekar dan Pejuang. Hawa tak join malam, biasalah golongan mak-mak kan. Tapi, Alhamdulillah dapat tengok ‘live’nya di facebook page. Ada yang share. Terima kasih sangat-sangat.
5 Oktober 2019
Hari kemuncak bagi Karnival Main Ga’yong 2019. Perasmian penutup oleh YB Dato’ Yahya Bin Ali Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.
Pada hari ini pameran-pameran masih diteruskan. Persembahan-persembahan silat dan demonstrasi pergendangan juga diteruskan. Ada juga Jamuan Rakyat Gulai Kawah Perdana. Semua pengunjung boleh menjamu selera di tapak karnival.
Momen paling best adalah, azan Zohor berkumandang di tengah-tengah gelanggang silat. Setelah itu, masing-masing solat. Lepas tu baru sambung bersilat atau aktiviti lain. Alhamdulillah, itulah yang sebaiknya.
Antara lensa karnival yang Hawa nak abadikan dalam entri ini. Boleh kan? Syukur sangat atas kesempatan yang Allah berikan. Jika tahun hadapan, karnival seperti ini diadakan lagi, belum tentu Hawa masih ada. So, enjoy!











“Saya mengajak hadirin terutama generasi muda agar mengukuhkan dan mempertahankan seni silat ini kerana ia merupakan aset pusaka bangsa kita”. Petikan ucapan YB Dato’ Yahaya Bin Ali.
Alhamdulillah, Karnival Main Ga’yong berakhir dengan jayanya. Mudah-mudahan akan diadakan lagi pada tahun-tahun hadapan. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Terengganu, Tourism Terengganu, PERSIMA, Jawatankuasa Penyelaras Dun Kijal , semua penganjur dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Terima kasih. Usaha kalian bukan biasa-biasa untuk memartabatkan seni warisan bangsa.
Kelat bukan sebarang kelat,
Kelat mengkudu ada khasiatnya,
Silat bukan sebarang silat,
Silat Melayu kaya falsafahnya.
Uwah seronoknyaaa event tepi pantai. Tapi sunblock takleh lupa pakai weiii. 3 hari pulak tu. Tapi tajuk mcm seram. Terus terbayang cerita pontianak harum sundal malam hahahahaha. Tapi dlm movie tu kuda kepang kut. Aaa lupa.
Nur @ DeCamellia recently posted…Chillax Market Tempat Santai Yang Awesome di EduCity Sport Complex, Iskandar Puteri
Haha tulah. Balik tempek bedak sejuk juga malam-malam.
Best nya silat. Dulu2 waktu sekolah join silat jugak tapi tak habis. Ni kalau join sekarang mau sakit2 urat. Muscle semua dah keras
Boleh test power semula tu Nana, muda lagi. Hihi.
waaa nice sharing sis hawa..rasa macam baca dalam blog kementerian pelancongan.
bagus acara ni lebih2 lagi untuk golongan muda sebab dengan ada pendedahan sebegini lah anak muda boleh kenal warisan dan budaya melayu.
Haha blog pelancongan pulak dah. Amin..amin..Memang betullah, kena buat selalu event kebudayaan macam ni supaya kita tak lupa warisan nenek moyang.
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..
Saya mencari perawat disekitar kelantan, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, setiap hari beratus-ratus benda halus di hantar kepada saya.
Mohon membantu saya, saya hilang upaya, email saya : tubuhsatu@gmail.com
Saya email Tuan yang mana saya tahu ya.