Farm Fresh Keluarkan Susu Segar Lactose Free Pertama Di Malaysia

Hawa memang penggemar susu. Tapi, setiap kali minum susu boleh jadi pengalaman buruk bagi . Apa tidaknya, kadang tu 3 harilah ulang- alik ke tandas. Perut kembung usah cakaplah. Menderita sangat.

Tapi sekarang Alhamdulillah dah jumpa susu segar yang khas untuk lactose intolerance.  Balik daripada rumah mertua minngu lepas, singgah Giant Kijal, beli barang dapur sikit. Selalunya, cuci mata dekat rak susu tu kan. Tengok jelah. Doktor dah warning, jangan minum susu kalau bukan yang lactose intolerance pumya. “Nanti perut awak jadi macam tong gas!”. Sampai hati doktor tu tau. Haha.

Jadi, tanpa harapan dapat beli susu, just nak tengok-tengok. Tapi… Eh! Betul ke apa yang aku nampak ni?

Di rak yang menempatkan perbagai jenis susu dan minuman itu, terselit Susu Farm Fresh yang tulis “This Is Lactose Free Fresh Milk !” Wohoooo ! Mata terus berbintang-bintang tengok muka Cik Abe. ” Ayang nak !”. Dia senyum je. Mudah betul bini aku ni happy. Dapat minum susu pun dia dah happy sangat-sangat dah. Senang nak jaga bagi dia gembira. Bagi hadiah susu je hari-hari. Kahkahkah.

Inilah dia Fresh Milk – Lactose Free tu .

susu segar farm fresh, susu untuk lactose intolerance
Gambar kat Giant tu tak sempat snap dah, tau-tau rembat masuk bakul je esited punya pasal. Tinggal 4 botol je tak silapnya susu tu, kurembat 3 botol tinggalkan 1 botol, kot ada yang mengidam. Nak ambil semua macam tamak sangat kan? Haha.

 

Apa kandungan Fresh Milk Lactose Free ni?

Nutritional Facts (per 100ml):
Energy – 65kcal
Carbohydrates – 4.3g
Total Fat – 3.8g
Protein – 3.4g

Sucrose – 0g

Lactose – 0g
Calcium – 122mg

Ingredients:
100% Fresh Cow’s Milk, Lactase

 

Sampai je rumah terus minum. Berair mata.

” Kenapa nangis pulak nih?” , tanya suami buat muka pelik.

” Saya dah lama cari susu macam ni. Saya suka susu tapi tak boleh minum susu biasa. Susu tepung ada la yang lactose intolerance punya. Kalau yang fresh ni baru saya jumpa, selama ni kat Giant sini takde pun. Happy la, sampai menangis. Allah baik sangat dengan saya”. Hawa jawab gitu. Husband diam je. Tersentuh la kot. Hahaha.

Sesungguhnya, kat Giant tepi kampung ni, bulan nilah kot baru nampak ada susu tu. Kat bandar-bandar mungkin dah lama lah ada.

Tak ramai sebenarnya orang dewasa yang menyedari bahawa mereka mengalami lactose intolerance bahkan ada yang tak tahu pun apa itu lactose intolerance atau alahan laktosa.

Meh Hawa story sikit lactose intolerance tu ‘gapo namo ghima’ (apa dia) ?

Lactose intolerance ni, keadaan di mana dalam sistem pencernaan manusia tu, ada sesetengah orang yang tiada atau kurang enzim lactase yang berfungsi untuk mencerna kandungan laktosa dalam susu.

Keadaan ini boleh berlaku sejak azali lagi memang perut dia takde enzim tu atau berkurangan seiring usia. Mudah fahamnya gitulah.

So, apa jadi kalau sistem pencernaan dia tak ada enzim laktase dan tak boleh cerna laktosa dalam susu?

Bila minum susu biasa, akan jadi kembung perut, tak selesa, sebu dan keadaan yang lebih teruk macam Hawa cirit-birit dari pagi sampai petang dan ada ketika sampai muntah-muntah. Perut berangin atau kembung.

Keadaan ini boleh berlaku selepas 1-3 jam minum susu dan berlarutan sehingga 2 hari. Ini mengikut pengalaman Hawa lah. Ada orang sekejap je. Ada orang masalah berlarutan sampai kena mengadap doktor. Lepas tu kena marah sebab cari penyakit ! Haha.

Okey itulah ceritanya lactose intolerance. Ianya boleh kita detect sejak dari kecil lagi sebenarnya. Ada kan baby yang tak boleh minum susu biasa, kena minum susu lactose free? Jadi cirit-birit, kembung perut dan sebagainya. Orang dewasa pun ada juga. Ok, jelas.

Ini susu yang dikeluarkan oleh Farm Fresh untuk mereka yang mengalami alahan laktosa. Ada 2 jenis :

  1. Fresh Milk – Lactose Free
  2. Skinny Low Fat – Lactose Free

Susu ini boleh didapati di pasaraya-pasaraya seperti Giant, Jaya Grocer, Mydin Mall dan banyak lagi. Ada juga Home Dealer untuk susu jenama Farm Fresh ni. Order je, sampai terus depan tangga rumah tau!  Boleh search je di Facebook dan Instagram, Home Dealer atau Agent atau Stokis kawasan anda ye. Atau ada juga yang menjualnya di pasar-pasar tani, pasar malam atau kedai-kedai. Yang jumpa dekat Giant tu Fresh Milk je, Skinny Low Fat tak ada. Mungkin dijual di pasaraya tertentu sahaja.

susu untuk lactose intolerance
Skinny Low Fat Lactose Intolerance

 

Paling Hawa suka, susu jenama Farm Fresh ni tak manis dan sedap! Ianya juga tiada preservatives atau sebarang calouring. Bila tak ada preservatives, susu ni jangka hayatnya hanya 3 hari selepas dibuka dan disimpan dalam peti sejuk.

Susu ni, kalau ikut K. Wa belajar Food Tech zaman dulu-dulu kan, ianya sangat sensitif dengan perubahan suhu. That’s why, suhu di kilang, lori penghantaran, chiller di pasaraya dan penyimpanan di rumah, semua kena jaga. Kalau tak, susu akan rosak. Itu sebabnya ada kes beli susu di pasaraya, dapat susu masam. Eh! Panjang pula cerita.

Akhir kata, kepada yang suka minum susu tapi ada masalah alahan laktosa macam Hawa dah boleh bergembiralah ye. Ada alternatif yang disediakan oleh Farm Fresh. Tq Farm Fresh!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!